CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3160|Reply: 6

Sudu Dan Garfu Boleh Dimakan? Biar Betul

[Copy link]
Post time 28-3-2016 04:33 PM | Show all posts |Read mode






Oleh Fyruz Hanna


Lagi ciptaan bagus daripada India, oleh kerana bosan dengan pembaziran dan sudu plastik yang tidak boleh dikitar semula.


Lelaki ini terpanggil untuk mencipta sudu dan garfu boleh makan.





Ha.. tak perlu membazir kerana sudu plasktik tidak boleh dimakan. Kini anda boleh jadikan alat tersebut sebagai hidangan sampingan anda.


Menurut laporan yang dikeluarkan di India, sebanyak 120 juta keping sudu dan garfu dibuang orang ramai.


Walaupun ianya kecil namun dengan jumlah pengguna alat tersebut yang tinggi pastinya ia suatu masalah kerana plastik merupakan bahan yang sukar dikitar semula.


Bahan ini tidak disadur dengan plastik malah rangup apabila dimakan. Ia merupakan campuran daripada sekoi, nasi dan gandum.


Selain itu sudu dan garfu ini boleh disimpan sehingga 3 tahun. Malah jika anda tidak suka dengan rasanya, ia boleh terkompos dalam masa 3 hingga 4 hari.


Ia juga telah ditambahbaik dengan pelbagai perisa seperti lada hitam, bawang putih, mint dan sebagainya.


Unik dan menarik bukan.-CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2016 05:59 PM | Show all posts
Siapalah pernah rasa agaknya macam ice cream cone ke hapa
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 06:36 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 28-3-2016 05:59 PM
Siapalah pernah rasa agaknya macam ice cream cone ke hapa

pandai keling ni.melayu..hmmm!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2016 06:50 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 28-3-2016 05:59 PM
Siapalah pernah rasa agaknya macam ice cream cone ke hapa

dari bahan2 tu saya agak rasa dia tawar or mungkin mcm biskut tawar je... huhu rasanyelah!~
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu uni kat Malaysia ada buat juga pinggan boleh mkn. Buat drpd ubi kayu rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 01:57 PM | Show all posts
rase mcm tekstur aiskrim kot...tapi tahan mane sgt...kena air sket dah lembik.....karang mkn sudu lagi bnyk dari Nasik! hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2016 09:54 AM | Show all posts
siape_aku replied at 7-4-2016 01:57 PM
rase mcm tekstur aiskrim kot...tapi tahan mane sgt...kena air sket dah lembik.....karang mkn sudu la ...

kekekekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046435 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list