CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3435|Reply: 8

Lakukan 7 Aktiviti Menarik Ini Jika Ke Jepun Ketika Musim Sejuk

[Copy link]
Post time 17-3-2016 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy
Seronoknya kalau dapat ke tempat sejuk sekarang. Al-maklumlah Malaysia dilanda kemarau, panasnya sampai ke malam.

Tapi, janganlah merungut. Inilah dikatakan ujian di dunia. Bagi sesiapa yang ada sen lebih bolehlah ke negara-negara sejuk seperti Jepun. Pergi bercuti ketika musim sekolah pun seronok kan?

Jika berkunjung ke Jepun ketika musim sejuk, pastikan anda tidak terlepas untuk lakukan 7 aktiviti seperti berikut ya! - CARI Infonet

1. Daki gunung

Rugi kalau anda tidak pergi daki gunung terutama di musim sejuk ini. Seronok tau! Boleh main salji! Apa kata anda pergi ke Karuizawa Snow Park. Pasti anda tidak mahu balik.




2. Illuminasi

Di Jepun banyak illuminasi yang boleh anda lihat lebih-lebih lagi di musim sejuk. Sangat cantik! Anda pergi ke Canyon d’Azur. Mesti mata anda tidak berkelip. Jangan lupa ambil gambar.




3. Mencari harta karun

Bukan mencari harta karun sebenar sebaliknya kalau anda lawati Setagaya Boro Ichi, anda akan dapat barang-barang lama yang unik. Silap haribulan bukan dua anda beli, tapi banyak kerana keunikan itu membuatkan kita hendak membeli untuk dijadikan kenangan.




4. Kabuki


Kabuki adalah sebuah teater yang berlangsung di Asakusa Public Hall. Anda akan mengetahui sejarah mengenai Kabuki di sana nanti.




5. Jigokudani Monkey Park


Anda tidak percaya ada monyet boleh tahan sejuk di Jepun? Kalau hendak kepastian silalah lawati Jigokudani Monkey Park.




6. Berwap

Kalau sudah sejuk itu sesekali apa kata pergi berwap. Seronok tau apabila dapat berendam dalam tempat yang panas. Anda boleh cuba di Oedo Onsen Monogatari Mangekyo, Chiba.




7. Makan


Kalau pergi Jepun tak akan tidak cuba makanan mereka. Jangan risau, ada makanan yang halal cumanya anda kena cari. Anda pergi restoran di Shibuya iaitu Hanasakaji-san kerana di sana halal dan sedap.





Kredit : HHWT dan ERA fm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2016 05:34 PM | Show all posts
tpi jpun x byk mknan halal.byk babi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 05:52 PM | Show all posts
insyaAllah nak pergi nanti. thank you izzah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 08:45 AM | Show all posts
x pergi pun tmpt2 ni...hehehehe psl pergi musim bunga baru nak tumbuh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2016 12:11 PM | Show all posts
Esmiria replied at 17-3-2016 05:34 PM
tpi jpun x byk mknan halal.byk babi.

Alahaiiiii byk dah kedai halal ade kat jepon tu ha. Kalau byk babi xpelik pon sbb bukan negara islam
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 04:41 PM | Show all posts
One day must go jepun ni.... Biar ler susah nak cr makanan halal pun.... Hahahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2016 11:38 AM | Show all posts
Thank you for the good info
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 11:38 AM | Show all posts
Thank you for the good info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2016 11:38 AM | Show all posts
wowwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.268158 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list