CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3067|Reply: 7

Persiapan Untuk Anak Yang Baru Melangkah Ke Darjah Satu?

[Copy link]
Post time 17-12-2015 05:05 PM | Show all posts |Read mode




Oleh : Fyruz Hanna


Bagi mereka yang mempunyai anak yang baru melangkah masuk ke alam persekolahan, pastinya andalah ibu bapa yang paling susah hati kerana buntu dengan persiapan yang sepatutnya dilakukan oleh kamu.


Mahu berikan yang terbaik buat anak-anak, kamu pastinya bimbang jika ada perkara yang masih ltak kamu sediakan.


Jom lihat checklist persiapan anak-anak untuk ke darjah 1:


1. Baju sekolah (terpulang pada ekonomi kamu jika mampu sediakan sekurang-kurangnya 3 pasang)
2. Kasut -2 pasang
3. Buku dan alat menulis.
4. Stokin.
5. Beg sekolah dan botol air
6. Dokumen penting - salinan kad pengenalan ibu dan ayah, salinan mykad, borang, slip pendapatan ibu bapa.
7. Cop nama beserta nombor panggilan  kecemasan untuk dihubungi.
8. Gambar passport anak.


Sentiasa persiapkan mental anak-anak untuk suka ke sekolah dan selamat menempuh ragam saat melangkah ke sekolah.-CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2015 05:12 PM | Show all posts
cihatnyaaaa yg tengah menguap tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Alololooooo comeynya
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Darjah satu persiapan mmg kene lebih sikit cth mcm baju sekolah at least 3 pasang. Alatulis cth macam pensil dan pemadam kena beli dlm kuantiti byk,
selalu shj hilang

Pensil case beli yg biasa2 je.
Kalau beli yg mahal2, takut kena rembat
dgn kawan. Yang penting sekali, budak darjah satu ni kena ajar jaga dan simpan duit belanja elok2 dlm poket. Banyak woo budak kaki pow skrg
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 08:56 AM | Show all posts
anak aku tahun depan 5 tahun.. aku daftarkan dia di taska kemas petang terus transit bersekali kafa di taska puspanita..

semalam beli jugaklah baju uniform kemas dia tu.. 3 pasang jugak.. dan cdg nak sediakan sepasang kasut putih untuk aktiviti lain.. beli beg beroda yang murah-murah ajer kat pasaraya ekonomi, nak sangat beg beroda katanya.. kemudian belilah jugak satu set alatan menulis dan mewarna sekadar ada.. walaupun cikgunya dah beritahu tak perlu sebab di sekolah ada disediakan..

4 tahun ni dia dah tadika di tadika swasta, yuran pun tak jauh beza sebenarnya termasuk transit dan kafa, cuma aku tukar sebab bila cuti sekolah tadikanya yang sekarang tutup.. so agak susah untuk aku carik pengasuh terjun waktu cuti sekolah.. nak hantar ke taska yang bayar per day tu, aku tak mampu.. rm15-rm18 sehari.. hui.. berapa dah tu walaupun cuma 2mggu.. bila dah daftar di sekolah baru ni, alhamdulillah, cuti sekolah pun cover untuk jagaan.. so aku tak risau lagi laa..

sorry, mungkin agak lari tajuk, tapi nak share jugak persediaan serba sedikit anak ke sekolah walaupun cuma tadika.. hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 03:38 PM | Show all posts
anak aku yg sulong tahun ni darjah satu

aku siapkan seluar 2 helai, baju putih 4 helai supaya senang tak kalu nak cuci. tapi aku beli brand biasa2 jer
kalu sek 2 pasang brand murah2 jugak
bag beli yg ada roda tapi lepas seminggu dah patah huhu.. pastu beli bag galas biasa
pencil, sharpener, ereser semua ni kena ada spare kat rumah. mmg kerap hilang. kadang tu tiap minggu kena beli baru huhu
kaler pencil setahun ni aku rasa ada 3-4 kotak kot beli

3 months awal2 dulu anak aku bawak bekal yg hb aku siapkan. lepas tu dia mtk nak beli makanan kat kantin. aku kasi dia rm2 jer pasal kalu lebih nanti dia beli benda merapu kat koop. dah kasi air masak pun dia beli jugak air lain kat kantin huhu

tahun depan darjah 2 dah cerdik sikit. tak byk sgt barang yg nak kena beli. mana yg takde baru beli
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2015 05:36 PM | Show all posts
excited bila ank masuk sek rendah
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 09:28 PM | Show all posts
satu lagi ambil no phone mak ayah kawan2 anak2..senang nak tanya kerja sekolah ade x....paham2 la budak darjah satu ni....manjang tak tau ada homework ke x...n makesure simpan no phone cikgu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.145613 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list