Edited by Syd at 22-12-2015 01:41 PM
Adira Sudah Berkahwin, Jadi Isteri Kedua VIP Muda?Dec 17, 201515
GEMPAR! Tiada angin, tiada ribut.. industri hiburan tiba-tiba dikejutkan dengan berita menyatakan penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasi, Adira telah pun berkahwin.
Lebih sensasi, penyanyi yang sinonim dengan gelaran Snow White Malaysia ini dikatakan menjadi isteri kedua kepada seorang VIP muda yang dikenali sebagai Dato’ Red.
Berita ini tersebar apabila seorang wanita yang dipercayai isteri pertama VIP berkenaan, memuat naik sekeping gambar yang mengejutkan di laman Facebooknya.
Wanita yang dikenali sebagai Datin Red itu dilihat memeluk erat Adira di dalam gambar berkenaan yang tertulis kapsyen, ‘with sister‘ (bersama adik). Gambar yang tiba-tiba ‘meletup’ di laman Facebooknya itu mengundang pelbagai reaksi.
Salah satu yang menarik perhatian kami adalah pengakuan Datin Red sendiri dalam salah satu komen yang menulis “Sekarang kami share suami” sekaligus bagai mengesahkan bahawa suaminya dan Adira sudah bergelar suami isteri.
Pada masa sama, kami dapati Dato’ Red telah menukarkan cover photo laman Facebooknya kepada gambar Adira dan isterinya bersama.
Sementara itu, Adira juga dilihat memuat naik gambar yang sama di laman Instagramnya.
Rata-rata peminat dilihat meninggalkan komen positif dengan mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan tahniah kepada penyanyi putih gebu itu.
Jika perkhabaran ini benar, diharap Datin Red dan Adira dapat mengekalkan hubungan baik mereka sebagai madu seperti mana dilihat sekarang. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk semua pihak. – MYNEWSHUB.CC
@GhostWalking
yu tepek kisah kat bod CI, ai tepek gosip kat sini
Credit : MYNEWSHUB
(portal neh mmg best. memacam ada)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
latest updated:-
“Sanggup jadi isteri kedua bukan sebab terdesak” – Adira
BY: SHAZRYN MOHD. FAIZAL
Biarpun sedar berita perkahwinannya begitu mengejutkan ramai pihak, namun Adira menyifatkannya sebagai ketentuan Allah SWT yang sudah tertulis dan termaktub dalam perjalanan hidupnya. - Foto TRP/Syahirah Roslan
KUALA LUMPUR, 21 Disember:
Bekas naib juaraAkademi Fantasiamusim kelapan,Siti Adira Suhaimiatau lebih dikenali sebagaiAdira, 24, menafikan dirinya begitu terdesak sehingga sanggup untuk menjadi isteri kedua kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu, 37.
Sebaliknya, kata penyanyi yang masyhur dengan laguKu Ada KamudanOmbak Rinduitu, dia menganggap apa yang berlaku adalah sebagai satu suratan takdir yang telah tertulis di Loh Mahfuz.
Dan jelasnya lagi, sebagai seorang hamba Allah SWT, dia menerimanya dengan penuh terbuka kerana sudah tertulis bahawa dia bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang disifatkannya penuh jujur meskipun berkenalan dalam waktu yang cukup singkat.
“Saya menolak tentang soal terdesak itu tetapi ini semua aturan yang telah ditetapkanNya. Bukankah jodoh itu rahsia Allah SWT dan inilah perjalanan hidup saya untuk mengakhiri zaman bujang saya.
“Ingin juga saya terangkan di sini bahawa, saya tidak berniat untuk mendiamkan diri atau lari daripada pihak media yang mahukan penjelasan saya selepas berita ini tersebar minggu lalu.
“Tetapi percayalah, banyak hati yang perlu dijaga dan sekarang ini, barulah saya boleh menjelaskannya kepada anda (pihak media),” terang Adira dalam nada yang cukup tenang sewaktu dihubungiThe Rakyat Post, di sini sebentar tadi.
Minggu lalu, industri hiburan digemparkan dengan pengakuan seorang wanita yang memuat naik status di lamanFacebookdengan sekeping gambarnya bersama Adira sambil menyatakan pada mulanya mereka ibarat seperti adik-beradik tetapi kemudiannya berkongsi suami.
Terdahulu, sekitar bulan September lalu, Adira sepatutnya mendirikan rumah tangga bersama Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin tetapi tidak kesampaian apabila kedua-dua sepakat untuk mengakhiri ikatan pertunangan mereka secara baik.
Mendirikan rumah tangga kurang daripada sebulan, Adira menyifatkan kehidupannya kini berjalan dengan baik dan lancar selain berazam untuk terus memperbaiki diri dalam menjadi insan yang lebih baik. – Foto TRP/Syahirah Roslan
Menjelaskan lebih lanjut tentang perihal itu, kata bekas calon Vokal Wanita TerbaikAnugerah Industri Muziksebanyak dua kali ini lagi, dia tidak melihat sebarang masalah tentang berita perkahwinannya itu.
Kata Adira lagi, dia bersyukur semuanya berjalan dengan baik terutama apabila mendapat sokongan dan restu daripada kedua ibu bapanya termasuk daripada madunya sendiri.
Apa yang lebih penting kata anak kelahiran Ranau, Sabah itu lagi, adalah kejujuran dan keikhlasan suaminya itu yang mahu memperisterikan dirinya biarpun Adira tahu bahawa dia perlu berkongsi kasih dan kebahagiaan dengan wanita lain.
“Kami hanya bertemu hanya dua kali dan selepas itu, apabila dia melamar saya, tanpa menunggu lama saya menyatakan persetujuan saya. Bagi saya, selepas apa yang saya lalui, saya pernah berkata seandainya ada yang mahu berkahwin dengan saya, memang saya akan bersetuju kerana tidak mahu lagi bercinta begitu lama.
“Salah satu faktor mengapa saya bersetuju adalah kerana kejujurannya dan begitu terbuka dengan kehidupannya. Dalam erti kata lain, dia tidak menipu akan statusnya sebagai suami dan bapa orang,” ujarnya yang enggan memikirkan tentang soal cercaan dan kritikan masyarakat yang barangkali melabelkannya sebagai perampas suami orang.
Sekadar mengusik dirinya yang kini sudah berubah status kepada isteri orang, sambil tertawa kecil, Adira yang kini sedang popular dengan laguKekasih Teragung Duniaitu mengakui selepas berkahwin dalam tempoh kurang daripada sebulan, semuanya berjalan lancar.
Malah, dia juga sedang menyesuaikan diri dengan dunia baharu itu dan berikrar akan cuba untuk memperbaiki dirinya untuk menjadi bukan sahaja sebagai muslimah tetapi juga isteri yang baik untuk suaminya.
“Saya juga mendapat keizinan suami untuk meneruskan karier saya kerana dia berkata itu adalah mata pencarian dan minat saya. Jadi, sama sekali dia tidak akan menghalang.
“Menyentuh tentang karier seni saya pula, saya masih lagi sedang mengumpul material baharu untuk album kedua selain terus mempromosikan laguKekasih Teragung Dunia,” katanya yang merancang untuk mengadakan kenduri secara kecil-kecilan di kampung halamannya dan juga di Kuala Lumpur seandainya mendapat keizinan daripada suaminya.
Read more:http://bm.therakyatpost.com/buzz ... dira/#ixzz3v0tljgmn
|