Oleh Izzah Abbasy
Minum kat kedai atau restotan kalau tak 'order' teh o ais, pasti milo ais. Siap pesan nak milo tabur lagi. Betul tak? Tapi, nak order milo ais sekarang mahal kan? Sejak-sejak barang semua naik.
Tapi, jika berkunjung di Hungry Bunch di Sunway Pyramid, bukannya milo ais biasa yang dihidangkan dan bukan juga milo monster, milo dinosaur, milo godzilla, milo king kong tetapi 'MILO TOWER'.
Jug besar seakan gelas kaca ini dihidangkan untuk 6 biji gelas yang lain. Bermakna, boleh minum bersama-sama seramai 6 orang. Jika anda boleh habiskan satu jug atau Milo Tower ini seorang, kira perut tonglah anda kan?
Milo ais kalau minum satu jug, biasa buat di rumah juga kan? - CARI Infonet
|