CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3402|Reply: 5

15 Khasiat Istimewa Bawang Putih Yang Anda Mungkin Tidak Sedari

[Copy link]
Post time 18-3-2016 04:05 PM | Show all posts |Read mode
15 Khasiat Istimewa Bawang Putih Yang Anda Mungkin Tidak Sedari




Siapa yang tak kenal dengan bawang putih? Bawang putih adalah suatu ramuan popular yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan salah satu bumbu masakan yang telah digunakan secara turun-temurun dan wajib ada stoknya di dapur (kecuali dapur yang dah lama tak berasaplah).

Sejak lebih dari tujuh ribu tahun yang lalu, kebanyakan masyarakat yang wujud di dunia baik di Asia, Eropah mahupun di benua lain telah menggunakan bawang putih sebagai ramuan untuk tujuan masakan serta perubatan. Pada hari ini, penggunaan bawang putih untuk tujuan masakan amat meluas dan sudah sebati dengan budaya kulinari masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Selain dari ditumis, banyak lagi cara penggunaan bawang putih yang boleh dipraktikkan dalam masakan, contohnya ia boleh digoreng atau dibakar dan kemudian ditabur dalam sup atau juadah lain sebagai pembangkit selera. Resipi pasta klasik spaghetti alio olio yang menjadi kegemaran orang Itali juga menggunakan bawang putih sebagai salah satu bahan utamanya.

Simple saja cara nak memasaknya tapi kesedapannya...fuhh bukan main. Kata orang Itali kalau nak lebih sedap lagi, gunakan saja lebih banyak bawang putih. Lagi banyak lagi sedap. Betul lah tu agaknya!

Oklah, daripada meleret-leret pula kita bercerita tentang resipi makanan….apa kata kita ambil tahu serba sedikit tentang latar belakang bawang putih. Bawang putih (atau nama saintifiknya Allium Sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae yang serumpun dengan pelbagai spesis bawang yang lain seperti bawang besar, bawang merah dan sayur lik.



Dari mana datangnya bawang putih?




Allicin: bahan aktif dalam bawang putih




Tamadun Purba Mempercayai Khasiat Bawang Putih



Adalah dipercayai bahawa tamadun terawal yang telah menyerap penggunaan bawang putih dalam diet pemakanan mereka ialah tamadun purba Mesir. Ia telah digunakan dengan meluas di Mesir untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Selain itu, pada zaman dahulukala penggunaan bawang putih juga sering dihubungkait dengan unsur-unsur kepercayaan, kerohanian dan mitos, antaranya untuk mengusir roh jahat dan menghalau makhluk vampire.

Namun di zaman moden ini, kemasyhuran bawang putih adalah disebabkan oleh pelbagai khasiat dan penawar yang boleh didapati di dalamnya untuk tujuan kesihatan, perubatan dan juga kecantikan. Jom kita selongkar rahsia kelebihan bawang putih ini yang mungkin tidak diketahui ramai.


1. Mencegah dari keracunan makanan



Bawang putih mengandungi ciri-ciri antibakteria, antimikrob dan juga antivirus. Sebagai agen antibakteria yang kuat, ia mampu untuk membunuh bakteria yang merbahaya kepada badan manusia seperti salmonella, staphyloccocus dan e coli. Oleh itu, pengambilan bawang putih dapat mencegah daripada terjadinya keracunan makanan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sifat antibakteria yang wujud pada bawang putih telah dikaji dan diakui sendiri oleh saintis terkenal Louis Pasteur pada tahun 1858. Pada zaman Perang Dunia Pertama dan Kedua, bawang putih telah dijadikan bahan ganti (apabila bekalan penisilin tidak mencukupi) untuk merawat askar-askar yang mengalami kecederaan, di mana ia didapati mampu menyembuhkan luka serta menghalang daripada jangkitan kuman dan gangrene.


2. Mengubat jangkitan kulat pada kulit



Bawang putih merupakan agen antikulat yang dapat melawan jangkitan kulat serta jangkitan yis. Bagi mereka yang mengalami jangkitan kulat seperti ringworm pada kulit, seriawan (thrush) atau athlete’s foot, anda boleh mencuba cara semulajadi untuk mengubati jangkitan tersebut iaitu dengan merendamkan kaki dalam besen yang mengandungi campuran air panas dan beberapa ulas bawang putih yang telah dilenyekkan.


3. Mengubati jerawat



Sifat anti oksida dan antibakteria yang terdapat pada bawang putih dapat membantu menyelesaikan masalah kulit muka yang berjerawat. Ciri antibakteria yang ada pada bawang putih mampu mengecutkan dan menghilangkan jerawat secara perlahan-lahan. Ia juga dapat bertindak untuk mengurangkan parut jerawat.

