CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9390|Reply: 81

[Tempatan] 3 calon Gabenor Bank Negara

[Copy link]
Post time 21-2-2016 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Utusan Malaysia hari ini meramalkan 3 nama yang dilihat berpotensi sebagai calon menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai gabenor Bank Negara.

Menerusi ruangan pojok Awang Selamat, akhbar milik Umno itu menyenaraikan mereka sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Duta Amerika Syarikat Datuk Awang Adek Hussin dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Selain itu kata Awang, 3 timbalan Zeti juga berpotensi dilantik sebagai Gabenor Bank Negara.

"Awang lihat ketiga-tiga tokoh berkenaan berkebolehan dan berwibawa menyandang jawatan tersebut.

"Selain itu, 3 timbalan Zeti di Bank Negara turut dalam senarai pilihan," tulis Awang dipetik dalam akhbar edisi mingguan itu, hari ini.

Katanya, pelantikan tersebut haruslah diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, siapa yang difikirkan sesuai dan dilihat terbaik.

Awang berkata, pelantikan Zeti sebagai gabenor Bank Negara sebelum ini juga dulu dibuat kerajaan.

"Awang tidak melihat perubahan jawatan gabenor Bank Negara akan menjejaskan apa-apa.

"Banyak perkembangan positif kepada ekonomi negara, antaranya pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 4.5% bagi suku keempat 2014," katanya.

Sebelum ini Zeti yang bakal bersara pada April ini berkata gabenor baharu seharusnya bebas daripada sebarang agenda politik, demi kestabilan kewangan dan ekonomi.

Awang berkata, pencapaian Malaysia selama ini mengatasi ramalan ramai penganalisis termasuk Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa.

"Zeti sudah melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang, kini tiba pula gelaran tokoh lain, hakikatnya tiada siapa yang 'indispensable'," katanya. – 21 Februari, 2016.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2016 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Taknak politician,I nak maselan br genius
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ohmaiiii:
semua takleh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 12:43 PM | Show all posts

Kalo Aku Nak Calonkan Diri Sendiri

Voleyy?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
3 senarai nama yg dia bagi tu sume penjilat tegar.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg Cina x boleh. ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2016 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak suka wahid. Dah hilang respek kat dia bila dia sanggup jadi macai pm. Look like yg lain pun sama jeeerrrrr... myb elok bangkrap je msia ni baru nak bangun dr mimpi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bit at 21-2-2016 01:13 PM

3 org yg atas memang x boleh pakai lebih lebih si mamak siregar tu.

Dia la dlm 1mdb, dl kwap..

Harap harap yg ganti adalah timbalan zeti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2016 01:12 PM | Show all posts
kenapa aku rse takut je bila zeti dah x jd gabenor..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua stok macai je.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
awang adek tu ada basic ekon ngan maths...
so bolehla dipertimbangkan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar....hati akak berdenyut2 degup jantung bila zetty dah tak jadi gabenor, diganti aemua kroni najib yg jelas perosak... matilah malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahmad Maslan x layak ke? 3.8 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri kewangan - Najib Razak
Gabenor Bank Negara - calon Najib Razak
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua macai kaki jilat je tu, ada kepentingan masing2. Habis hancur negara kalau org2 ni naik ganti zeti aziz.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 02:04 PM | Show all posts
ahkak pink tak tercalon ka??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2016 02:14 PM | Show all posts
prefer timbalan2 yg ada skrg ganti zeti.. hope bukan seseorg yg ada kaitan dgn politik..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 02:16 PM | Show all posts
tolonglah jangan bagi kat ahli politik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 02:50 PM | Show all posts
semoga orang baru nak dilantik itu seorang yang beramanah dan bertanggungjawap dalam menjalankan kerja2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 03:10 PM | Show all posts
aiyoooooo lantik ler org yg xder kena mengena ngan politaik... sumer calon mcm hangsuang jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio98dd5dddbhatt ji
Views : 101 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40435 Replies : 394
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 19813 Replies : 24
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 16410 Replies : 16
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 11058 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44968 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12664 Replies : 219
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26293 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.068113 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list