View: 7112|Reply: 80
|
[Tempatan]
CaliBurger, restoran burger premium buka cawangan di Malaysia
[Copy link]
|
|
KEMUNCULAN CaliBurger (Malaysia) Sdn Bhd (CaliBurger) di negara ini tidak hanya untuk memeriahkan pasaran restoran makanan segera Barat sedia ada, sebaliknya ia mempunyai misi lebih daripada itu.
Berbeza dengan burger lain yang dibawa masuk ke sini, CaliBurger tampil sebagai sebuah restoran perkhidmatan segera (QSR) yang menawarkan burger premium dengan harga mampu bagi memenuhi selera ramai, khususnya kumpulan penggemar burger.
'Diterbangkan' dari California, Amerika Syarikat, CaliBurger begitu istimewa apabila ia dihasilkan menggunakan ramuan dan bahan-bahan segar lagi berkualiti yang disediakan setiap hari.
Lebih menarik apabila ban dan dagingnya turut disediakan secara harian menggunakan resipi klasiknya dari California, selari dengan konsep QSR.
Pengurus Pemasaran CaliBurger Nur Mustaffa Sanny Teoh berkata konsep 'sentiasa segar' sering menjadi keutamaan CaliBurger bagi memastikan pelanggan dapat membezakannya dengan produk jenama lain.
"Bagi burger daging, kita menggunakan 100 peratus daging lembu dan untuk burger ayam kita hanya gunakan isi ayam dari bahagian dada yang dicincang.
"Kami menyediakannya di dapur setiap hari sebelum dimasukkan ke peti sejuk untuk disejukkan, tetapi sama sekali tidak dibekukan," katanya kepada mStar Online.
Daging lembu segar digunakan untuk menyediakan burger.
Nur Mustaffa berkata CaliBurger mula beroperasi di Malaysia pada Mei 2015 di Avenue K, Kuala Lumpur sebelum membuka cawangan kedua di Sunway Pyramid pada September 2015.
Katanya, walaupun nampak sama atau seakan-akan sama dengan produk burger lain, CaliBurger sebenarnya jelas berbeza bagi mereka yang pernah mencubanya.
“Tidak hanya daging, kami juga membuat ban sendiri setiap hari bermula dari proses menguli tepung dan proses membakar. Kami melakukannya di dapur terbuka sambil dikawal kualitinya oleh chef berpengalaman.
“Begitu juga dengan sayur-sayuran yang digunakan di mana kami akan pastikan ia sampai kepada kepada kami dalam keadaan segar setiap pagi,” katanya.
Nur Mustaffa bersama salah satu produk CaliBurger.
Bermula dengan outlet pertama yang dibuka di Shanghai, China, CaliBurger yang popular di serata AS telah memasuki pasaran United Kingdom, Sweden, Canada, Arab Saudi, Bahrain, Filipina dan Kuwait.
Melangkah masuk ke restoran ini, pelanggan dapat merasai suasana santai dengan ruang makan yang luas dan selesa disediakan.
Menyambut tetamu adalah sebuah skrin besar yang menyiarkan klip video terkini penyanyi antarabangsa.
Dari pukul 2 hingga 5 petang, pelanggan diberi peluang bermain permainan mudah alih yang dibangunkan khas menerusi skrin tersebut sama ada secara individu atau berkumpulan.
Suasana, budaya dan perwatakan ala-California dapat dirasai dengan adanya lukisan dinding menggambarkan keriangan di pantai dan papan-papan luncur aneka warna sebagai penghias utama.
“Kita sasarkan pelanggan daripada semua peringkat untuk produk ini. Kita mahu beri pengalaman menikmati burger klasik California yang cukup terkenal sejak sekian lama,” katanya.
Mengenai menu yang diketengahkan, CaliBurger menawarkan hidangan secara set dan ala-carte, dengan harga serendah RM4.99 hingga RM23.99.
