CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 15107|Reply: 165

[Tempatan] Nibong Tebal: 22 Kereta, Dua Motosikal Rosak Dirempuh Lori

[Copy link]
Post time 21-2-2016 09:59 PM | Show all posts |Read mode
NIBONG TEBAL, 21 Feb - Sebanyak 22 kereta dan dua motosikal yang diparkir di bahu jalan di kawasan Pasar Awam Taman Berjaya di sini, mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah lori dipandu seorang lelaki hari ini

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi tadi, pemandu lori berusia 30-an terbabit dikatakan 'bertindak gila' merempuh kereta dan motosikal tersebut selepas berang ekoran tidak dapat melalui jalan itu kerana terhalang oleh kenderaan berkenaan

Seorang pemilik kereta dikenali sebagai Lam, 37, berkata orang ramai menjerit dan meminta pemandu lori berkenaan berhenti apabila melihat kejadian itu, namun tidak dihiraukannya

Lam berkata dia dan isteri sedang membeli barang keperluan di pasar tersebut sebelum terdengar bunyi bising dan bergegas ke tepi jalan untuk melihat apa yang berlaku

"Kami semua menjerit ke arah pemandu lori itu agar berhenti tetapi dia terus memandu laju dan merempuh kenderaan di situ termasuk kereta Proton Wira saya yang turut rosak akibat kejadian berkenaan

"Hampir setiap hari jika ke pasar ini, saya dan pemilik kereta lain akan meletak kenderaan kami di bahu jalan ini," katanya di sini hari ini

Seorang lagi pemilik kereta, Poo Sim, 34, berkata semasa kejadian dia dan anak perempuannya berusia lapan tahun, baru sahaja keluar dari kenderaan mereka dan sedang berjalan di bahu jalan berkenaan

"Nasib baik kami sudah keluar dari kereta, kalau tidak mungkin saya dan anak cedera kerana Perodua Myvi saya turut dirempuh dan rosak di bahagian belakang termasuk pecah cermin belakang," katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata polis sedang menyiasat kejadian itu dan mengesan pemandu lori terbabit bagi membantu siasatan

"Siasatan awal mendapati lori itu didaftar atas nama sebuah syarikat beralamat di George Town dan kami sedang mengesan pemilik syarikat serta pemandu kenderaan itu," katanya

Beliau berkata setakat ini, pihaknya menerima tujuh laporan daripada pemilik kereta yang mengalami kerosakan teruk akibat dirempuh lori berkenaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2016 10:00 PM | Show all posts
Belum sempat saya beli tank...dah ada pemandu lori ........
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:02 PM | Show all posts
giler arggghh....


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:03 PM | Show all posts
layak ler ... sapa suruh blocking jalan ... mana tak drebar lori tu hangin
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe driver tu dah lama bengang kot org2 selamba parking makan jalan lori nak lalu pun sempit.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:13 PM | Show all posts
sekali ko mengamok..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2016 10:13 PM | Show all posts
Selayaknyalah sis..

No plat P bertemu no plat P = kiamat
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
aku ada soalan bimbo.

kalo kita parking bahu jalan, ada orang terlanggar kita sapa yg salah iya? dua hari lepas jiran aku parking bahu jalan, kene sagat dgn kereta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2016 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
perghhhh...hangin punya pasal....
pasni harap insafla sapa yang gemar block jalan tu...
moga polis saman tuan keta sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
pasemboq replied at 21-2-2016 10:13 PM
Selayaknyalah sis..

No plat P bertemu no plat P = kiamat

Selayaknyalah pulau drivers. Lantak pi la depa. Jgn menyusahkan drivers tanah besar sudah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:23 PM | Show all posts
ellejo replied at 21-2-2016 10:15 PM
aku ada soalan bimbo.

kalo kita parking bahu jalan, ada orang terlanggar kita sapa yg salah iya?  ...

yang mengganggu lalulintas salah... boleh dikenakan saman atas kesalahan parking kereta ditempat yang mengganggu/menghalang lalulintas... part insurance tak pasti cover ke tak... tapi biasanya kalo yang park tu kena saman, yang melanggar tu boleh claim...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:23 PM | Show all posts
ellejo replied at 21-2-2016 10:15 PM
aku ada soalan bimbo.

kalo kita parking bahu jalan, ada orang terlanggar kita sapa yg salah iya?  ...

"Kita" la salah... kalau kena langgar pun bukan boleh claim insuran. Buat report police, saman kerana parking menghalang laluan akan diberi. Kecualilah.. drive kereta ke mana-mana parking lot. Ambil gambar dan buat report kata kereta kena langgar lari. Yang ni.. di dunia lepas la.. di akhirat nanti ermmm..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:25 PM | Show all posts
perghh ganaz plat P

mengalahkan plat J dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka.selayaknye dirempuh.parking sesedap rase.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 21-2-2016 10:25 PM
perghh ganaz plat P

mengalahkan plat J dah ni

La baru tau ke puak pangai paling tak sekolah di jalanraya adalah pulau ppl? Oemgee.. Where have you been all this while dear?


*lol
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:27 PM | Show all posts
pergh ...ni baru fast n furious ...versi live
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2016 10:28 PM | Show all posts
picca mana picca

ni mesti kes dah lama menahan geram ni

last-last sodok jer semua pueh ati

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:29 PM | Show all posts
salah DAP dan bobohizan
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:31 PM | Show all posts
Parking tepi jalan sampai 3 lapis kann.....?

Kann....?
Kannn....?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 21-2-2016 10:25 PM
perghh ganaz plat P

mengalahkan plat J dah ni

Rasanya plat P mmg ganaz sejak azali..Johor xtau la pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 30322 Replies : 34
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20765 Replies : 7
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40466 Replies : 408
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26425 Replies : 18
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 23894 Replies : 4
tumpang lalu, kerabat mana bagi bunga kat MekTi ni
chanthiktumpang lalu, kerabat mana bagi bunga ka
Views : 16015 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 361193 Replies : 3544
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201831 Replies : 4032
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 22380 Replies : 28
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45069 Replies : 38

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.061674 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list