View: 3013|Reply: 7
|
Ladies, Apa Risiko Bawa Handbag Berat Macam Batu
[Copy link]
|
|
Oleh Fyruz Hanna
Wanita memang suka shopping handbag bukan? Ada yang memilih handbag jenis besar, jenis kecil, sederhana, yang berlekuk-lekuk yang simple dan bermacam-macam lagi.
Dengan handbaglah kita akan mengumpulkan semua barang seperti alat makeup, tisu, purse, kadang-kadang makanan, kunci dan sebagainya.
Ada wanita yang kalau boleh mahu diangkut semua dalam handbag ini. Tapi tahukah anda, risiko menggalas handbag berat dibahu boleh menjejaskan kesihatan tubuh
Pembentukan otot bahu yang tak seimbang
Selalu bawa handbag akan memberi tekanan pada otot bahu yang dominan untuk membesar berbanding satu lagi.
Kebas & lenguh
Bebanan yang terlalu berat untuk jangkamasa yang lama boleh mengejangkan otot dan akan menyebabkan leher kebas dan lenguh. Ini akan memudahkan anda mengalami stress tanpa sedar.
Sakit kepala
Oleh kerana bahagian bahu dan leher berhubungan, ia akan menghantar signal dan akan menyebabkan anda sakit kepala. Sebaiknya jika anda membawa beg berat, jinjing dan bukannya galas.
Tips untuk wanita, setiap bulan periksa beg tangan anda dan keluarkan barang yang tidak diperlukan. Sentiasa kemas kini barang anda jangan sampai ia mencederakan aset tubuh anda. -CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
mujur la henbeg saya berat sikit je
tp jika dihayun pada peragut mebi boleh memengsankan beliau |
|
|
|
|
|
|
|
sila hayun laju2 dan sekuat yang boleh okeyy
|
|
|
|
|
|
|
|
nak beg lv dato vida.. die nk derma kan.. huhu berat pun takpe boleh bawak |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhuh i tak larat nak pakai handbag Marc Jacobs or etc yg kulit bagai... kalau tgok celine, tak isi pape berat ya amat... better pakai longchamp le pliage, settle ringan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
payung, sudu, kunci opis, kunci rumah, kunci kereta, pen, kertas, bekas spek, nasik lemak, nasik lemak semalam yang lupa nak makan, semua ade dalam henbeg.. mane x berat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|