CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Saya sokong TMJ, patut bawak 600 senapang

22-1-2013 02:40 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 19418| Komen: 189

Kangar: “Saya sokong tindakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang bukan saja berani, malah menunjukkan keprihatinan terhadap pemain.

“Malah saya juga menyokong FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang membenarkan enam laras senapang dibawa masuk ke stadium (Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan), minggu lalu,” kata Datuk Seri Shahidan Kassim, semalam.

Shahidan berkata, bukan itu saja, sepatutnya Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sepatutnya membawa 600 laras senapang berikutan  bilangan penonton yang hadir ke stadium itu.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis berkata, jumlah senjata dibawa itu  sebenarnya kecil berbanding kehadiran penonton pada perlawanan itu. “Saya sokong tindakan TMJ kerana beliau berani berbuat demikian, demi pemain dan penyokongnya, malah ia juga dibenarkan FAM.

“Harapan saya, FAM tidak mengambil tindakan ke atas kenyataan saya ini kerana menyokong tindakan yang mereka lakukan,” katanya.   Menurutnya, beliau juga berharap Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa tidak risau dengan apa berlaku kerana ia hanya enam pucuk senapang yang dibawa ketika perlawanan itu.

“Apa yang kita akan lakukan jika pemain dibaling botol oleh penyokong lawan? Pasti kita marah dan TMJ hanya melakukan apa yang patut, berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kerajaan Johor.

“Penonton yang hadir juga melebihi 30 ribu, KAFA tidak perlu risau kerana ia hanya enam laras senapang,” katanya mengenai tindakan PBNJ membawa tentera lengkap bersenjata daripada Rejimen Ke-21 Gerup Gerak Khas (GGK) dari Kem Iskandar Mersing, Johor ke perlawanan itu.


===================================

aku masih berfikir, ni perli ke sokong??? haha



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brownstone 22-1-2013 07:32 AM
so why JMF, FRU goyang tel0r je kah?

JMF patutnya duduk diam2 di Johor aje. Kelantan atau negeri2 lain kat malaysia adalah negeri berdaulat. jMF masuk negeri org itu satu pencerobohan.
Quote asudau 22-1-2013 07:33 AM
“Apa yang kita akan lakukan jika pemain dibaling botol oleh penyokong lawan? Pasti kita marah dan TMJ hanya melakukan apa yang patut, berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kerajaan Johor.


Amaran : jangan baling botol..kalau tak kena tindakan oleh TMJ
Quote kuya 22-1-2013 07:39 AM
makan dalam ayat tuh...
Quote biosfree 22-1-2013 07:40 AM
siapa x kenala...ore kelantan...kalau dah berkumpul...org dr negeri lain boleh blah!!!
Quote peachRose 22-1-2013 07:42 AM
aku masih berfikir, ni perli ke sokong??? haha


aku pun sama...susah nak cakap..
Quote Gegancu 22-1-2013 07:43 AM
brownstone posted on 22-1-2013 07:32 AM
so why JMF, FRU goyang tel0r je kah?

JMF patutnya duduk diam2 di Johor aje. Kelantan atau negeri2 ...

saya JMF tapi isteri orang kelantan, macam mana?
Quote md_nana 22-1-2013 07:49 AM
pesal aku tatau pape??
Quote brownstone 22-1-2013 07:52 AM
Gegancu posted on 22-1-2013 07:43 AM
saya JMF tapi isteri orang kelantan, macam mana?

JMF itu satu pekerjaan. Isteri tu pulak hal persendirian.

i didn't say kalau laki JMF, x boleh balik kg bini...cuma kalau lengkap bersenjata/uniform atau melakukan tugas2 khas, buatlah di Johor aja...

mcm kembara mahkota Johor la...ade ke buat sampai ke KL? x ade kan?
Quote kazaraf 22-1-2013 07:57 AM
brownstone posted on 22-1-2013 07:52 AM
JMF itu satu pekerjaan. Isteri tu pulak hal persendirian.

i didn't say kalau laki JMF, x boleh  ...

ko ni sibuk jmf lak.
yg dtg tu bukan geng jmf, tp GGK.

patutnya dorg bwk keta kebal skali. leh wat prarakan & ptunjukan alang2..

Quote petola 22-1-2013 07:57 AM
katalah penyokong kelantan buat onar... komando tu akan lepaskan tembakan ke?

serius... tanya ni
Quote Budakmomok 22-1-2013 07:59 AM
Perli baiikk punya
Quote brownstone 22-1-2013 08:03 AM
kazaraf posted on 22-1-2013 07:57 AM
ko ni sibuk jmf lak.
yg dtg tu bukan geng jmf, tp GGK.

cuma beret je GGK, uniform tu JMF...
Quote puterikhaleeda 22-1-2013 08:05 AM
shahidan ni dulu antara orang yang pertama komen dan beri pandangan pasal imunisasi raja raja .. way back in the 90s .... dia lah org yg paling mengkritik sultan johor n kerabat masa tu ... hmmmm ni kuar plak statement cam nih .......... mmg suka popular pak cik nih ....
Quote diaplovers 22-1-2013 08:16 AM
wa rasa perli jer tu
Quote gaara_X 22-1-2013 08:25 AM
lepas nie.....boleh bawa senjata laa pergi emnonton bola.....tak pun bawa parang....ye laa...depa ada M16...takkan lawan ngan botol je kot.....hehehehehehehe....

sahidan kassim nie nak cari publisiti bebonarnya....nak bodek FAM ngan TMJ....hehehehehehee.....

makin pelik aku tengok perangai FAM skang nie......
Quote solstice 22-1-2013 08:36 AM
Gegancu posted on 22-1-2013 07:43 AM
saya JMF tapi isteri orang kelantan, macam mana?

Isu kenegerian ni tahun 80an dulu boleh lah
Jaman la ni sgt lah pprt

Persepsi umum org kelantan adalah paling kenegerian
Ada kebenarannya
Tp kalau perati betul2 ada beberapa negeri yg mmpunyai fanatik kenegerian yg lebih teruk smpai x reti nk hormat tuan rumah bila masuk tpt org
Kalau rakyat jelata perangai cam tu ok gak larr
Tp kalau pemimpin tertinggi pon perangai cenggitu... dah tahap kritikal tu
Quote batusembilan 22-1-2013 08:39 AM
boleh blah la shahidan kassim..............pencacai................nk cari publisiti lh tu..........

xde wang......pegi pinjam ah long................bodo punya pemimpin lembu mcm sial
Quote solstice 22-1-2013 08:40 AM
petola posted on 22-1-2013 07:57 AM
katalah penyokong kelantan buat onar... komando tu akan lepaskan tembakan ke?

serius... tanya ni

Kalau tengok gaya beriya2 memang cenggitu lah
Sgt x de adab
Dtg negeri org nk tunjuk lagak
Memang keturunan kurang ajar

Ps: aku selalu kompius hang ngan peyno
Quote SulurBidar 22-1-2013 08:40 AM
Aku mmg setuju Kelantanese ada masalah mentaliti bila bab jadik penonton bola.. Mmg mentaliti PPRT..
Namun pada masa yg sama mentaliti TMJ pun ikut sama PPRT nya... Datang tempat org hormat sket..

Perintah ko tu stakat Johor jee.. Tunjuk kuat kat Melayu buat hapa..
Aku nak tengok dia bawak army dia tu pi Singapore..

Lihat semua komen(189)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.102826 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top