CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11217|Reply: 16

Ilmu Penunduk Lelaki, Cepat Baca Dan Buat Si Dia Angau!

[Copy link]
Post time 11-4-2016 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Dalam kehidupan ini kita sentiasa digalakkan mencari ilmu bagi memajukan diri. Dalam hubungan cinta dan rumah tangga juga kita perlu ada ilmu bagi menghangatkan lagi "aura cinta" yang telah disemai.

Sebagai wanita, anda semestinya tahu bahawa lelaki sentiasa mengidamkan wanita yang seksi dan cantik. Apa yang dimaksudkan dengan cantik dan seksi adalah sangat subjektif untuk diterangkan, mungkin seksi dari segi lirikan mata? suara? dan juga body.

Ok buat wanita yang sudah memiliki suami, teman lelaki atau masih dalam proses "cari timba" boleh lah mencuba ilmu penunduk lelaki ini. Jangan risau, penulis sangat pasti tiada ritual pelik mahupun terlarang untuk ilmu penunduk ini. Tarik nafas dan baca satu persatu :




1. Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung lelaki berdegup-degup. Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman wanita sememangnya sangat menawan. Hatinya akan terasa bagaikan dipanah.




2. Mata wanita yang cantik memang sukar untuk dicari. Ini kerana kebanyakan wanita sekarang suka memakai maskara, pembayang mata dan penggaris mata untuk menonjolkan mata yang cantik. Solekan hanya mengaburi mata yang memandangnya daripada melihat kecantikan asli wanita. Tetapi, sesekali terpandang si dia yang memiliki bulu mata lebat dan warna anak mata yang begitu indah sekali, pasti tidak keruan dibuatnya.

3. Penampilan wanita antara perkara yang boleh membuatkan lelaki mudah jatuh cinta. Melihatkan gaya mereka berpakaian, cara bertutur juga pembawakan diri mereka di kalangan orang ramai adalah aspek yang lelaki lihat dahulu. Ada sesetengah lelaki suka melihat wanita yang berpakaian ringkas seperti seluar denim dipadankan dengan kemeja atau kemeja-T. Biarpun ringkas, namun gaya itu membuatkan mereka kelihatan sofistikated. Manakala memerhati bagaimana wanita bertutur pula sudah cukup untuk menjelaskan latar belakangnya termasuk tahap pendidikan, keluarga juga personaliti. Kadang kala, melihat wanita memakai pakaian pejabat yang ringkas juga membuatkan sesetengah lelaki cair.




4. Wanita yang bijak adalah wanita yang seksi. Ini bukan bermakna dia perlu mempunyai sejarah ‘pelajar cemerlang’, tetapi tahu tentang kerja-kerja yang dilakukannya, peka dengan isu semasa, bijak menyelesaikan masalah dan matang. Contohnya, jika dia sedang membuat persembahan kerja dalam mesyuararat, dia fasih dan lancar dalam percakapannya, tangkas menjawab setiap pertanyaan dan bahasa tubuh yang begitu meyakinkan. Mereka yang bijak juga tidak mudah melatah jika berdepan sebarang masalah. Sebaliknya, mereka akan duduk diam seketika dan memikirkan cara terbaik untuk menanganinya.

5. Hormat orang tua. Bagi sesetengah lelaki boleh gugur jantung jika melihat wanita tahu beradab sopan di hadapan orang tua. Sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini. Adab sopan yang dimaksudkan termasuk salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh.

6. Potongan badan menarik. Wanita yang bertubuh cantik bukan sahaja kelihatan menarik tetapi juga menandakan mereka pandai menguruskan diri. Wanita dengan potongan badan yang kurus, tinggi dan menggiurkan menjadi perkara yang boleh membuatkan sesetengah lelaki jatuh cinta dengan begitu cepat.

7. Rambut paras lepas bahu. Mungkin disebabkan trend kecantikan dan pengaruh selebriti Barat, lebih ramai wanita Asia kini lebih gemar mewarnakan dan memotong rambut pendek. Bagi sesetengah lelaki, penukaran gaya itu hanya ‘menghilangkan’ kecantikan asli mereka. Golongan ini lebih suka melihat wanita warna rambut asal yang panjang sekali gus mampu menunjukkan kecantikan wanita Asia yang dimiliki mereka secara semulajadi.

8. Berkaca mata. Ada sesetengah lelaki suka melihat wanita berkaca mata. Apatah lagi jika wanita itu mengenakan solekan mata yang natural dan bijak bergaya. Bagi golongan ini mereka berpendapat, wanita yang berkaca mata membuatkan mata lebih cantik dan secara tidak langsung menjadikan penampilan mereka lebih seksi. Selain itu, kaca mata juga membuatkan wanita kelihatan smart.


Sudah baca? Jadi anda pasti tahu apa yang hendak dilakukan. Cepat! tundukkan playboy itu! Eh....  - CARI Infonet.




Sumber : ilmu buat lelaki mudah jatuh cinta - ceritawan.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2016 10:02 AM | Show all posts
cara yg terbaik..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 12:27 PM | Show all posts
puii...xpayahla...nyampah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 12:49 PM | Show all posts
maklumat berguna, majoritinya berkesan kepada saya
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 05:01 PM | Show all posts
bole try nih..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 11:04 AM | Show all posts
ana_una replied at 28-6-2016 12:27 PM
puii...xpayahla...nyampah..

Kenapa nyampah?

Kalau begitu, kamu menyampah la ia kalau suami mu menjaga penampilan dia, budi bahasa dia, kewangan/nafkah dia, kata2 manis dia, senyuman dia yg dibuat khas untuk si isteri?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2016 01:25 PM | Show all posts
Hmmm......itulah kebenarannya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 04:23 PM | Show all posts
alhamdulillah ini yang aku cuba kepada somiku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2016 04:54 PM | Show all posts
Hehe.mmg betoi pon
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 08:10 PM | Show all posts
No. 1, 3 and 6 are truly working
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2016 10:23 PM | Show all posts
yprat replied at 29-6-2016 11:04 AM
Kenapa nyampah?

Kalau begitu, kamu menyampah la ia kalau suami mu menjaga penampilan dia, budi  ...

Dia xdak semua tu kut, xpun xlaku2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 05:04 PM | Show all posts
Si dia x suka pun i pakai spek.. sebab i terus jadi macam orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 12:19 PM | Show all posts
bole try nih..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 01:27 PM | Show all posts
mak aiiii... yg no 2 tu... renungan mata tajam sungguh... sungguh mendebarkannn jantung..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak cantik2 dpn husben tapi baru masuk toilet x sampai 5 saat dah kena jerit dgn peminat2. Nak mandi pun ala2 koboi je ....dah nya tak dan pun berhias
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 12:20 AM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Unlimited Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2016 02:55 PM | Show all posts
huhu..tertunduk sgt aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.056726 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list