View: 3660|Reply: 31
|
[Tempatan]
Lelaki Tension Dengan Ah Long Mengamuk Di Mesjid
[Copy link]
|
|
Lelaki alami tekanan perasaan ganggu masjid [url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=]
[/url]
Hari ini, 7:12 pagi Hari ini, 7:15 pagi
Seorang lelaki yang mengaku mengalami gangguan jiwa dan tekanan perasan akibat dibelenggu hutang dengan along bertindak di luar kawalan apabila membuat kacau di sebuah masjid di Lekir, dekat Lumut kelmarin.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata suspek yang berumur 33 tahun masuk ke dalam Masjid Ar-Raudah, Batu 7 kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum bertindak membaling semua al-Quran dan kitab yang ada di rak.
"Selain itu suspek juga memijak al-Quran di lantai dan menyepahkan kain telekung serta sejadah.
"Selain masalah hutang dengan along suspek juga mengakui mempunyai masalah perbelanjaan keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Tengku Mohd Zailan berkata perbuatan suspek yang bekerja sebagai kontraktor pembinaan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid selama 15 minit.
Katanya polis berjaya menahan suspek kira-kira pukul 2.45 petang hari yang sama dan kini direman selama empat hari bermula semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Pengerusi masjid Abdul Rani Hashim,64, berkata kehadiran suspek ke masjid itu disedari beberapa pekerja pembinaan di perkarangan rumah ibadah tersebut, namun tidak mengesyaki sebarang kelakuan pelik.
"Seorang kariah masjid yang baru lepas mengambil wuduk kemudian terkejut melihat ruang solat utama dan bahagian solat wanita berselerak," katanya ketika ditemui semalam.
Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Manjung Roslin Om pula kesal dengan kejadian itu dan berharap jawatankuasa surau atau masjid dapat meningkatkan rondaan untuk mengelak insiden sama berulang.
Sementara itu, di George Town, seorang kontraktor di Pulau Pinang hidup dalam ketakutan apabila menjadi buruan tujuh ah long selepas gagal membayar hutang berjumlah RM700,000.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata lelaki berusia 30-an itu membuat pinjaman RM100,000 dengan setiap ah long sejak tahun lepas, dan dia yang menghadapi masalah perniagaan gagal membayarnya sejak beberapa bulan lepas menyebabkan dia mula diganggu sejak Disember lalu.
"Lelaki itu yang tinggal di Bayan Baru, mula didatangi beberapa lelaki di rumahnya dan mengugut serta membaling batu sehingga cermin di kediaman dan kenderaannya rosak.
"Dia yang tidak tahan diganggu dan diugut ah long itu membuat laporan polis pada 6 Januari lepas dan hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan meminjam dengan tujuh ah long. Polis kini sedang mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian itu," katanya selepas operasi Kempen Penurunan Poster dan Kain Rentang Ah Long peringkat daerah Barat Daya semalam.
Lai berkata dalam operasi bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang itu, sebanyak 347 iklan kain rentang dan poster ah long yang ditampal pada bangunan, pokok, tiang elektrik, pondok telefon dan hub elektrik Tenaga Nasional Berhad, ditanggalkan.
Sementara itu, dalam operasi sama bagi Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Timbalan Ketua Polis SPT Supt Mohd Sabri Mohamad berkata polis mengesan sindiket ah long di daerah itu yang menggunakan nombor telefon bimbit didaftarkan atas nama rakyat asing bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Berdasarkan siasatan, sindiket ah long di SPT mengiklankan perniagaan mereka di laman sosial dan menampal nombor telefon di kawasan awam. Hasil pemeriksaan mendapati mereka menggunakan banyak nombor telefon bimbit dan ia didaftar atas nama warga asing," katanya sambil memberitahu sejumlah 300 iklan ah long ditanggalkan semalam.
Beliau berkata sepanjang tahun lepas, seramai 15 orang termasuk empat wanita berusia 20 hingga 45 tahun ditahan kerana terlibat dengan sindiket ah long di daerah itu.
Di daerah Timur Laut, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata sebanyak 500 keping poster ah long diturunkan di Sungai Nibong, Jelutong, Pulau Tikus dan Tanjung Tokong.