Kalau ada di antara anda yang tidak puas hati dengan keberkesanan produk yang telah dibeli di pasaran, cubalah manfaatkan kelebihan yang ada pada bawang putih ini. Tumbuk dua atau tiga ulas bawang putih dan sapukan pada bahagian kulit muka yang bermasalah. Kemudian bilas dengan air suam.

Kehadiran komponen allicin yang berasaskan sulfur boleh meredakan keradangan jerawat malah bintik-bintik hitam dan pori-pori juga dapat dikurangkan. Dan kalau anda nak tahu, bawang putih memang sudah lama digunakan dalam tradisi rawatan Ayurveda untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Jadi, cuba jangan tak cuba ya dik.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2016 05:02 PM | Show all posts
Aku kalau batuk selsema lambat baik aku telan bawang putih.
MCM skrg seminggu sekali dgn hubby sekali paksa makan.
Aku bakar,hingga lembut..rasa dia agak MCM kentang .

TP nasihat aku Jgn sesekali guna secara berlebihan kat jerawat terbakar Kang kulit tu.
Masa mengandung alami alahan gatal2 teramat sgt kat kaki,pakai ubat hospital klinik xjalan.
Aku amik bwg putih n gosok,pedih rasanya..TP ok lama2 tu jelah ubat hingga akhir kandungan.
Kulat air pun pernah laki aku kena,sbb pakai safety boot lama sgt.aku parut n tepek kat kaki dia
Terus baik hingga skrg dh xpernah ada.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 05:59 PM | Show all posts
tt dah buat dah ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 12:22 PM | Show all posts
fire_place replied at 18-3-2016 05:02 PM
Aku kalau batuk selsema lambat baik aku telan bawang putih.
MCM skrg seminggu sekali dgn hubby seka ...

kalau jerawat kat muka, tak sesuai ke beb?
anak lelaki saya byk betul jerawat
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 01:18 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 21-3-2016 12:22 PM
kalau jerawat kat muka, tak sesuai ke beb?
anak lelaki saya byk betul jerawat

Nak buat atas tanggungjawab sdir hokey..aku suggestkn Jgn.lg kulit muka sensitif dan nipis.TP sgt mujarab kat badan MCM anak aku gatal sbb panas pakai baju kat belakang,dgn lg
Satu kena gigit nyamuk kat kebun,banyak gila,dh PG klinik 2 kali xbaik.
Aku sapu je,TP mmg menangis anak aku,sbb pedih sgt2.
TP lepastu mmg ok.ha..ni kat kaki,kalau jerawat kat muka..perghh lagi lah kot sakit kot.

Teruk sgt ke jerawat tu? Jerawat batu? Ke pasir?
Kalau ikut aku punya cara,tiap kali basuh muka amik kain bersih dgn air panas boh garam,tekap2 kat muka.
Amalkan.lepastu buah bancuhan asam jawa pati+susu tepung,jdkn bancuhan pekat MCM mask.
Lepastu simpan dlm peti ais,dh sejuk pakai.lg satu guna acv buat MCM toner,ni sebotol baru rm20. Acv sgt berkesan jua.
Boleh baca tentang petua ni kat blog2 omputih,adik aku pun guna acv ni.

Dan kalau nak cepat,sbb semua cara xberkesan.xpayah ko beli produk2 mahal.buang duit.
Pergi skin gym.aku bgtau sbb aku pergi sana buat facial treatment.atau mana2 pakar kecantikan
Yg ada tawarkan khidmat Carbon laser.ni MCM emma maembong buat,skin dia Kn dulu teruk sgt berjerawat.
MCM aku masa buat ada 2 jerawat kat dahi,tua2 bangka ni dah lama xda jerawat dan2 nak tumbuh,
TP bila laser tu kecut terus kering jerawatnya.rasa mcmne? Xsakit pun,MCM kena renjat letrik skala kecil Kulit tu.
Harga pun berbaloi kot,xmahal.berkemampuan dr ko habiskan beli produk yg mmg xbkesan.
MCM takut tak ok try lah percubaan T-zone Carbon laser x2 baru rm60 je.full face rm250 bila harga promosi,
Kalau x,rm800..kat groupon pun melambak kalau nk dptkn.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 08:34 AM | Show all posts
fire_place replied at 21-3-2016 01:18 PM
Nak buat atas tanggungjawab sdir hokey..aku suggestkn Jgn.lg kulit muka sensitif dan nipis.TP sgt  ...

terima kasih fire, atas penerangan yang jelas tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.205568 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list