|
Oleh Fyruz Hanna
Seminggu sebelum anda berdua diijabkabulkan, menjadi amalan wajib setiap pasangan untuk mengingati segala persiapan agar sewaktu majlis tiba nanti semuanya dipermudah dan berjalan dengan lancar. Walaupun ramai yang pandang remeh namun, apabila terlepas pandang anda akan jadi kelam-kabut jika semua tidak dirancang dari awal.
Khas untuk pengantin lelaki dan wanita:
1.Perhiasan
Perhiasan perlu diutamakan oleh pengantin lelaki mahupun wanita sebagai contoh perhiasan rumah atau bilik pengantin. Hias bilik anda untuk kelihatan lebih bersedia.
2. Alat kecemasan
BUkan kamu perlu menyediakan ubat atau sebagainya, namun ketika saat majlis berlangsung, alatan seperti iron, cermin, harum dan benang sentiasa dicari oleh mana-mana sesi pengantin. Sediakan secukupnya ya!
3. Telefon
ingatkan kenalan, rakan, saudara majlis bahagia kamu. Jika perlu ingatkan mereka melalui 'event' Facebook.
4. Kesegaran badan
kedua-dua mempelai jangan ambil mudah kerana kesegaran badan terpancar sewaktu anda di atas pelamin. Rehat dengan secukupnya dan jika perlu, mandi dengan mandian aromaterapi ataupun bunga.
5.Tentatif
Ingatkan jurufoto,jurumakep, pasukan kompang, katering dan sebagainya tentatif anda bagi mengelakkan keadaan kelam kabut. HUbungi mereka 3 hari sebelum majlis supaya mereka tak lupa. -CARI Infonet. |
|