View: 4058|Reply: 10
|
Menu Stew Daging, Tak Sesukar Yang Disangka!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Stew daging sememangnya lazat dan jika kena caranya, sampai menjilat jari gitu.
Ada yang gemarkan stew ayam dan juga daging. Namun kali ini disertakan resipi untuk stew daging.
Memang caranya agak panjang namun sebenarnya tak sukar untuk sediakan menu ini. Selamat mencuba ya!
Bahan-bahan:
1/4 cawan + 1 sudu besar tepung serbaguna
Garam
Lada hitam yang ditumbuk kasar
1.5 kg daging lembu
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar- di cincang kasar
2 sudu besar pes tomato
4 cawan air
2 kiub stok daging
2 helai daun bay
4 tangkai daun thyme (jika tiada boleh guna yang kering)
3 batang carrot- dipotong
3 batang daun celery medium- dipotong
4 biji kentang- dipotong empat atau dua
1 cawan kacang pis dalam tin
Cara-caranya:
Campurkan tepung bersama 2 sudu kecil garam serta lada hitam, gaul sebati. Potong daging seperti kiub sebesar 1 atau 1 1/2 inci. Kemudian gaulkan daging bersama tepung tadi.
Panaskan minyak. Toskan daging daripada tepung tadi dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga keperangan, angkat dan ketepikan.
Menggunakan periuk yang sama, masukkan pula bawang besar, sedikit garam dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga layu. Kemudian masukkan pes tomato, dan gaul sehingga sebati.
Masukkan 1 sudu besar tepung dan kacau sebati. Masak selama 2-3 minit supaya tepung itu betul-betul masak.
Kemudian masukkan daging, air, kiub stok lembu, daun bay dan daun thyme. Tutup periuk dengan penutup dan masak dengan api yang sederhana. Biarkan ianya mereneh selama 1 jam atau sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu
Setelah daging empuk, masukkan sayur- sayuran dan ubi kentang. Masak sehingga empuk. Setelah itu masukkan kacang pis dan perasakan secukupnya dengan garam dan lada hitam. - CARI Infonet
Sumber resipi: Facebook Resepi Masakan Terkini
(Sumber foto: Carian google) |
|
|
|
|
|
|
|
kalau guna slow cooker boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
mamigonzales: kalau guna slow cooker boleh?
boleh jua...even better kot |
|
|
|
|
|
|
|
minta adik gegirl buatkan....huhu
sedap nih |
|
|
|
|
|
|
|
thank you tt for sharing recipe yg awesome , akan mencuba dengan slow cooker |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tengok cerita korea selalu ada stew. teringinnn |
|
|
|
|
|
|
|
klu stew resepi omputih lain ckit kot..sbb yg nie mcm lain jer..mcm kuah asam pedas pn ye |
|
|
|
|
|
|
|
swayne replied at 8-3-2016 12:51 PM
kalau tengok cerita korea selalu ada stew. teringinnn
Aa...akak aku ada ajar,tp ada guna kimchi gitu..sedap lah bg aku. |
|
|
|
|
|
|
| |
|