CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3504|Reply: 6

Bancuh Susu Anak, Jangan Tuang Air Panas Dulu, Salah Tu!

[Copy link]
Post time 11-1-2016 04:43 PM | Show all posts |Read mode




Oleh : Fyruz Hanna


Apa yang kebiasaannya yang kita lakukan tak semestinya ia betul jika kita lakukan. Kadang-kadang perkara mudah seperti membancuh susu anak pun boleh jadi salah tanpa perhatian yang betul


Biasanya kita akan :


1.Masukkan susu formula yang disukat dalam botol.
2.Tuang air panas.
3.Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
4.Goncang sehingga sebati
Rasa suhu sebelum diberi minum.




SALAHHHHHH CARA INI... DIULANGI... SALAHHHH...


Air panas yang melebihi 70 darjah selsius akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu terbabit.


Pengewapan yang berlaku akibat daripada tindak balas air panas juga akan membebaskan bahan kimia daripada botol tersebut..






1. Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.



2. Kemudian tuangkan  sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan : 4 oz air masak , 1 oz air panas untuk susu 5oz



3. Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.



4. Tutup botol. dan goncangkan sehingga larut dan sebati.



5. Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas. -CARI Infonet.



Sumber: KementerianKesihatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2016 06:04 PM | Show all posts
Choyyyy buang duit bli susu mahai  ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 11:43 AM | Show all posts
heheheh. bagi tetek je mudah.....pastu PLS jgn selfie
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 12:26 PM | Show all posts
masukan air suam dulu....baru letak susu...ataupun letak air sejuk then tuang air panas...kena bajet2 la..lama2 expert la mcm saya.hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 12:47 PM | Show all posts
aku biasenya sama ada dalam keadaan segar atau mamai mmg bubuh air dulu bg suam then letak susu....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 03:39 PM | Show all posts
mmg la letak air dulu kan? cam instruction kat tin susu tu ckp.. 8oz air + 4 scoop susu

letak air panas dlm 1.5oz, tambah air biasa 6.5 oz.. pastu rasa ler, kalo  panas sgt, buang sikit air, tambah air biasa lagi..   pastu baru letak susu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2016 03:31 PM | Show all posts
aku mmg buat susu ltk air suam pastu br ltk susu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.057250 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list