CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3869|Reply: 1

Jangan gila meroyan jika suami bercinta lagi

[Copy link]
Post time 29-4-2016 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by red_heart at 29-4-2016 04:09 PM

"SEMASA masih gadis dahulu, saya selalu membayangkan betapa bahagianya hidup seseorang gadis apabila dia memasuki alam rumah tangga. Saya bayangkan kebahagian mereka bila bergelar isteri. Tetapi setelah saya sendiri bergelar isteri, baru saya sedar, rupanya langit tidak selalu cerah, sungai tak selalu tenang, ada ketikanya airnya laju membahayakan, langit yang cerah bertukar gelap tanda hujan akan turun.

"Namun sebagai isteri saya sentiasa berusaha membahagiakan suami dan mengharmonikan keluarga, dengan melupakan masalah titik bengik dan berfikiran positif satu hari nanti yang buruk akan berganti baik, yang gelap akan bertukar cerah, dan banjir akan surut membawa sampah derita dan sungai kembali tenang.’’ Demikian hasrat Nooredah dalam e-melnya.



"Malangnya harapan tinggal harapan. Janji tinggal janji, hingga anak bertambah tiga yang sulung sudah 10 tahun, sayangnya suami masih tidak pernah berubah, sebaliknya semakin menjadi-jadi ragam perangainya suka menggoda gadis-gadis untuk memenuhi seleranya yang bernafsu.

"Namun saya tak salahkan suami saya seorang, gadis-gadis dan isteri orang juga sepatutnya sedarkan diri, tahu diuntung, sekali anda berhasrat menghancurkan rumah tangga orang lain, anda juga akan merasanya satu hari nanti.

"Salah seorang gadis yang pernah menjadi mangsa suami saya KayZek, Jun namanya. Katanya dia sukakan KayZek kerana dia jujur, ikhlas dan penyayang. Dia tahu KayZek sudah ada anak isteri, sebab itu dia berani dekatkan diri, sebab dia ingin meminta nasihat.

"Nasihat saya padanya, jangan percaya sangat pada KayZek takut dirinya jadi mangsa, orang berlagak jujur ni ada sebab tertentu. Kerana dia tahu wanita mudah percaya dan cepat jatuh hati pada lelaki yang pandai menjual diri. Akhirnya kerana terlalu percaya Jun tergoda. Tetapi dia masih berdegil hinggalah satu hari dia mengaku dirinya sudah ditinggalkan. KayZek tak mahu bertanggungjawab. Malah menyalahkan Jun yang cepat menyerah.

"Saya juga pernah tegur isteri orang yang gila “sms” dengan KayZek beberapa tahun lalu. Bila saya terangkan siapa diri saya, dia minta maaf katanya tak berniat nak hancurkan rumah tangga saya, sebab rumah tangganya juga hampir tenggelam kerana suami bercinta dengan gadis lagi.

"Sebaliknya dia berterima kasih kepada KayZek kerana membantunya menenangkan hatinya yang bercelaru. Katanya KayZek selalu nasihatnya bagaimana cara untuk menawan semula hati suaminya. Nasihat saya kalau nak minta nasihat bukan dengan KayZek, takut nanti dirinya tergadai. Sebab ada beberapa bukti gadis mengaku jadi mangsa KayZek. Tetapi dia tak percaya. Akhirnya dia kena tinggal juga bila KayZek dapat goda awek baru yang lebih cun.

"Sebenarnya memang sifat KayZek suka goda wanita, tak kira isteri orang atau gadis. Dia memang pandai memainkan kata-kata. Tetapi dengan saya tak pula dia goda, sebaliknya dibiarkan saya hidup sendirian, pandai-pandai sayalah mengurus rumah tangga.