Antara yang menjadi pilihan ramai termasuklah Caliburger (burger daging dengan 100 peratus daging lembu segar dan keju cair Amerika), Chipotle BBQ Chicken Sandwich (burger daging ayam yang diperap bersama lemon dan herba serta kentang goreng ‘Wild Style’ (kentang goreng dibakar dengan keju sebenar Amerika, bawang panggang dan sos rahsia CaliBurger).
Kentang goreng ‘Wild Style’
Bagi yang ingin mencuba, segeralah berkunjung ke dua buah outlet pilihan. Setelah membuat pesanan di kaunter, nikmati seketika susana santai restoran sebelum buzzer khas di tangan anda berbunyi menandakan hidangan yang dipesan sedia untuk dinikmati.
Pelajar dengan kad identiti akan diberikan diskaun 10 peratus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 baper lama dia lih survives kat msia? |
|
|
|
|
|
|
|
catalina replied at 5-4-2016 07:20 AM
Agak2 baper lama dia lih survives kat msia?
Org malaysia suka mkn fast food..
Saya yakin boleh!! |
|
|
|
|
|
|
|
catalina replied at 5-4-2016 07:20 AM
Agak2 baper lama dia lih survives kat msia?
Dah dua cawangan tu, lama la kot. |
|
|
|
|
|
|
|
mesia ni dtg la ape pun, janji sedap, semua hidup..
ke ade yg bungkus? |
|
|
|
|
|
|
|
burger king pun dah nazak.. |
|
|
|
|
|
|
|
avenue k...mcm sendu jer tempat tu bila i pergi during weekend
tapi xtau ler during weekday..dah tu restoran dia kat atas..bertanya gak
berapa lama ler bole survive.. |
|
|
|
|
|
|
|
untungnya korang macam2 fast food outlet dan restaurant lain ada kat malaysia ni..kat tempat aku ni sendu jah.. red rooster, hungry jacks,kfc,nandos,mcd jah.. kalu balik malaysia mmg aku be spoilt for choice lah..tak tau nak makan kat mana sbb banyak betul restaurant yg best2....
lambatnya bulan june.....
|
|
|
|
|
|
|
|
lunch time friday. mencari2 kedai makan
restoran kat avenue k smua penuh, nmpk pulak caliburger ni yg tak ramai org
beratur kat kaunter bagi order
15 min kemudian, masih menunggu
30min tunggu burger tak sampai2, terus tercangguk depan kaunter melaser pekerja2
masa tu kaunter order pun tutup sbb tak boleh nak cope
serik wa makan kat situ tunggu burger 30min tak siap2
pangkah kedai ni servis lembap nak mamp
sbb tu tak ramai org
tapi rasa sedap gak |
|
|
|
|
|
|
|
lapa plak tgk gmbr burger tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Bege king sedap gak la....tapi harga dia mmg mahal la.
|
|
|
|
|
|
|
|
masih bersedih sebab Popeyes dah bungkus |
|
|
|
|
|
|
|
Daging burger fuel Shack memang tebal mcm dalam gambar menu.. |
|
|
|
|
|
|
|
nour2001 replied at 5-4-2016 09:06 AM
untungnya korang macam2 fast food outlet dan restaurant lain ada kat malaysia ni..kat tempat aku ni ...
ko duk oz ke?abis tu ko ingat malaysia ade hungry jack ke...: |
|
|
|
|
|
|
|
makan beger dia je pun dah kenyang..lum lagi makan ngn kentang cheese dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
duduk kat ostolia ke? hikhikhik.. red rooster sdp jgk..
|
|
|
|
|
|
|
|
tggu shake shack dtg malaysia... ishh lapo plak pepagi ni teringin burger |
|
|
|
|
|
|
|
hungry jack under burger king. so lebih kurang ja
|
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 5-4-2016 11:06 AM
hungry jack under burger king. so lebih kurang ja
Kamu dah jawab ...kalu bnding contoh food court kat malls di malaysia dgn oz punye. Kuss semangat. Bnyk pilihan kat malaysia ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|