|
Muar: Kanak-kanak lelaki ditemui lemas di dalam baldi di bilik air rumahnya di Bukit Pasir di sini, 6 pagi tadi.
Muhammad Umair Zaheen Md Zamri, 2, ditemui dengan badan dan kepalanya di dalam baldi yang dipenuhi air oleh bapanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Hanif Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 6 pagi dan sepasukan polis dikejarkan ke lokasi.
"Sebaik tiba di rumah mangsa, anggota kami mendapati kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat," katanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan pihaknya mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.
**credit Harian Metro
Salam semua, saya ni mcm tak boleh nak imagine mcm mana budak 2 tahun yang boleh berdiri, berjalan boleh lemas di baldi. Anak sy pun masa mandi kadang2 nak main air dlm baldi. Sy mcm fobia sejak baca kes ni. Bukan ke ketinggian kanak-kanak lebih tinggi dari paras baldi?
Sorry, saya ni jenis kena memahami sesuatu keadaan dgn jelas baru saya boleh faham.
|
|
|
|
|
|
|
|
lazimnya kes lemas ni sbb budak tu tertonggeng masuk dalam baldi
kepala di dasar baldi
then dia tak pandai nak kuarkan badan dia
sbb tu lemas
sebab tu bahaya tinggalkan budak tanpa pengawasan apabila dalam bilik air
tambahan lagi budak yg suka bangun masa malam2
kena pastikan pintu bilik air bertutup dan kunci
sbb ada kes pernah jadi |
|
|
|
|
|
|
|
pasal tu ramai parents pasang pagar area dapur atau bilik air
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu nya baldi tu ngam2 badan budak umur 1-2 ys kan...
jenis budak xpandai lagi nak berpaut kat tepi baldi tu....
air penuh pulak, tu buat lemas...
anak saya gitu juga...dari start umur 1ys, dah pndai jalan...
pantang lampu bilik air terbukak...ke situ aje dia tuju...
tapi nasib dia suka main berus gg...saje letak brus gg n colgate tepi pintu bilik air tu...
so dia stop kat situ...main berus gg bawak jalan2 1 rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah.. takutnya dengar. anak aku tu suka betul dia masuk toilet. tau2 dah dkt pintu. nauzubillah. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia nak main air masa mandi.
kita kena monitor.
aku selalu amek kerusi..
duduk depan pintu bilik air sambil baca majalah and tengok dia..
biar dia main puas2 dalam setengah jam..
then kita mandikan dia..
then bawak keluar.
jangan biar budak mandi sorang2..
kecik pulak tu.
bilik air tu banyak hazard..
tak boleh lepa (leka) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mirian1110 at 14-4-2016 03:21 PM
Sebab tu aku tak suka letak air dalam baldi kat dalam bilik air, baldi memang kering dan cuma untuk letak baju kotor je, kalau nak mandi, memang pakai shower je, ade anak kecik kat rumah kena extra berhati2 |
|
|
|
|
|
|
|
kat area rumah Lady pun ade kes mcm ni 4 bulan yg lepas... umur setahun lebih...mak nya kata tinggal kejap jer, sekali dah tertonggeng anak dia dlm baldi... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat area umah bp lak, budak 11 bulan lemas dlm besen..bila diangkat tu da biru lebam budak tu, kepala mmg da lembek..nasibla ade pegawai kesihatan kat situ, dia la yg tlg buat cpr bagai.. Terus bw g klinik then hospital.. Panjang umur budak tu,2 hari kat icu..now da kat wad biasa |
|
|
|
|
|
|
| |
|