CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4459|Reply: 30

[Tempatan] Facebook 'potong riben' pejabat cawangannya di Malaysia

[Copy link]
Post time 5-5-2016 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Facebook 'potong riben' pejabat cawangannya di Malaysia esok?
Madiha Abdullah, Astro Awani |  Diterbitkan pada Mei 04, 2016 20:32 MYT

Facebook 'potong riben' pejabat cawangannya di Malaysia esok?
Facebook akan terus menjalinkan kerjasama seumpama itu dan akan terus memastikan penggunaannya dapat dimaksimumkan.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Facebook Asia Pasifik, Dan Neary hari ini mengumumkan pembukaan pejabat cawangan Facebook di Malaysia.

Neary, melalui akaun Facebooknya memberitahu, langkah itu diambil atas dasar hasrat mahu melihat perkongsian informasi dan jalinan hubungan antara pengguna akan lebih meluas.

Kenyataan tersebut menerima reaksi meluas media antarabangsa termasuk portal terkenal Mashable yang turut mendedahkan beberapa foto sekitar pejabat tersebut.





Ini tentunya sesuatu yang positif memandangkan pengguna Facebook di negara ini mencecah 18 juta, yang bukan sahaja menggunakannya untuk bersosial, tetapi juga memulakan perniagaan.

Turut mendapat perhatian Neary adalah bagaimana butik atas talian, Zawara memasuki bidang perniagaan e-commerce butik wanita Muslimah.

Kegigihan mereka memulakan jenama itu menggunakan platform Facebook adalah sesuatu yang membanggakan.

Facebook, kata Neary, akan terus menjalinkan kerjasama seumpama itu dan akan terus memastikan penggunaannya dapat dimaksimumkan.

Media tempatan menerima email jemputan daripada Facebook untuk hadir ke satu majlis eksklusif yang dianjurkan oleh syarikat tersebut pagi esok/
Biarpun tiada maklumat terperinci berkenaan acara tersebut, dijangkakan acara eksklusif itu adalah berkaitan dengan pendedahan pejabat Facebook di Malaysia.

Sama ada pengasas Facebook iaitu Marc Zuckerberg akan hadir atau tidak ke majlis tersebut masih belum diketahui.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 08:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2016 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
bluehedgehog replied at 5-5-2016 12:08 AM

Tred dah ada ke?alahai sorryyy
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:15 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 5-5-2016 08:11 AM
Tred dah ada ke?alahai sorryyy

x de x de x de
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
x de nk membanggakan pon...FB mmg ada office di Spore, last 2 weeks bukak di Manila, lps bukak kat Msia nih, nxt month diaorg bukak kat Vietnam lak....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:19 AM | Show all posts
opis kat malaysia tu kat mana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2016 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Potong riben postponed to Sept
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:21 AM | Show all posts









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 08:22 AM | Show all posts
apa beza ada cawangan kat sini dengan yang biasa2 ada tu?



Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:33 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 5-5-2016 08:22 AM
apa beza ada cawangan kat sini dengan yang biasa2 ada tu?

more pd advertising kat fb la kot.... so ade opis kat sini.... fb makin byk iklan
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:36 AM | Show all posts
dino replied at 5-5-2016 08:33 AM
more pd advertising kat fb la kot.... so ade opis kat sini.... fb makin byk iklan
ooooooooooooooooo

hanya mampu oo ja sebab takde FB

O.T  bang .. Jauh ke Kampung Teluk Ketapang Kuala Terengganu dari tempat abang?

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:37 AM | Show all posts
dino replied at 5-5-2016 08:33 AM
more pd advertising kat fb la kot.... so ade opis kat sini.... fb makin byk iklan

try la mohon keje situ
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:37 AM | Show all posts
tak jemput najwa latip ke.. nyanyi lagu cinta muka buku..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:41 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 5-5-2016 08:36 AM
ooooooooooooooooo

hanya mampu oo ja sebab takde FB

teluk ketapang.... mmg dekat la uols
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:42 AM | Show all posts

keje main fb jah
tu bdk marketing fake account berlambak... keje dok like2....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:42 AM | Show all posts
dino replied at 5-5-2016 08:42 AM
keje main fb jah
tu bdk marketing fake account berlambak... keje dok like2....

pejabat facebook ni dekat ngan kl sentral tu ke? dekat ngan opis google malaysia tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 08:45 AM | Show all posts
the_killer replied at 5-5-2016 08:42 AM
pejabat facebook ni dekat ngan kl sentral tu ke? dekat ngan opis google malaysia tu?

nanti nak check jobstreet

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:47 AM | Show all posts
dino replied at 5-5-2016 08:41 AM
teluk ketapang.... mmg dekat la uols
owh ..
hahahaha dekat ey
ada jemputan kawen untuk FC nieh
kenal abang tu masa main game perang2 dulu2
ingat gak dia kat adik dia ni



Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:49 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 5-5-2016 08:47 AM
owh ..
hahahaha dekat ey
ada jemputan kawen untuk FC nieh

dkt ngan airport.... klau kite kat trg bleh je singgah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:52 AM | Show all posts
dino replied at 5-5-2016 08:49 AM
dkt ngan airport.... klau kite kat trg bleh je singgah...
ha`ah ..
nengok dari kad yang dia pos ni .. memang dekat ngan airport
tak jauh dari SK teluk ketapang

tapi tak leh pergi
sebab sama tarikh dengan adik lelaki kawin

Terimakasih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.288260 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list