CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2208|Reply: 8

[Tempatan] SPM 2015: Calon peroleh A menurun!

[Copy link]
Post time 3-3-2016 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SEMASA VIRAL ENG
SPM 2015: Calon peroleh A menurun
3 Mac 2016


Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof selepas mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kementerian Pelajaran hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Seramai 9,721 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 mendapat keputusan cemerlang (Gred A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran, namun menurun 0.25 peratus berbanding 11,289 calon pada 2014.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata Indeks Gred Purata Nasional (GPN) 2015 turut mencatatkan penurunan 0.07 kepada 5.15 berbanding 5.08 pada 2014.

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

"Penurunan jumlah calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran dan penurunan GPN bukan satu kelemahan yang ketara dan signifikan. Ia adalah dalam julat yang dibenarkan iaitu 3 peratus," katanya dalam sidang media bagi mengumumkan analisis keputusan SPM 2015, di sini hari ini.

"Ia juga menggambarkan turun naik prestasi murid dan berlakunya fluctuation (turun naik). Penurunan ini juga dipengaruhi jumlah calon yang menduduki SPM 2015 yang lebih rendah iaitu 440,682 calon berbanding 455,839 calon pada tahun 2014," katanya. - Bernama

Sumber - Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2016 11:34 AM | Show all posts
mohon tepek sekali ranking sekolah terbaik SPM 2015 ya, sis!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 12:08 PM | Show all posts
mana la tak mudah dapat A.. ada A+, pastu A.. ada lagi A-..
terkenang zaman aggregate A1A2C3C4C5C6P7F... C6 ke P6? aku pun lupa dah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 12:10 PM | Show all posts
sekolah terbaik ???? semua orang tahu dah pasti semua sekolah SBP ...
ada sekolah biasa nak jadi JUARA ????
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-3-2016 12:08 PM
mana la tak mudah dapat A.. ada A+, pastu A.. ada lagi A-..
terkenang zaman aggregate A1A2C3C4C5C6P ...

A1,a2,c3-c6,p7,p8,f9
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat zmn amik spm dolu2 a1,a2,x3,c4,c5,c6...itu dikira lulus dgn kredit
P7,p8...hee  susah oo dulu2
Tp budak2 dulu kalo lulus spm gred 2,3pon dah ckp buat keje
Kalo bbdk skrg lulus dgn degree pon..haa..bile keeja sedey
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2016 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi dengar sate kat era, bleh tahan lawak shahrol, takpelah dapat c dia dulu pun dapat b,c dengan g skali. Jadilah BCG.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
hasmania replied at 3-3-2016 12:10 PM
sekolah terbaik ???? semua orang tahu dah pasti semua sekolah SBP ...
ada sekolah biasa nak jadi JU ...

Ada. Convent infant jesus jb sgt2 top.. not sure this year.

Mrsm pun potensi jua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 05:28 PM | Show all posts
pndai derang maen trun naek graf ni ek



dulu dulu ckap rmai dpt a,sbb cripple kan sistem
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-11-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 1.675571 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list