CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4529|Reply: 30

[Dunia] Aksi wanita curi cincin mayat dirakam

[Copy link]
Post time 14-4-2016 09:36 AM | Show all posts |Read mode
NEW YORK 13 April – Seorang wanita Texas dikehendaki polis apabila ge­lagatnya mencuri sebentuk cincin daripada mayat seorang wanita yang berada di dalam sebuah keranda berjaya dirakam pihak pengurusan rumah mayat, baru-baru ini.


Menurut polis, suspek itu ma­sih bebas selepas dia datang ke Rumah Mayat dan Taman Pe­ringatan Sunset di Odessa, Texas, petang Sabtu lalu.
Portal ABC News melaporkan, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah mayat itu, suspek menghampiri sebuah keranda yang mengandungi mayat seorang nenek berusia 88 tahun.

Wanita itu kemudian me­nyandarkan badannya pada ke­randa berkenaan sebelum dilihat memegang tangan mendiang.
Menurut polis, suspek yang berjaya mendapatkan cincin itu bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta.





Bagaimanapun menurut pihak berkuasa, cincin yang diambil da­ripada mayat itu adalah perhiasan yang diperbuat daripada plastik dan hanya bernilai kira-kira AS$10 (RM38).

Sementara itu, polis Texas masih belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes itu dan menganggap insiden tersebut sebagai satu jenayah serius.
Polis Texas memuat naik gambar suspek pada akaun Facebook rasminya dengan harapan orang ramai dapat membantu mengenal pasti wanita berkenaan.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.6JxQgiD8.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2016 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti cikki kecewa, cincin plastik 10 dollar jek rupanya. Ciss.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 09:48 AM | Show all posts
makcik texas tu.. mungkin minat gile kat cincin plastik..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 09:49 AM | Show all posts
semoga insaf lps melawat pajak gadai
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 10:33 AM | Show all posts
susah payah je merompak mayat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 10:38 AM | Show all posts
kecewa.. plastik je!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2016 10:43 AM | Show all posts
terdesak sangat sampai mayat pun jadik mangsa rompakan
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 10:57 AM | Show all posts
kalo dh cicnin plastik biar je la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2016 11:02 AM | Show all posts
pulangkan~~

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 11:04 AM | Show all posts
Mesti dia kecewa bila tengok cincin yang dicuri tu cuma cincin plastik. Padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 11:06 AM | Show all posts
Sia2 je rembat....hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 11:06 AM | Show all posts

Hahaha terus terbayang cerita PHSM. Agaknya mayat ni nanti menghantui hidup perempuan tu walau hanya kerana cincin 10$
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 11:08 AM | Show all posts
Kang kena badi mayat
X tido mlm
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 11:11 AM | Show all posts
rasakannn!

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 11:20 AM | Show all posts
miyamiyo replied at 14-4-2016 11:06 AM
Hahaha terus terbayang cerita PHSM. Agaknya mayat ni nanti menghantui hidup perempuan tu walau han ...

Dalam mimpi hantu tu dtg bukan nk mintak cincin, tapi dia gelakkan org tu....sbb curik cincin pastik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 11:25 AM | Show all posts
tangkap tetap kena tangkap sbb niat mencuri...tak kira lah cincin mainan ke tak...padan muka....susah payah den tarik cincin dari tangan mayat tu takut jari tertanggal,tp rupanya cincin plastik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2016 11:26 AM | Show all posts
Kerja sia2 dah le kena rakam cctv satu dunia dah tonton perilakunya
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya nenek ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 12:19 PM | Show all posts
curi cincin nak bagi laki makan la tu....cam bini sutun pink tu je...ikut je apa cakap laki.





Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Rosmah cincin birkin altantuya c4 simen lee chong wei
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.061292 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list