|
Oleh : TS LOO
sumber foto: bh Online
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu menafikan viral di laman sosial yang mendakwa seorang lelaki cedera parah diserang seekor harimau di Bukit Besi, Dungun.
Pengarahnya, Mohd Hasdi Husin, berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan atau aduan mengenai perkara itu dan ia adalah berita palsu yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab bertujuan meraih perhatian.
Beliau berkata, kali terakhir kejadian manusia diserang harimau di negeri itu berlaku lima tahun lalu.
"Kita difahamkan insiden itu berlaku di luar negara, bukan di Dungun seperti didakwa. Kita tidak tahu apa motif penyebar berita palsu ini berbuat demikian, mungkin untuk meraih perhatian."
Orang ramai disaran tidak mudah mempercayai sebarang berita yang disebarkan di laman sosial sehingga mendapat pengesahan pihak sepatutnya.
sumber berita : http://www.bharian.com.my |
|