Beliau berkata polis akan mengesan kumpulan yang memberi pinjaman wang tanpa lesen melalui nombor telefon bimbit yang tertera pada poster berkenaan.
"Sepanjang tahun lepas, polis menerima 61 laporan melibatkan kekasaran yang dilakukan oleh ah long dan menahan 10 lelaki berhubung kes itu," katanya.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
hutang 700k.. byk gler
last2 campak quran, pijak quran. apa nih?? |
|
|
|
|
|
|
|
qronaldo7 replied at 15-1-2016 08:16 AM
hutang 700k.. byk gler
last2 campak quran, pijak quran. apa nih??
Bru start igt tuhan kot...pastu dia ingt doa skali dua tuhan trus tolong gtuu....bila x dpt,marah lahh..... |
|
|
|
|
|
|
|
ish3.. xtau nk ckap ape dah. mintak taubat cpt. huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
qronaldo7 replied at 15-1-2016 08:22 AM
ish3.. xtau nk ckap ape dah. mintak taubat cpt. huhu
Ni klu org tu muslim lah...rsa mcm ye...sbb klu bkn muslim slalu msti letak kt tajuk ke,isi berita ke 'seorg lelaki c*** bla bla bla....' |
|
|
|
|
|
|
|
eh ade dua berita rupanya..
xpasan iolss. tu la xtau plk bangsa ape
|
|
|
|
|
|
|
|
Hutang RM70k. Bunga RM 693,000
|
|
|
|
|
|
|
|
ni 2 kisah berbeda dek Q..satu tu tensi pasal byk sgt utang along..lagi stu kontraktor tu kena kjar along utang 700k..cicicici..gila ar org skrg..tadikan..selalu akak peratikan sorg lelaki ni..hari2 antar anak dia skul, muka dia memang sedih manjang nmpk sugul dan macam tk cukup zat..kdg bawak moto kdg bawak keta besar dia., dlm hati akak ckp dia ni mcm cenderung sakit jiwa..kemurungan..tu yg nti ada suara halus suh bunuh anak bini...mana kita tau msalah dia kan..tpi dari air wajah kita bole baca emosi dia. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la sis. salah fhm pulak. dorg mmg suke wat dua cite
ala sis kot la mmg muke jenis slebet gitu ke. haha
mintak pk pnjg la nak bunuh2 ni. nyesal xsudah nnti
|
|
|
|
|
|
|
|
hish dah tau along macam tu, kenapa pergi pinjam jugak. kawan aku ada pinjam along rm2k je, tapi nak membayarnya jenuhhhhhh. kesian dengan dorang yang terpaksa pinjam along ni |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk menghadapi kegawatan ekonomi pada tahun ini, pasti perniagaan Ah Long akan meningkat sekurang-kurangnya pertumbuhan sebanyak 85% tahun ke tahun.
Target price untuk Ah Long Berhad ialah RM3.60 . |
|
|
|
|
|
|
|
Tekanan kehidupan masa kini |
|
|
|
|
|
|
|
2 cerita dlm 1 berita penin iols..anyway yg masuk masjid tu baling2 quran tu marah Tuhan lettew |
|
|
|
|
|
|
|
spidey taknak jadi ah long??manyak masyuk maa!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
kentel replied at 15-1-2016 09:54 AM
spidey taknak jadi ah long??manyak masyuk maa!!!
Spidey sendiri duit pun tak cukup ada hati mahu jadi ah long? Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Itu jenis org suka berhutang keliling pinggang nak hidup mewah tp culas nk membayarnya. Skrg ni byk manusia ska tunjuk2 hidup dlm kemewahan wpun x mampu.
|
|
|
|
|
|
|
|
entah laa......makin banyak yang bakal giler kang.... |
|
|
|
|
|
|
|
soal kewangan kena jaga
xguna perhebat hidup kita utk tatapan org lain kalau hidup sendiri derita
xd faedahnya bawa kereta mahal tp kereta sangkut loan
lainlah ko pandu Audi depan aku cash ....aku cium ko...
promise
setakat kereta loan.......maaf ckplah.....mcm berak x cebok tp sembur perfume lebihhhhh
tetap xsuci ,busukkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|