View: 4423|Reply: 7
|
Masih Keliru, Frozen Food Bagus Ke Tidak?
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Ramai yang bertanya sama ada frozen food atau makanan sejuk beku itu sesuatu yang baik? Iyalah kini semakin ramai keluarga yang membeli makanan ini, mudah disediakan, cepat pula.
Sebenarnya ia berbeza dengan makanan segera kerana frozen food adalah makanan apa sahaja yang di simpan dalam tempat sejuk beku dan bukannya makanan yang sedia di makan!
Jadi, buat para ibu jom lihat apakah kelebihan makanan sejuk beku ini.
1. Pelbagai jenis makanan
Banyak jenis makanan yang anda boleh simpan dalam tempoh lebih lama seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sebagainya. Ia lebih menjimatkan dan menjadi penyelamat ketika anda malas keluar rumah. Masak sahaja makanan yang ada dalam peti ais.
2. Tempoh lebih lama
Jangan tak tahu, makanan sejuk beku boleh disimpan selamanya! Bagaimanapun, ikut prosedur seperti berikut, Sup (2-3 bulan), daging yang dimasak (2-3 bulan), daging yang belum dimasak (4-12 bulan), daging ayam yang telah dimasak (4 bulan), daging ayam yang belum dimasak (9-12 bulan).
3. Bakteria tidak aktif
Suhu yang rendah membuatkan bakteria tidak aktif namun ia tidak membunuhnya. Sebab itu anda harus memasak makanan itu selepas dicairkan.
4. Ada pengawet? Tidaklah!
Ramai anggap makanan sejuk beku banyak bahan pengawer. Sedangkan pembekuan itu sendiri merupakan pengawetan semula jadi.
5. Nutrisi tak kalah
Belum tentu makanan segar lebih tinggi nutrisi. Makanan sejuk beku pun tak kurang nutrisinya kerana pembekuan buat nutrisi tersimpan lebih lama. - CARI Infonet
(sumber foto: Carian google) |
|
|
|
|
|
|
|
Wuhuuu. Walaupun nampak menarik masukkan makanan berlauk dlm peti beku..
Tak sanggup den. Ahaks. |
|
|
|
|
|
|
|
aku selalu buat cam ni.
hari minggu masak kari ayam, gulai lemak, sambal
dah masak, sejukkan lepas tu masuk dlm bekas
letak dlm freezer.
so hari2 cuma masak sayur or lauk lain. kalau nak kari, ambik je dlm freezer
aku buat cam ni sebab lunch pun kena balik masak |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak ikutkan mana2 makanan fresh adalah lebih baik dari yg frozen. Makanan frozen kena disimpan dengan betul utk mengelakan contamination. Ia juga kena dimasak atau dipanaskan betul2 utk mengelakan keracunan makanan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ok jer slalu buat esp utk anak aku. mmg la fresh lagi elok. tp bila masak tu mana boleh sikit utk sekali makan jer mesti lebih contohnya bubur nasik. aku akan pack kan kecik2 slalu boleh buat as breakfast sbb mana ada masa nak masak slalu.
camtu jugak utk makanan baby.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye betul tu.. frozen food untuk yang sibuk
|
|
|
|
|
|
|
|
sama la. sebab balik dah nak maghrib. tak sempat nak masak. panas je nak makan. beli luar hari - hari mahal la.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|