CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1524|Reply: 0

MAK ANDAM AKA MAKEUP ARTIST

[Copy link]
Post time 22-12-2015 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua..saya sekarang ni menceburkan diri dalam bidang mekap2 orang ni..aka Mak Andam versi moden. Tapi saya kover penang dan utara saja. Maklum la tak boleh nak travel jauh2, anak masih kecik lagi.Ada tak sapa2 kat sini yang menceburi bidang yang sama. Jom kita pakat kongsi suka duka dalam bidang ni.

Saya mula2 menceburi bidang ni sebab minat satunya dan jugak atas desakan ekonomi sekarang ni. Kalau nak ikutkan, saya dah bergerak selama setahun sudah. Masa tu memang banyak job. Ye la berkat orang share hasil mekap kita kan. Lepas tu, mengandung pulak anak yang no 4. So saya stop sekejap. Anak dah masuk setahun 4 bulan, saya start balik. Tapikan, nak dapatkan customer tu agak susah jugak la sekarang ni.

Tiba2 pulak ada budak ofis pulak, nak ceburkan diri dalam bidang yang sama...tergugat iols uuu...tapi bak kata orang la. Bumi Allah ni luas, rezeki ada kat mana2, so kena usaha lebih je sekarang ni. Tapi sekarang ni, bab marketing memang ke laut dalam sangat. Ilmu yang belajar dulu habis sudah hilang, mungkin di akibatkan banyak sangat urat putus kot..ki..ki..

Jom la, mai kita sharekan segala apa masalah yang tebuku di hati tu...kalau nak share teknik marketing pun bagus jugak tu....ihi..hi..hi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.360594 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list