CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1827|Reply: 0

Anak Remaja Bermasalah, Beri Peluang Atau Sebaliknya!

[Copy link]
Post time 25-2-2016 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto : google image



Lazimnya ibu bapa akan berdepan kesukaran untuk mendidik anak-anak yang ketika dalam peringkat umur remaja yang kuat memberontak.




Hendak ditegur salah, apatah lagi tidak ditegur sehinggakan menimbulkan masalah di dalam hubungan kekeluargaan.




Jika dilihat cara didikan zaman dulu dengan zaman sekarang memang banyak perbezaan. Ibu bapa hanya 'membesarkan mata' tanda tidak setuju atau tidak membenarkan anak-anak mereka keluar rumah tanpa tujuan. Bagi mereka, buat apa keluar bersama teman tanpa melakukan apa-apa perkara bermanfaat.






Hari ini, ibu bapa bersikap lebih terbuka. Anak-anak yang pasif dan banyak menghabiskan masa di rumah dianggap satu kebimbangan kerana tidak aktif seperti anak-anak yang lain.




Oleh itu, anak-anak diberi kebebasan untuk melakukan beberapa aktiviti luar dan sebagainya sehingga membuatkan mereka lebih berani. Tanpa disedari mereka tidak takut persekitaran luar apabila menginjak dewasa.





Disebalik sikap keterbukaan ibu bapa ini, tanpa disedari peluang yang ada telah disalahguna oleh anak-anak untuk mencuba pelbagai perkara baru termasuk berkenalan dengan rakan-rakan baru yang tidak dikenali. Semuanya bermula dengan kemudahan Internet.




Lambakan medan sosial yang menghubungkan mereka dengan dunia luar menguatkan lagi 'kehidupan' mereka menjadi lebih sosial.



Permintaan anak-anak untuk memiliki alat elektronik seperti komputer riba atau telefon bimbit memberi peluang untuk mereka bertindak lebih jauh. Menerusi laman-laman tidak bertanggungjawab yang sedia ada, anak-anak lebih terdedah dengan perkara yang tidak baik.






Kesalahan sikap anak-anak remaja masih kabur untuk dipersalahkan biarpun media massa dan didikan dari ibu bapa sudah boleh dibezakan mana yang baik dan buruk.




Kesimpulannya, mendidik anak remaja yang bermasalah bukan perkara mudah. Hendak menegur ada caranya. Teguran kasar menerusi perkataan atau fizikal mengundang masalah besar kerana ia memberi kesan dendam pada mereka. Cara yang terbaik adalah memberi mereka peluang untuk berubah.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.036743 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list