CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14147|Reply: 81

Siti Nurhaliza Tidak Bimbang Produk Tiruan Guna Jenamanya

[Copy link]
Post time 11-3-2016 09:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 11-3-2016 01:10 AM

Siti Nurhaliza Tidak Bimbang Produk Tiruan Guna Jenamanya

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/03/11/siti-ariani-tiruan/

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 5:45 AM


Siti Nurhaliza muncul dengan koleksi Ariani. FOTO: AZMAN GHANI

KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza menaruh keyakinan beliau tidak akan berhadapan masalah serius terhadap barangan tiruan kepada produk tudung dan pakaian terbaharu Ariani X Creation By Siti Nurhaliza.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 37, berkata, fabrik berkualiti yang digunakan untuk menghasilkan produk berkenaan akan membuatkan pelanggan bijak untuk membuat pilihan.

"Saya percaya peminat saya tidak akan beli barangan tiruan dan mereka juga tidak mahu beli barangan yang tidak asli dan rendah kualiti.

"Saya ada berbincang dengan pihak Ariani tentang masalah barangan tiruan dan mereka yakin tidak akan berhadapan dengan masalah serius. Jika sedikit tidak mengapa kerana mereka faham ada peniaga yang mahu mencari rezeki juga," ujarnya kepada mStar Online.

Siti Nurhaliza (tengah) memakai jubah dan tudung koleksi terbaharu Ariani X Creation By Siti Nurhaliza. FOTO: Azman Ghani.

Siti ditemui pada sidang media pelancaran koleksi Ariani X Creation By Siti Nurhaliza yang diadakan di Hotel Royale Chulan, di sini, Khamis.

Enam koleksi tudung dan pakaian eksklusif bawah label Ariani X Creation By Siti Nurhaliza turut diperkenalkan.

Produk itu dikeluarkan hasil kolaborasi perniagaan Siti dengan pengeluar produk berkenaan iaitu Ariani selain dengan kerjasama Jakel.

Siti berkata, koleksi tersebut dihasilkan dengan sentuhan tiga elemen utama yang merangkumi exclusivity, modesty dan contemporary.

Dia juga memilih rekaan yang tidak terlalu sarat dan kasual yang mana sesuai digunakan untuk aktiviti seharian.

Tambah Siti, kesemua koleksi tersebut dijual dengan harga mampu milik untuk semua golongan masyarakat dengan kualiti yang tinggi.

"Harga tidak mahal serendah RM80 dan tidak kurang daripada RM400 bagi jubah. Kualiti produk keluaran kami sudah tentu lebih berpatutan dengan harga yang ditawarkan itu.

"Daripada segi corak fabrik adalah eksklusif pilihan saya sendiri dan hanya dijual pada koleksi Ariani X Creation by Siti Nurhaliza sahaja," ujarnya.


Sementara itu, ditanya tentang kolaborasi dengan Ariani, Siti berkata, dia mahu sebuah syarikat yang pakar tentang selok belok perniagaan tersebut.

Katanya, kolaberasi itu membuatkan perjalanan urusan produksi berjalan lancar berbanding melakukannya sendiri.

"Saya tidak tahu tentang jenis-jenis fabrik dan bagaimana perjalanan tentang bisnes pakaian ini, jadi saya memerlukan mereka yang pakar dan memudahkan kerja saya.

"Saya cuma cakap sahaja mahu jenis kain yang bagaimana dan dia orang akan cari yang terbaik untuk rekaan yang saya mahu. Bukan saya tidak mahu bergerak sendiri, cuma ia mengambil masa lama untuk belajar," ujarnya.

Siti berkata, enam koleksi tudung dan selendang serta beberapa koleksi pakaian siap pakai boleh didapati di Jakel Mall, di sini mulai Jumaat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2016 09:30 AM | Show all posts
baik aku design sendiri bju.mak aku pande reka bentuk bju pe.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 09:38 AM | Show all posts
kang ada la yg komen tok ti keje keras tapi x kaya2
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 09:47 AM | Show all posts
iols buka insta tadi terus keluar post vanidah imran jual tudung jua

retis2 ni takde kelainan ke semua nak jual tudung
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn hauk dah la.. Tokti ni dulu2 terkenal dgn design baju yg tah apo2
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 09:52 AM | Show all posts
bambamnye tokti...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2016 09:53 AM | Show all posts
Siti patut focus on skincare/cosmetic line Simplysiti dia tu. I dulu skeptical dengan Simplysiti tapi satu hari tu I rasa nak try. Dermagic Beauty moisturizer tu I boleh cakap sama bagus dengan moisturizer jenama korea.  Berpotensi mmg ade.

Masalahnya Siti x invest buat ikan kat TV pon. Harapkan promo kat Watson ke.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 09:55 AM | Show all posts
macam biasa je design jubah dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2016 09:55 AM | Show all posts
nape la tok ti ni x pkai baju yg glemer skit masa ni..suram yg amat..dngan nmpak lebor lg...aishhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 09:59 AM | Show all posts
teringin nak beli satu
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 09:59 AM | Show all posts
azimodin replied at 11-3-2016 09:53 AM
Siti patut focus on skincare/cosmetic line Simplysiti dia tu. I dulu skeptical dengan Simplysiti tap ...

yg aku igt dia guna bini apek utk iklan perfume dia tu.. pastu xde dah kot

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
bulat muka tok ti
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 10:13 AM | Show all posts
razfira0707 replied at 11-3-2016 01:59 AM
yg aku igt dia guna bini apek utk iklan perfume dia tu.. pastu xde dah kot

Kan, tu yg I cakap promo so-so. Sedangkan product repack pon boleh promo setiap 15minit chuols... ape la sangat kalau nak buat iklan kat TV. Siti kan media's darling, boleh mintak discount ape
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 10:29 AM | Show all posts
combo baju n tudung tu buat tokti nampak lebih berusia...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ct nmpk cantik pakai simple camtu,xde bling2 yg sarat kat baju n tudung.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 10:42 AM | Show all posts
azimodin replied at 11-3-2016 09:53 AM
Siti patut focus on skincare/cosmetic line Simplysiti dia tu. I dulu skeptical dengan Simplysiti tap ...

Jawapan utk kenyataan chuols,by serap.


Impian tokti katanya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2016 10:48 AM | Show all posts
why i rs baju design ni so - so jer. design lebih kurang sama dan bersepah kt zalora or other online shopping web. apapun nmpk ctdk umur 45 ke atas pakai mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 10:54 AM | Show all posts
tiruan tak tiruan, janji pakai ikut poket bukan ikut nafsu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 11-3-2016 10:42 AM
Jawapan utk kenyataan chuols,by serap.



Serap tu mmg suka buat karangan kt ig ek..
Aritu tgk karangan die kt adik nelofa yg kne hencap kutuk sekolah gomen..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 11-3-2016 10:57 AM
Serap tu mmg suka buat karangan kt ig ek..
Aritu tgk karangan die kt adik nelofa yg kne hencap ku ...

Nampaknya gitulah. Dia suka clarify panjang2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.103594 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list