CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2730|Reply: 16

KENAPA ANAK MISKIN LEBIH BERJAYA / PANDAI DARI ANAK KAYA/SEDERHANA

[Copy link]
Post time 24-3-2016 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum...

Setiap kali pengumuman keputusan UPSR/PT3/SPM/STPM, kita sering kali mendengar anak orang miskin, ibubapa hanya kerja petani, penoreh, pemandu lori, buruh atau nelayan mesti mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pagi ini, ada seorang rakan sekerja datang ke pejabat bertanya adakah anak dia boleh masuk program pelajar cemerlang. Dia hanya kerja buruh dengan gaji tak sampai RM1,000.00, tapi anak dia dapat Straight A's...Anak aku hmmmm 4A je dan aku pun tak mampu pun nak tolong anak aku sendiri untuk belajar di program pelajar cemerlang. Sekarang kerja aku mengumpul nama-nama anak yang dapat 8A untuk melanjutkan pelajaran di peringkat A Level ... Tapi, dari senarai nama yang aku terima, kebanyakkannya anak-anak orang miskin dengan pekerjaan yang aku sebutkan tadi ...

Kebanyakkan yang aku tanya dan baca kisah mereka, anak-anak orang miskin ini melihat sendiri kesusahan hidup mereka dan memahami keperitan ibubapa mereka mencari sesuap nasi. Anak-anak miskin ini pun ada dikalangan mereka yang tak membaca/belajar dengan sesungguhpun, sebab mereka menolong ibubapa dalam sesuatu kerja atau menjaa adik di kala ibubapa mereka bekerja. Tapi otak bergeliga. Ada juga yang memberitahu faktor berkat atas rezeki yang diperolehi oleh keluarga orang2 miskin ini.

Entahlah, kadang-kadang aku merasa cemburu dengan kejayaan anak miskin ini...walaupun serba kekurangan dari segi wang ringgit, tetapi anak-anak mereka amat berjaya. Aku yang boleh menyediakan segala keperluan anak seperti alatulis, buku latihan tambahan, menghantar tuisyen dan kira aku ni berjayalah juga di menara gading, tidak berupaya menjadikan anak aku juga sebagai pelajar yang cemerlang.

Doa aku semoga kesemua anak-anak aku dan anak-anak forumers yang membaca luahan ini berjaya dalam apa juga bidang yang dipilih dan semoga mereka boleh menyumbang menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan tanahair.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2016 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya anak-anak org miskin ni lebih pentingkn agama. Rata-rata yang berjaya rasanya solat derang terjaga.pandai mengaji al quran.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 09:41 AM | Show all posts
Aminnn ya rabb atas doa TT utk anak2 kita semua
knp anak org miskin berjaya tp yg biasa2 lbh berjaya, x reti nak komen

btw anak partner ana dpt straight A yg mana dia dpt 3A dan selebihnya dpt A+
tgh struggle gak minta biasiswa, hr tu tgk dia isi borang, buat essei dan mcm2
dan anak jiran yg bapanya sorg land surveyor dan maknya surirumah yg ada master tu pun dpt straight A
kembar lg tu, alhamdulillah happy utk diaorg
ms borak hr tu dia kata anak2 dia semua mmg hantar tuition sejak sekolah rendah
satu lg dia katamay be sbb sekolah yg anak2 dia msk
kat bangi ni JESS merupakan salah sebuah sekolah yg terbaik
satu kelas cuma 28 pelajar aje, sama standard cam SBP atau MARA cuma x dok asrama

setakat ni belum ada kawan yg blh dikategorikan cam kwn TT
jd xboleh nk komen sesuka hati
cumanya berdsrkan dr sorg poremer yg dah x aktif dia kata anak buah dia ni berjaya sbb byk bantuan dr mak2 sedara yg nkkan anak sedara berjaya yg blh mengubah nasib family
si bapa hanya tukang kayu dan si mak lak tukang jahit,
diaorg dr belah pantai timur
jd bolehlah dikata yg budak ni anak org miskin tambah lg dia ada adik2 dan sorg abg oku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 12:24 AM | Show all posts
Saya banyaklah juga memproses permohonan bantuan pelajaran kpd mereka yg Berjaya dlm exam dan boleh sambung ke university, rata2 ibubapa mereka kerja di kampong je, income tak sampai RM1000
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:03 PM | Show all posts
fatehana replied at 5-4-2016 09:41 AM
Aminnn ya rabb atas doa TT utk anak2 kita semua
knp anak org miskin berjaya tp yg biasa2 lbh berjay ...

JESS tu sekolah apa?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:20 PM | Show all posts

JESS = Jalan Empat Secondary School atau SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi

sekolah rendahnya pula dikenali sebg JEPS = Jalan Empat Primary School atau SK Jalan Empat BBB

kat area sini mmg dedua sekolah ni dikenali dgn nama seperti itu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2016 03:26 PM | Show all posts
matabelalang replied at 7-4-2016 12:24 AM
Saya banyaklah juga memproses permohonan bantuan pelajaran kpd mereka yg Berjaya dlm exam dan boleh  ...

