|
Dah nak masuk tahun baru. Ini bermakna cuti panjang bakal berakhir dan anak-anak akan mula bersekolah tak lama lagi. Ibu bapa yang mempunyai anak pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah pastinya akan menghadapi sedikit kesukaran di awal-awal persekolahan.
Nak tahu macam mana kami mengatasi dan melayan anak yang tak mahu ke sekolah? Ini jawapannya:
1. Main Cikgu-Cikgu
Beberapa bulan sebelum musim persekolahan bermula, luangkanlah masa bersama anak anda dan ajak mereka role playing bersama-sama. Anda boleh berpura-pura menjadi seorang cikgu yang cukup baik supaya anak anda boleh mendapat gambaran mengenai situasi sebenar sewaktu di sekolah. Ini secara tak langsung akan membangkitkan keterujaan anak anda untuk memasuki dunia persekolahan yang sebenar.
2. Belikan Alat Tulis Watak Kartun Kegemarannya
Ini adalah salah satu cara terbaik untuk memujuk anak-anak supaya berminat untuk ke sekolah. Sebaiknya, bawalah anak anda keluar membeli-belah barang-barang persekolahan seperti beg, botol air dan alat-alat tulis yang menjadi kegemarannya. Kalau Frozen yang dipilih, belikan sahaja. Jangan pula anda si ibu berkeras membelikan watak kartun lain pula.
3. Ajar Anak Bangun Pagi
Kanak-kanak seawal usia 4-6 tahun kebiasannya paling sukar bangun pagi. Jadi untuk memastikan anda tak kelam-kabut untuk melayan kerenahnya yang menangis kerana dipaksa mandi untuk ke sekolah, pastikan anda sudah mula mengajar si kecil menjadi early riser kira-kira sebulan sebelum sesi persekolahan bermula.
4. Bawa Anak Lawat Sekolah
Dengan cara ini, anak anda tidak akan rasa asing di hari pertama persekolahannya kerana telah didedahkan dari awal mengenai selok-belok bilik darjah dan kawasan sekelilingnya. Kenalkan juga anak anda kepada guru-guru dan rakan sekelasnya dan biar mereka bergaul mesra sewaktu sesi orientasi.
5. Ajar Anak Ke Tandas Sendiri
Biasanya anak-anak yang ke sekolah tadika dan darjah satu masih lagi kekok dan malu-malu untuk memberitahu orang lain selain ibu bapanya mahu ke tandas untuk membuang air. Ada yang terlampau segan sampai terbuang air dalam seluar. Untuk mengelakkan itu dari terjadi, anda boleh mendidik anak anda untuk ke tandas dan membersihkan diri tanpa bantuan orang lain. Dalam masa yang sama, selitkan juga nasihat tentang apa yang patut dibuat jika mahu ke tandas di sekolah.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|