View: 3423|Reply: 3
|
Resepi Sambal Sotong Kering Yang Enak Dan Mudah
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Selain rendang ayam dan rendang daging yang wajib dihidangkan di pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, salah satu menu kegemaran ramai pastinya sambal sotong kering yang memang terangkat kalau makan dengan nasi impit dan lontong.
Penyediaan dan cara masakannya memang sangat mudah dan praktikal.
Sedap pun sedap, jom cuba resepi sambal sotong kering untuk mempelbagaikan juadah anda sekeluarga di pagi Hari Raya Haji yang akan disambut Ahad ini.
BAHAN-BAHAN
5 ekor sotong kering sederhana besar di rendam semalaman
3 ke 4 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar air asam jawa pekat
garam, minyak dan perasa secukupnya
CARA-CARANYA
1. Sotong kering yang telah di rendam dipotong kecil dibersihkan dan ditoskan.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing kemudian masukkan sedikit air dan kacau biar rata
3. Masukan sotong dan masak sehingga sotong betul-betul lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula merah dan kacau lagi sampai rata
4. Biarkan sambal sotong mendidih dengan api yang perlahan supaya pecah minyak
5. Dah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi impit, lontong, nasi putih, nasi lemak
Selamat mencuba! Sambal sotong ni kalau dimakan sekali dengan nasi lemak, perghhh... memang terbaik!
Sumber: Blog Kak Noor |
|
|
|
|
|
|
|
tak suka sotong nie, macam plastic...suka sotong kering yg kecil2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah masak pakai sotong nie..selalu sotong yg biasa jer kalo nak masak sambal sotong.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|