CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2089|Reply: 1

Bayi Berak Dalam Perut Apa Perlu Anda Tahu?

[Copy link]
Post time 21-4-2016 01:35 PM | Show all posts |Read mode




Oleh FyruZ Hanna


Situasi yang sering didengar dalam wad kecemasan dalam labour room sering kita dengar doktor atau jururawat menjerit 'ceaser'. Kebarangkalian untuk kemungkinan melahirkan secara ceaser adalah kerana bayi telah berak dalam perut.


Apa sebenarnya keadaan itu?


Meconium


Dalam rahim, bayi sentiasa menelan air ketuban yang mengelilinginya sejak berusia 14 minggu dalam kandungan. Air ketuban ini adalah penting kepada tumbesaran bayi dan mengandungi mukus, rambut bayi (lanugo), sel2 intestin, hempedu, dan air.


.


Cecair ini menerusi usus kecil bayi di mana air dibuang dan diserap. Apa-apa sisa akan tertinggal di usus besar bayi. Lama kelamaan, sisa ini akan berkumpul dan membentuk pekatan yang dipanggil meconium. Apabila bayi sudah sampai full term, pekatan meconium ini sudah memenuhi usus nya.


.


Beberapa hari selepas melahirkan, payudara anda akan menghasilkan colostrum iaitu satu pekatan berwarna kuning dan bersifat melawaskan. Colostrum dapat membuang meconium dalam masa 48 jam selepas bayi dilahirkan.


Meconium sebelum bayi dilahirkan


Jika bayi sudah membuang meconium sebelum dilahirkan, air ketuban mungkin berwarna kehijauan. Bayi juga selalunya akan dipenuhi dengan meconium di seluruh badan terutamanya jika badannya terdapat vernix caseosa iaitu sejenis 'losyen' baby yang berwarna putih di badannya selepas dilahirkan. Bayi juga mungkin menelan meconium nya semasa dalam rahim. Ini tidak sama dengan menghidu meconium nya sendiri.


.


Bayi yang sudah membuang meconium dalam perut mungkin kerana sistem pencernaannya telah matang. Maka lebih lama bayi dalam perut, lebih tinggi kemungkinan untuknya membuang meconium.


.


Ia juga boleh disebabkan oleh tekanan (compression) pendek dan tiba-tiba kepala atau tapi pusat bayi. Kehilangan oxygen sementara membuatkan otot sphincters untuk relax lalu menyebabkan meconium dibuang. Seringkali kepala bayi agak tertekan sewaktu saat-saat terakhir sebelum kelahiran dan bayi-bayi ini sering diikuti dengan meconium sejurus selepas dilahirkan.


.


Air ketuban bermeconium terjadi dalam 20% kelahiran yang sudah full term.


Adakah meconium berbahaya?


Jika air ketuban ibu sudah pecah dan ada tanda-tanda meconium, ini memang akan mendapat perhatian doktor serta-merta.


.


Jikalau warna airnya kehijauan, ini menandakan yang meconium baru saja dibuang. Warna kecoklatan dan kekuningan menandakan yang meconium sudah dibuang agak lama.


.


Isu utama yang menjadi kerisauan ialah jika bayi sudah terhidu meconium masuk ke paru-parunya. Ini dipanggil Meconium Aspiration Syndrome.




Apakah Meconium Aspiration syndrome?


Sewaktu kehamilan, paru-paru bayi dipenuhi dengan air ketuban dan jika terdapat meconium, ia boleh masuk ke paru-paru.


.


Sewaktu kelahiran, jika bayi terlampau in distress atau kekurangan oxygen, bayi boleh menghidu meconium masuk ke paru-parunya.


.


Bila meconium sudah masuk ke paru-paru, ia boleh menyekat laluan pernafasan bayi secara separa atau penuh lalu menyebabkan pernafasan menjadi payah kepada bayi dan mengurangkan oxygen kepada nya.


.


MAS juga boleh menyebabkan kerengsaan di dalam saluran pernafasan bayi menyebabkan pernafasan menjadi susah. Jangkitan paru-paru mungkin terjadi. Surfactant, iaitu sesuatu bahan untuk menolong paru-paru mengembang dengan elok sejurus selepas kelahiran juga mungkin tidak akan diaktivasi disebabkan oleh meconium.


.


Dalam 20% bayi yang membuang meconium dalam kandungan, dalam 2-5% mengalami MAS.


.


Tanda-tanda MAS:


1. Pernafasan yang laju.
2. Pernafasan yang payah dan bunyi berdengus.
3. Pernafan terhenti.
4. APGAR Score yang rendah (warna bayi, tona otot, refleks)
5. Cyanosis (warna kebiruan di kulit bayi)
6. Dada yang terlampau mengembang


Apakah rawatn untuk Meconium Aspiration Syndrome?


