'Siapa menentang Tun M pengecut', kata Mat Sabu
MUHAMAD ADZHAR TAJUDDIN
13 Mac 2016
IPOH - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyifatkan mana-mana pihak yang menentang Tun Mahathir Mohamad sebagai pengecut.
Menurutnya, tiada sebarang kepentingan menentang Mahathir kerana negarawan itu bukan individu yang mengetuai tampuk pentadbiran negara pada ketika ini.
"Kalau kita terus hentam Mahathir, kita bukan hebat, kita bukan jantan bahkan kita lebih teruk daripada pondan.
"Dan konsep kita jelas, kita lawan mereka yang berkuasa, yang memiliki kuasa. Bukan lawan orang pencen," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Malam Solidariti Mat Sabu di Jalan Pemimpin, Gugusan Manjoi, di sini, semalam.
Mohamad berkata, meskipun Mahathir dikaitkan dengan beberapa isu salah laku ketika mengetuai pentadbiran negara namun bukan tanggungjawab pihaknya untuk mendakwa mantan Perdana Menteri itu.
"Kalau Mahathir jahat, Mahathir zalim, Mahathir mencuri, pemerintahlah yang kena dakwa Mahathir. Kita ada kuasa apa? Kita sendiri pun tiap-tiap tahun kena dakwa," katanya.
Selain itu, beliau berkata, kerjasama yang dijalinkan dengan Mahathir serta beberapa tokoh pimpinan BN dalam Deklarasi Rakyat bertujuan untuk menukar kepimpinan negara.
"Kita bersama mereka semuanya semata-mata untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN," katanya.
Katanya, beliau optimis perkara itu dapat direalisasikan sekiranya semua pihak komited dan fokus terhadap perjuangan.
"Dalam perjuangan kita, kita mungkin tidak tahu dimana penamatnya tetapi yang penting kita terus berjuang untuk mencapai matlamat itu," katanya. -Sinar Harian
Post time 14-3-2016 11:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Lepas bolehla AbeMat Sabu mohon untuk bekerjasama dengan Kim jong IL, Ariel , Ben nyahu Dan semua penyamun untuk tujuan suci menjatuhkan najib.
Hahahahaha
Post time 14-3-2016 01:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Baik mat sabu jual bedak kt psr mlm jer....untung2 boleh jual kt bangla,indon,myanmar,nepal....rakyat msia yg nk percaya ngn mat sabu ni pon mgkin ank bini dia jer.....
Post time 14-3-2016 01:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Macai2 sial dalam ni semua terlupa ke satu masa dulu diorang pernah jilat jubo mader gak. Tapi bila najib bagi brim terus tukar tuan baru, tuan lama kena humban dlm lobang jamban kan? Senyum sinis jah dgan perangai macai sekor2
Post time 14-3-2016 01:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Merapu la datuk mat sabu ni...
Ari tu peluk amoi..eh peluk ke tak sebenarnya?
Dulu bagi gelaran kat anwar..bila anwar bukak pkr, berbaik ngn pas, anwar terus baik..
Dulu bagi gelaran kt tun..hentam tun sana sini.skrg dah join tun, terus tun plk jadi baik.. Andaikata najib join pan lepas ni, najib pon terus jadi baik