CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 6720|Reply: 39

[Tempatan] {1}Hermes Birkin ku ilang! Iphone tracker kan ado !

[Copy link]
Post time 8-2-2016 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 8-2-2016 09:28 AM

Ahad, 7 Februari 2016 @ 7:13 PM

KUALA LUMPUR: Seorang polis Singapura berjaya mendapatkan semula telefon bimbit yang disamun dua lelaki di Jalan Bukit Bintang, di sini, petang tadi, selepas menjejak suspek menggunakan aplikasi pengesan telefon bimbit pada Iphone 6 miliknya.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, anggota polis terbabit bersama keluarganya menaiki kereta dalam perjalanan menuju ke pusat beli-belah Pavillion, di sini.

Bagaimanapun, ketika sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat berhadapan Yayasan Tun Razak, dua suspek yang menaiki motosikal secara tiba-tiba memecahkan cermin hadapan kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, berkata suspek melarikan beg tangan jenama Hermes dan telefon bimbit Iphone 6, yang semuanya dianggarkan bernilai RM45,000, sebelum melarikan diri.

"Mangsa mengesan suspek menggunakan aplikasi Iphone Tracker dan menemui lokasi kedudukan suspek di sekitar Flat Sri Kota, Cheras."Mangsa ke lokasi itu dan melihat empat lelaki sedang berkumpul, dengan seorang daripadanya menggalas beg tangan Hermes milik ibu mangsa.

"Mangsa berjaya menahan seorang lelaki, manakala tiga yang lain melarikan diri," katanya.

Zainol berkata, mangsa hanya berjaya mendapatkan telefon bimbit Iphone 6 miliknya, namun beg tangan Hermes milik ibunya masih bersama suspek lain.

Beliau berkata, mangsa menyerahkan suspek terbabit ke Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

"Suspek ditahan reman selama lima hari dan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/122178


p/s itu hermes birkin rakyat marhein, klu isteri pak muntri ntah2 pasang device tracker cinonet dlmnye...jgn cuba2 curik !

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2016 09:29 AM | Show all posts


contoh
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mzz hanya mampu meleleh ayaq liuq tengok birkin ni
Mampu beli handbag kat jj ja tu pun masa sales


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2016 09:52 AM | Show all posts
mzzenma replied at 8-2-2016 09:36 AM
Mzz hanya mampu meleleh ayaq liuq tengok birkin ni
Mampu beli handbag kat jj ja tu pun masa sales
...

mzz...
Bape rege paling murah beg Hermes nih?
aku lelaki, mana amik kisah benda nih?

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
tongkatwaran75 replied at 8-2-2016 09:52 AM
mzz...
Bape rege paling murah beg Hermes nih?
aku lelaki, mana amik kisah benda nih?

Mzz pun tak sure..dalam puluh ribu rasanya
Tu yg x mampu tu. Nak tengok pun rasa sedih ja

Birkin ni yang paling mahal guna kulit buaya
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Flat pprt katanya
Harusla pencuri itu ummah melayu sunni yg maksom dan sempurna ini bukan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2016 10:36 AM | Show all posts
penyamun tu jelezzzzz tgk aahkak pink pakai birkin...
so dia pun menyamun la...

tapi isteri ahkakpink samun 2.6b, dia samun sikit jer...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 10:42 AM | Show all posts
birkin pink kulit boya tu depa dah juai kan? birkin paling mahal didunia, patut lah ramai manusia kebuloq tak cukup makan, ramai lagi manusia perabis duit kat beg yg bernilai rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 10:46 AM | Show all posts
mak_wa95 replied at 8-2-2016 10:36 AM
penyamun tu jelezzzzz tgk aahkak pink pakai birkin...
so dia pun menyamun la...

Don't hold back makwa...ko kasi je bazooka penaka keramat b*t*h ko pada keduanya...jangan simpan simpan dalam hati....tak baik untuk jiwa....


Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mostly, ramai jaa iphone user yang tak tahu kewujudan apps find my iphone nih. Kawan meols pun pernah kehilangan iphone, tapi dapat track. Heshe tak berani plak nak ambush rumah penyamun tu
Ada lagi sorang, tertinggal iphone kat toilet/food court (iols pun dah tak ingat).. Bila on tracking apps, tengok2 devica dah sampai Indon. Brengset!
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 10:50 AM | Show all posts
@kak_sue

dia ikut saya kat sini pulak...

sayang sangat la tu..

tapi dia mampu bagi bagi birkin ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
mzzenma replied at 8-2-2016 10:31 AM
Mzz pun tak sure..dalam puluh ribu rasanya
Tu yg x mampu tu. Nak tengok pun rasa sedih ja


The cheapest 35-45k. Tatau la blh dpt lg ke tak dgn harga tu currency tgh menjunamkan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 11:52 AM | Show all posts
Set set penyamun cenggini slalunya pakai motor Yamaha 125z kann...? Mudah lari sebab pecut laju.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis spore jugak yg reti guna teknologi  nak tangkap pencurik
Polis mesia tau main coc takpun kendi keras je dikkk
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 12:33 PM | Show all posts
cik_tonggek replied at 8-2-2016 12:30 PM
Polis spore jugak yg reti guna teknologi  nak tangkap pencurik
Polis mesia tau main coc takpun kend ...

heshe memang ada gaya macam saorang hero berdasarkan cerita ni bukan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 01:50 PM | Show all posts
azharariff replied at 8-2-2016 10:42 AM
birkin pink kulit boya tu depa dah juai kan? birkin paling mahal didunia, patut lah ramai manusia ke ...

Klu ak tangkap sekor boya kt kg ni..
Agak2 klu jual kt kilang birkin.... Ada puluh ribu x...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 02:05 PM | Show all posts
Beg tak mampu lah kalau perfume pun belum gerenti mampu kalau marhean.Gatal tangan gugel perfume aje lah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 8-2-2016 01:50 PM
Klu ak tangkap sekor boya kt kg ni..
Agak2 klu jual kt kilang birkin.... Ada puluh ribu x...?:lol ...

aku slalu terfikir begitu..hahahahahaha
sebab banyak kan buaya kt mesia ni..
buaya tembaga brapa kandang dh jt taman buaya melaka tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pencuri tu tau tak value bag tu.. Ntah2 diorang ingat beli kat PS
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak kerja polis je...tapi mak pakai hermes
Mesti org kaya2 ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 2020 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 10206 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.060761 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list