CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2931|Reply: 9

Rasa kebas di Kaki Dan Tangan Antara Tanda Kencing Manis

[Copy link]
Post time 13-1-2016 06:21 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ










Setiap manusia menginginkan tubuh badan yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan amatlah penting bagi memastikan diri sentiasa sihat dan cergas.


Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek). Di Malaysia, kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di samping strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.


Jangan biarkan anda tergolong dalam penghidap kencing manis kerana ada cara untuk mengenalpasti tanda-tanda awal kencing manis :


Tanda-Tanda Awal Diabetes:
1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit






Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah berikut kepada doktor.

Tanda-Tanda Diabetes:
1.  Menghadapi masalah jangkitan yang kerap seperti:
- Kulit      
- Gusi      
- Jangkitan pundi kencing
2.  Penglihatan yang semakin kabur
3.  Luka lambat sembuh
4.  Parut luka berwarna kehitam-hitaman
5.  Rasa kebas di tangan atau kaki
6.  Tekanan darah tinggi mula hadir
7.  Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)







Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan diatas, segeralah lakukan pemeriksaan doktor untuk khidmat nasihat dan rawatan. Mencegah lebih baik dari mengubati! - CARI Infonet.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 07:14 PM | Show all posts
kebas? biasa juga.. takutnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 10:28 PM | Show all posts
Btui ka..aku dahla memg x suka mnum air masak..haritu kebas2 tgn..nasib dah ok lani..cuak jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 10:44 AM | Show all posts
cuak gak slalu ni kebas2 tgn...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 10:44 AM | Show all posts
apa cara nk mgatasi nie ek...>?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 04:00 PM | Show all posts
selalu jugak kebas tgn nih..mmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2016 11:49 AM | Show all posts
Hurm selalu rasa dahaga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 12:10 AM | Show all posts
dlu memang slalu kaki rse kebas
takut gak simptom kencing manis
da la fmily aku mmg keturunan kencing manis
trus jaga mkn minum,,kurgkan manis
bykkan minum air suam 3 liter
da xde da kebas2 kaki


dlu mmg favourite teh ais je manjang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2016 03:46 PM | Show all posts
shitakee replied at 18-1-2016 12:10 AM
dlu memang slalu kaki rse kebas
takut gak simptom kencing manis
da la fmily aku mmg keturunan ken ...

alhamdulillah

aku skrg ni kerap minum air teh halia....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg risau sbb mak ada pnyakit kncing manis hingga  terpaksa ke tahap cuci buah pinggang seminggu 3 kali..
..berat bdnku  dh brtambah ni..huhuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.556949 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list