Panduan dari American Academy of Pediatrics menyatakan yang bayi yang telah menghidu meconium tidak lagi patut disedut saluran pernafasannya dengan tiub semasa kelahiran berlangsung.


.


Jika bayi sudah terhidu meconium dan masih aktif, tampak baik dan mempunyai denyutan jantung yang elok (atas 100 rentak seminit), doktor perlu memantau bayi untuk tanda-tanda MAS yang lain dalam masa 24 jam.


.


Bayi yang telah terhidu meconium dan tidak aktif, mempunya degupan jantung yang rendah, lembik dan tona otot yang lemah kebarangkalian lebih memerlukan suctioning serta-merta. Doktor akan memasukkan tiub melalui mulut atau hidung untuk membuang sebanyak meconium yang mungkin supaya bayi boleh bernafas dengan elok.


.


Bayi yang telah dilahirkan dengan MAS berkemungkinan perlu untuk tinggal di NICU. Mereka akan dipantau untuk tanda-tanda jangkitan, ujian darah perlu dilakukan dan mereka mungkin memerlukan bantuan oxygen. Setengah bayi yang mengalami MAS yang serius mungkin mengalami pneumonia. Jangkitan paru-paru dan pernafasan yang berbunyi mungkin terjadi semasa 12 bulan yang pertama selepas kelahiran. Walaupun begitu, keadaan ini selalunya menjadi bertambah baik apabila paru-paru bayi mula membentuk sac udara yang baru.




Bagaimana untuk mengelakkan Meconium Aspiration Syndrome?


Untuk mengelakkan bayi yang stressed out, adalah sangat penting untuk si ibu memastikan proses bersalinnya adalah tenang dan senang dan ditemani oleh pasukan bersalin yang bersikap menyokong.


.


Jika si ibu merasa terganggu dan cemas sewaktu melahirkan, ini boleh menyebabkan kontraksi menjadi perlahan atau terhenti. Ini boleh menyebabkan intervensi dilakukan satu persatu (cascade of intervention) yang boleh menyebabkan fetal distress.


.


Intervensi seperti memecahkan air ketuban, pemantauan bayi berterusan, dan induction atau augmention dengan oxytocin tiruan semua boleh menyebabkan bayi menjadi lebih stress.


.


Jika air ketuban anda dah pecah dan terdapat tanda-tanda meconium, anda selalunya akan dipantau dengan rapi. Ini mengurangkan pergerakan anda.


.


Jika meconium nya cair dan doktor telah mengesahkan yang degupan jantung bayi anda adalah baik, pilih posisi kelahiran menegak (upright) supaya kontraksi dapat menolak keluar cecair daripada paru-paru bayi dan lalu keluar melalui hidung atau mulut.


.


Benarkan tali pusat untuk terus berdenyut supaya oxygen dapat terus dibekalkan ke bayi sementara pernafasannya beralih ke sedutan oxygen masuk ke paru-paru melalui saluran pernafasannya.


.


Adalah penting untuk anda fahami bahawa meconium staining boleh terjadi walaupun bayi tidak distress dan bukan semua bayi yang distress akan membuang meconium. Ia adalah kejadian yang sangat jarang berlaku dan doktor boleh membantu dengan mengurangkan intervensi yg boleh menyebabkan fetal distress.


.


Kebanyakan bayi yang telah membuang meconium dalam rahim adalah bayi yang post-date iaitu lahir selepas Estimated Due Date. Ini menunjukkan yang sistem percernaannya adalah matang.


.
Jikalau anda ibubapa HypnoBirthing®, lakukan teknik2 di bawah untuk mengelakkan risiko MAS:


1. Berada dalam pantauan doktor yang supportive.


2. Lakukan Teknik Riben Melerai untuk mempercepatkan bukaan.


3. Lakukan Teknik Bunga Ros Berkembang Mekar untuk melahirkan tanpa perineum koyak supaya cecair ketuban dapat dikeluarkan dengan keketatan perineum ibu.


4. Lakukan teknik Calm Breathing untuk sentiasa berada dalam keadaan tenang yang mendalam.


5. Lakukan teknik Surge Breathing untuk mengurangkan kesakitan kontraksi. Ini dapat mengurangkan fetal distress. Ibu yang tenang, bayi yang tenang.


6. Sentiasa berada dalam keadaan hipnosis yang mendalam dengan menggunakan Rainbow Relaxation CDs.


-CARI Infonet.


sumber:Womb2Room
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2016 02:11 PM | Show all posts
cmtu rupanya air ketuban
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.038942 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list