Video: Bodoh, Bangang Punya Polis Trafik Kata Penceramah Agama
Posted on February 21, 2016 by Editorial|
Kuala Lumpur – Tindakan anggota polis trafik yang menangkap gambar bagi mengesan kenderaan yang membawa melebihi had laju yang ditetapkan telah kemarahan seorang penceramah agama yang marah.
Nahar Afandi Ghazali yang juga merupakan anak kepada pengasas Pusat Tarbiyah Islamiyah Darul Atiq di Kampung Melayu Rasa, Kuala Selangor, tindakan anggota polis trafik yang menjalankan tugas itu sebagai bodoh dan bangang.
“… (buat) ‘road-block’ polis tak sembahyang, bodohnya punya polis… kadang hari Jumaat buat ‘speed-track’ bodohnya punya polis trafik.
“Semalam aku nak datang sini ceramah, di lebuhraya polis trafik punya bodoh dia pergi ambil ‘speed-track'” katanya ketika menyampaikan kuliah agama tersebut” katanya melalui klip video yang dikirimkan oleh pembaca SuaraTV.
Menurut Nahar lagi tindakan tersebut adalah bertentangan dengan hukum Islam dan gaji yang diperolehi oleh anggota polis trafik yang tidak menunaikan solat jumaat adalah haram.
“Hari Jumaat engkau (polis) boleh jaga negara, cuti daripada sembahyang sekiranya ada rusuhan atau ada bab yang menggangu ketenteraman negara.
“Tapi kalau saja-saja nak ambil ‘speed-track, nak buat road-block yang tak ada unsur atau bersanggkutan dengan undang-undang maka haram gaji pada hari itu, faham (macam mana) nak bagi makan pada anak bini… sebab itu anak-bini (polis tarfik) tak boleh jadi orang alim dan soleh kerana unsur yang masuk (dalam badan) dari duit haram,” katanya lagi dengan nada yang marah.
SuaraTV bagaimanpun tidak dapat memastikan bila dan dimana kuliah agama tersebut diadakan.
Sementara itu, rata pengguna media sosial menyifatkan kata-kata nista yang dituturkan oleh pencaramah agama tersebut bukan merupakan sebahagian daripada Islam.
Mereka turut menggesa pihak berkuasa segera menjalankan siasatan untuk menangkap penceramah tersebut kerana mengunakan platform agama untuk memfitnah dan menghina anggota polis. – SuaraTV.
Post time 21-2-2016 01:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Wow! Ustaz dh boleh jatuhkan hukum dah....seingat saya,hanya Tuhan sahaja yg 'punya kuasa mengadili' umat manusia.Minta pandangan tokoh2 agama yg lain.
Post time 21-2-2016 01:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
johari slalu lepak mesejid surau dengor ceramah balik 10malam. tapi kadang2 dia balik awal
bila tanya awat jo hang balik awal? kata dia ostat nahar tomato yg kasi ceramah.takmau dengar
ni la agaknya ostat nahar tu