View: 2445|Reply: 10
|
Bukit Merah Mungkin Diisytihar Kawasan Bencana
[Copy link]
|
|
sumber foto: https://1.bp.blogspot.com/
Bukit Merah mungkin akan diisytiharkan sebagai kawasan bencana susulan situasi paras air di empangan Bukit Merah, Perak kini berada pada tahap kritikal.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya akan membuat permohonan kepada kerajaan persekutuan untuk melakukan pengisytiharaan itu, jika air di empangan berkenaan terus kekal kritikal dalam tempoh sehingga hari ini.
Jelas Zambry, kesan daripada pemendapan tanah di tasik tertua negara itu merupakan antara faktor yang menyebabkan keadaan paras airnya kritikal.
Setakat ini, menurutnya lagi, keadaan paras air di empangan berkenaan mencatatkan sedikit peningkatan sejak malam semalam akibat taburan hujan di beberapa kawasan berdekatan.
Namun, katanya, kerajaan negeri tetap akan meneruskan pemantuan secara teliti kerana keadaan paras air di tasik itu boleh memberi kesan buruk kepada pesawah-pesawah di sekitar 5,000 hektar kawasan berkenaan.- CARI Infonet
sumber berita: http://www.astroawani.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
owh...nak kena buat permohonan juga |
|
|
|
|
|
|
|
Satu mesia dah jerebu...istihar satu malaysia la kawasan bencana. |
|
|
|
|
|
|
|
tiada ujan langsung ke
kat lembah kelang ni alhamdulillah semalam ujan lebat petang hari
siang tadi pun ujan light2.. so dah tak berapa panas
esok tatau la pula apa cite |
|
|
|
|
|
|
|
semakin teruk panas kat Perak.. |
|
|
|
|
|
|
|
semalam PJ hujan.. tadi pun hujan lagi. kesian perak.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau jadi kawasan bencana... pastu? bgtau la terus apa langkah2 yg akan diambil. alhamdulillah kawasan KL selangor selalu gak hujan.. negeri2 lain panas berdengung.. perlis da start kena catu air kan? siannyer |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg betul la...kawasan tengah mmg ada hujan, kerap jugak. Belah utara mmg tgh panas sgt2 skg. Belah selatan xtau la...ada hujan turun tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Harap Rakyat Jelata negeri negeri utara bertabah dgn ujian el nino ini...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|