"Dia cuma bantu jaga anak bila pengasuh cuti kecemasan, atau hantar anak balik kampung bila ada pengasuh bermasalah. Bab beri makan minum anak-anak dan keluarga, dia serah pada saya, pandai sayalah buat bajet. Katanya duit gajinya cuma cukup bayar sewa rumah dan ansuran motor sahaja. Bab lain dia “buat bodoh” kalau saya nak beli kereta fikirlah sendiri, begitu juga duit pengasuh anak. Tapi kalau tengok bil telefonnya boleh bayar duit pengasuh.

"Dah puas saya nasihatkan demi masa depan anak-anak tapi dia buat bodoh. Kerana dia tak boleh lepas dengan hobinya. Walaupun saya sedar perangai buruknya, tetapi saya tak minta cerai atau bergaduh, namun saya berdoa satu hari nanti dia akan berubah.

"Sebenarnya ramai gadis sekarang suka berkawan dengan suami orang, kata mereka selamat. Tetapi pada saya mereka akan kalah dengan godaan dan pujukan manis, merayu seperti KayZek. Mereka hanyut dengan puji-pujian dalam dunia siber sekarang.

"Yang peliknya baru dua tiga kali ber-chatting, mulalah gadis ini layan KayZek, kalau diminta berbogel sambil berselfie pun dia sanggup. Nauzubillah. Bagi saya inilah dosa yang KayZek lakukan. Nak salahkan lelaki saja tak boleh juga, yang si pompuan tu mudah sangat londeh pakaian apasal? Tak ada otak ke?

"Lagi menyakitkan hati KayZek sanggup buang duit beratus ringgit sebulan untuk bil telefon. Tapi nak bagi anak makan tak ada duit. Bila duduk sendirian saya termenung kenangkan nasib, saya rasa tertipu, namun saya pasrah, saya serah kepada Allah membalasnya.

Berubah

"Sebab saya dah tak larat nak telefon semua kekasih KayZek menerangkan siapa Kay Zek sebenarnya. Lantaklah! Sebab orang tengah bercinta tak akan percaya cerita kita. Silap haribulan kita pulak berperang suami isteri. Lantaklah! kalau mereka sanggup bermadu. Kita cerita, mereka tak percaya. Mereka rela ditipu.

"Kesabaran saya pun ada hadnya, dah dapat anak dua pun perangainya masih sama. Setelah berfikir untuk menasihati suami berubah kepada kebaikan memang susah. Suami ada ego yang terlalu tinggi, tak makan nasihat terutama daripada isterinya. Jadi oleh sebab dia tak mahu berubah maka saya mesti berubah. Bukan tujuan saya tinggalkan KayZek tetapi berubah kepada kebaikan untuk diri sendiri dan anak-anak.

"Oleh sebab anak-anak masih kecil, saya ambil kesempatan belajar luar kampus. Mana tahu dengan cara ini hidup saya akan berubah kepada lebih baik lagi. Langkah pertama saya berbincang dengan emak, ditakdirkan saya tak dapat pengasuh yang sesuai bolehkah saya tinggalkan anak-anak buat sementara tinggal dengan emak, sebab saya memang tak boleh harapkan KayZek bantu saya, dia sibuk dengan urusan peribadinya.

"Emak setuju, tetapi adik-beradik pulak bersuara, kata mereka emak dah tua takkan nak jaga anak saya. Cukuplah membesarkan kami semasa kecil, dah beranak-pinak pun masih nak susahkan emak. Tetapi emak bersuara, kalau dia tak bantu siapa lagi yang boleh bantu. Kata emak saya kena sediakan duit dia boleh cari sepupu sepapatnya sama membantunya di kampung membesarkan anak-anak saya yang bertambah seorang lagi. Lapang dada saya.

"Tiga tahun lamanya saya belajar tidak sia-sia. Saya dapat ijazah sudah pasti dinaikan pangkat dan gaji turut bertambah. Keputusan saya belajar setelah memikirkan pengorbanan saya kepada KayZek tak ada nilainya, malah saya menunggu masa dan ketika diceraikan sebab saya pada matanya sudah tidak berguna lagi.