Encik TT kijer bhg biasiswa utk gomen ke?
sekadar bertanya aje

kdg kala tertanya gak apa kriteria utk dptkan biasiswa
sbb kdg dah dpt good result cam straight A
tp rezeki x menyebelahi budak pandai ni
adakah sbb background atau camner

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 04:33 PM | Show all posts
fatehana replied at 7-4-2016 03:20 PM
JESS = Jalan Empat Secondary School atau SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi

sekolah rendahnya pu ...

oooo... dlu masa anak aku darjah satu ada register dia kat skolah ni..
dah dapat.. tp dsebabkan menjadi masalah pulak bila time abis skolah x tau dia nk dok mana..
so tukar la dia ke skolah putrajaya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 05:07 PM | Show all posts
tt nak tau tak salah satu sebabnyer disebabkan apa? sebab faktor persekitaran! ni apa yg rosse perhatikan sendirilah ...

drg tak ada hiburan2 lain ... no smartphone, gadjet, movie, cinema, hanging outside, internet, etc ... so apa yg drg buat adalah belajar ... bila mender diulang2 akhirnya jadi kebiasaan & keseronokan ...

so drg belajar ajerlah ... apa lg yg nak dibuat sbb hanya itu jer yg drg ada ... sbb tulah drg blh cemerlang ... sbb tak ada gangguan ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2016 02:10 AM | Show all posts
kejayaan sesuatu yg subjektif...

kejayaan yg tt maksudkan tu kejayaan dari segi akademik kan?...

pd pendpt aku, kalau nak dibincangkan tentang kejayaan dlm konteks yg lebih luas, anak2 org miskin lebih rendah kemungkinannya utk menjadi lebih berjaya berbanding anak2 org kaya...

tp kalau hanya dari segi akademik sahaja semata-mata, mcm x bermakna sangat kejayaan yg dicapai tu...



Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 11:09 AM | Show all posts
kenapa anak orang miskin lebih Berjaya ???????????
sebab deorang tak kisah tak makan ayam setiap hari ...
deorang tak kisah tak main game setiap masa ....
deorang tak kisah tak ada baju mahal ...
deorang tak kisan tak ada tudung mahal ....
deorang tak kisah tak ada h/phone mahal ....
deorang tak kisah tak ada laptop mahal ....
deoang tak kisah tak ada channel ASRTO gempak ....
deorang tak kisah nak pergi bercuti sana sini ..........
APA YG DEORANG KISAH IALAH KALAU TAK QATAM ALQURAN...
APA YG DEORANG KISAH IALAH TINGGAL SOLAT ....
APA YG DEORANG KISAH IALAH MASA BANYAK TERBUANG DGN MENONTON TV ...
DAN APA YG DEORANG KISAH IALAH TAK SEMBAHYANG SUNAT .....

Perbandingan anak org senang dgn anak org yang serba ada :-
a). buku beli tetapi banyak kosong tak buat latihan ........
b). buku tebal-tebal tapi bersih seperti tak pernah di bukak utk di baca....
c). datang sekolah dgn belanja sekolah yg banyakkk setiap hari ....
orang miskin tak kisah langsung kalo pergi sekolah tak ada duit belanja ....
deorang akan berpuasa sunat setiap hari Selasa dan Khamis ...........

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2016 08:12 PM | Show all posts
fatehana replied at 7-4-2016 03:26 PM
Encik TT kijer bhg biasiswa utk gomen ke?
sekadar bertanya aje

Ada banyak faktor ...

1. kursus yg dimohon mengikut keutamaan, biasanya kursus yg dimohon sebagai pilihan 1-5 adalah kursus pilihan ramai, maka sebab tu mereka tak dapat.
2. kursus yang dimohon tidak setara dengan keputusan SPM dll.
3. mohon kursus yang layak bukan diminati.
4. mohon kursus yang kurang diminati ramai.
5. faktor rezeki juga memainkan peranan ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2016 08:14 PM | Show all posts
msrosse replied at 7-4-2016 05:07 PM
tt nak tau tak salah satu sebabnyer disebabkan apa? sebab faktor persekitaran! ni apa yg rosse perha ...

Saya setuju 100% .... suasana di rumah seperti suasana di sekolah, cikgu2 selalu bercakap murid2 di sekolah telah didedahkan dengan suasana pembelajaran, bila sampai di rumah,,,hancusssss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2016 08:15 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 10-4-2016 02:10 AM
kejayaan sesuatu yg subjektif...

kejayaan yg tt maksudkan tu kejayaan dari segi akademik kan?...
...

saya merujuk kepada pencapaian akademik dengan keputusan peperiksaan utama sebagai faktor perbincangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2016 08:18 PM | Show all posts
hasmania replied at 11-4-2016 11:09 AM
kenapa anak orang miskin lebih Berjaya ???????????
sebab deorang tak kisah tak makan ayam setiap ha ...

Saya setuju hasmania ...

cuma saya cuba cari bagaimana nak majukan anak2 yg banyak terdedah dgn persekitaran yg mencabar ini (hp, gajet, game, astro etc)
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 10:26 AM | Show all posts
Tak selalu korang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2016 11:28 AM | Show all posts
Memang tak selalu ... kalau selalu nanti ketagih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.055204 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list