Kopi Jantan.Terlalu banyak lambakkan peket kopi segera pelbagai jenama di pasaran tempatan. Ada di antaranya hadir sebagai ‘ubat kuat’ buat lelaki dewasa. Ia berupa serbuk kopi yang telah dicampur dengan ramuan herba dikatakan sangat efektif untuk mampu membantu para lelaki ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan, terutama bagi mereka yang mempunyai masalah ejakulasi semulajadi, air mani cair, lemah nafsu syahwat dan kurang tegang ketika ereksi serta membantu memulihkan stamina setelah seharian penat bekerja. Bagi sesetengah orang, menikmati minum secawan kopi di pagi dan petang hari terasa cukup nikmati. Apatah lagi, apabila dicicah dengan biskut kering. Biarpun terdapat banyak manfaatnya, efek negatif minum kopi pasti juga ada. Lebih-lebih lagi apabila ia sudah dicampur pelbagai ramuan herba dan bahan kimia yang dikatakan dapat meransang nafsu seks. Sebagai pembeli atau penggemar kopi jantan, anda perlu berhati-hati serta membuat semakan terlebih dahulu. Pastikan kopi jantan yang anda beli atau nikmati itu bukan daripada jenis kopi yang berbahaya mengandungi bahan kimia beracun seperti ‘Tadanafil’, ‘Sildenafil’, ‘Sibutramine’ dan ‘Dexamethasone’ ataupun sudah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Kesan sampingan bakal dialami oleh seseorang yang mengambil minuman berkenaan ialah sakit kepala melampau, menggigil, berpeluh,muka merah, pening, mual, sakit perut, gangguan penglihatan, sakit dada, denyutan jantung menjadi laju, stroke, kehilangan potensi seks secara kekal sehingga menyebabkan kematian. Berikut 18 produk kopi berbahaya dan telah diharamkan oleh KKM: - KOPI ANGGOK
- KOPI ASMARA
- KOPI BAGUS AAA
- KOPI CAMPURAN KEDAI KOPI ALI BAGUS
- KOPI HARI-HARI MAU
- KOPI JANTAN TRADISIONAL
- KOPI PAHLAWAN
- KOPI PAK GURU
- KOPI PAK SHEIKH
- KOPI PANGGUNG AL-AMBIAK
- KOPI SUPER ANGGOK
- KOPI TENAGA TOK LEBAI PLUS
- BRAZILIAN PROMAN-CATUABA COFFEE BLEND
- BRO ALI COFFEE
- CAFé ABANG YES
- EXTREME – ENERGY COFFE
- KNIGHT COFFEE
- KOLEKCAFE POWER PLUS
(Semua produk ini telah dibatalkan pendaftaran/tidak berdaftar/tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak dibenarkan dijual di pasaran.Anda boleh menyemak senarai produk yang mengandungi bahan terlarang yang telah dikeluarkan oleh KKM di laman web www.pharmacy.gov.my) Info Ekstra 6 Bahaya Kopi Buat Kesihatan 1.Boleh menyebabkan denyutan jantung menjadi lebih cepat daripada biasa. 2. Jika minum kopi secara berlebihan, risiko terkena serangan jantung dan stroke lebih tinggi. 3. Boleh menimbulkan masalah gejala insomnia atau susah tidur apabila diambil secara berlebihan. 4.Kopi yang diminum secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran bagi ibu hamil. 5. Pengambilan kopi yang berlebihan boleh melemahkan daya ketahanan tubuh. Kafein dalam kopi boleh menyerap mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh, sehingga membuatkan anda cepat kehilangan cairan dalam tubuh.
http://www.wom.my
|