"Saya sayangkan KayZek walaupun perbuatannya menghancurkan hati saya dan pernah nak ceraikan saya kerana saya tak dapat terima perbuatannya. Katanya lelaki ada hak ceraikan isteri. Malah boleh kahwin empat. Inilah pengakuan yang saya dapat hasil daripada pengorbanan cinta saya. Pada KayZek saya langsung tak bernilai dan tak berharga.

"Pada saya apa yang berlaku pada KayZek adalah kerana pengaruh kawan dan keseronokan menjadi matlamat hidupnya.

"Kerana kesal dengan sikapnya itulah saya buat keputusan belajar luar kampus, niat saya untuk baiki diri dan masa depan anak-anak yang bertambah tiga orang ini. Suami bukan lagi tempat bergantung. Memang benar nasihat kawan, bila suami bukan lagi tempat kita bergantung, kita sebagai isteri mesti berusaha baiki diri untuk dapatkan pekerjaan yang baik. Kerana jika dibuang satu hari nanti, wanita tak mati katak, tak terbeliak mata, tak perlu terjun flat, tak perlu makan pil penenang. Kerana dengan pekerjaan dan wang boleh bantu kita berdikari selain berdoa kepada Allah mendapatkan rahmat dan pertolongan-Nya.

"Nak jadikan cerita dengan sedikit kenaikan gaji saya dapat tukar kereta baru. Ini yang membuat KayZek terkejut. Dia marah kerana tidak meminta nasihat dan izinnya dulu sebelum beli kereta. Jawapan saya mudah, dia sibuk. Soalan kedua yang menyakitkan hati, bila dia kata saya sombong kerana naik pangkat. Saya dituduh tidak bersyukur kerana izinkan saya sambung belajar dulu! Sebenarnya siapa yang sombong? siapa yang sibuk, dan siapa yang ego? Saya tidak menjawab soalannya selain tersenyum.

"Doa saya semoga dia berubah diberkati Allah walaupun tidak mendadak. Sebaliknya dia mula kurang berkawan. Tetapi satu sikap barunya dia jadi suami cemburu. Dia mula kawal pergerakan saya, kalau dulu saya langsung tidak dipedulikan. Kini dia mahu tahu pendapatan dan simpanan saya. Namun pengalaman silam mengajar saya lebih berhati-hati. Saya sedar di mana saya jika diceraikan. Mungkin dia berubah untuk sementara sebelum dapat gadis yang lebih sesuai menggantikan saya.

"Buat apa bersedih, menangis hampir sasau dan bengkak mata. Dulu saya hampir meroyan kerana suami buat perangai semasa saya dalam pantang. Berendam air mata sejak mengandung lagi. Anak-anak terbiar. Tetapi lelaki tetap sama, dia buat bodoh. Macam tak bersalah. Maknanya saya seorang saja cinta dan sayangkan dia, sedangkan dia layan saya macam “bibik tukang sapu”. Sebab itu saya tak mahu fikir pasal dia lagi, sebaliknya saya bangkit dan baiki diri sendiri.

"Kepada gadis-gadis yang suka ber-chatting dan mencari teman dalam laman sosial tolong hentikanlah. Memang banyak lelaki mengaku suami orang seperti KayZek. Dia tak tipu. Tetapi perbuatannya melayan wanita lain memang menyakitkan hati.

"Jadi nasihat saya kepada semua pembaca tak kira isteri orang, suami orang atau siapa-siapa pun, muhasabah diri. Terutama kepada suami ingatlah anak isteri amanah Allah. Jangan sia-siakan mereka kerana ikut nafsu. Bagi saya, suami yang baik tahu menghargai kasih sayang dan pengorbanan isterinya.

“Malangnya KayZek bukan begitu.’’ Demikian cerita Nooredah yang cepat bangkit demi masa depannya.


http://www.utusan.com.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2016 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Omg... salah kawan? Apa yg berlaku pada kay zeck adlh pengaruh kawan??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.070234 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list