|
[size=3]
[/size]
[size=3]Oleh : TS LOO[/size]
[size=3]
[/size]
[url=http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201604/18/090741jad2af3a5ajm6fhh.jpg][img]http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201604/18/090741jad2af3a5ajm6fhh.jpg[/img][/url]
[size=3]Bom buatan sendiri yang ditemui di sebuah unit kondominium di Damansara Perdana tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Negara Islam (IS).[/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, insiden tersebut sememangnya adalah salah laku jenayah, tetapi bukan ancaman pengganas.[/size]
[size=4][b][/b][/size]
[size=4][b][i]"Keselamatan negara dalam keadaan terkawal, dan polis masih belum mengenal pasti motif kejadian. Kita mengesan beberapa kemungkinan, dan tiada satupun dikaitkan dengan IS."[/i][/b][/size]
[size=3]Lima bom buatan sendiri ditemui polis di sebuah unit apartment di Damansara Perdana pada pagi Ahad lalu.[/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]Keadaan itu menyebabkan pemidahan sementara melibatkan kira-kira 200 penduduk.[/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]Kesemua bom tersebut dibawa ke kuari berhampiran dan diletupkan.[/size]
[size=3]Ahmad Zahid berkata, polis mengadakan serbuan ke atas rumah berkenaan berdasarkan aduan mengenai aktiviti haram dijalankan.[b]- CARI Infonet[/b][/size]
[size=3][/size]
[size=3][/size]
[size=3][/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]sumber : mstar[/size] |
|