Oleh Izzah Abbasy
Musim bunga Sakura kini boleh didapati di Malaysia dan tak perlu nak jalan jauh-jauh ke Korea semata-mata untuk bergambar. Mungkin kerana cantik dan menawan, ia sudah banyak ditanam di seluruh Malaysia.
Difahamkan juga bunga Sakura juga banyak ditanam di Kedah dan Pulau Pinang sebelum ini. Bunga ini berasal daripada Mexico, Florida, Argentina, Pulau Caribean dan banyak lagi.
Siapalah tak jatuh hati kan apabila pokok sakura yang rimbun, berjatuhan atas tanah apabila di tiup angin lembut. Tetapi rasanya jika di Malaysia, ia bukanlah bunga sakura, tetapi sejenis spesis pokok yang mengeluarkan bunga seakan-akan sakura.Betul tak?
Jika di Sabah, sekitar laman dan jalan sepanjang Universiti Malaysia Sabah (UMS) terdapat banyak pokok Sakura ini. Saban tahun bunganya mekar dan luruh menjadikan pemandangan sekitar UMS terlihat sangat cantik. Ala-ala belajar dalam universiti Korea gitu. - CARI Infonet
Kredit Foto : ilovebunga89.blogspot.my
|