CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perhatian Perkhidmatan Monorel Rapidkl Dihenti Dua Hari

20-3-2014 01:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5892| Komen: 24

Description: Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd., Khairani Mohamed Berkata Kerja-Kerja Menaik Taraf Sistem Semboyan Itu Akan Bermula 12.01 Tengah Malam Pada 12 April Hingga 4 Pagi, 14 April.
PERHATIAN Perkhidmatan Monorel RapidKL dihenti dua hari



KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Monorel RapidKL akan diberhentikan sementara pada 12 dan 13 April ini untuk kerja-kerja menaik taraf sistem semboyannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd., Khairani Mohamed berkata kerja-kerja menaik taraf sistem semboyan itu akan bermula 12.01 tengah malam pada 12 April hingga 4 pagi, 14 April.

Perkhidmatan monorel RapidKL dijangka pulih seperti biasa pada pukul 6 pagi, 14 April, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata penutupan selama 52 jam itu adalah perlu bagi membolehkan ujian tanpa gangguan untuk sistem semboyan baharu itu.

Katanya sistem semboyan yang ada sekarang digunakan sejak perkhidmatan monorel mula beroperasi pada 2003.

Berikutan penutupan itu, perkhidmatan bas pengantara khas akan disediakan berhampiran dengan semua stesen monorel untuk memudahkan pengguna pergi ke destinasi yang terletak di sepanjang laluan perkhidmatan itu.

Tambang sebanyak RM1 dikenakan bagi penumpang untuk setiap perjalanan.   

Pengguna boleh mendapatkan butiran terkini di laman web rasmi RapidKL di www.mtrapid.com.my atau di laman facebook RapidKL agtau melalui twitter RapidKL di @MyRapidKL.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekel 20-3-2014 11:39 AM
system semboyan yg baru.................eeeemmmmmm mcm mana lh bunyik nya ekkkk
Quote duniaku85 20-3-2014 11:47 AM
baideway..semboyan tu ape? mcm wisel tu ke?
Quote asher 20-3-2014 11:49 AM
owh..aku blom pernah naik monorel nie..
Quote AdamBillionaire 20-3-2014 12:07 PM
duniaku85 posted on 20-3-2014 11:47 AM
baideway..semboyan tu ape? mcm wisel tu ke?

biasanye semboyan di tiup tanda berperang..

so dekat malaysia semboyan kita terletak pada monorail..
Quote artcrime 20-3-2014 12:15 PM
Semboyan telah berbunyiii menujuuuuuuuuuuuuuuu stesyen seterusnye..
Quote chinta89 20-3-2014 12:25 PM
AdamBillionaire posted on 20-3-2014 12:07 PM
biasanye semboyan di tiup tanda berperang..

so dekat malaysia semboyan kita terletak pada mo ...

mwahahahahaha....
Quote -electrifying- 20-3-2014 12:41 PM
woi2, semboyan tu apa? 1sistem ke or mmg nk p perang gne monorail?
Quote lanbuana86 20-3-2014 12:53 PM
naik taraf kampung boyan kot? hehehehe
Quote kluangman 20-3-2014 12:56 PM
duniaku85 posted on 20-3-2014 11:47 AM
baideway..semboyan tu ape? mcm wisel tu ke?

Semboyan maksudnya Semboyan telah berbunyi menuju medan bakti.

Semboyan dalam konteks ini ialah sistem signalling.

Sistem signalling perlu diupgrade supaya kekerapan dan keselamatan monorail dapat ditingkatkan.

Dan juga nak accomodate bilangan monorail yang bertambah.
Quote sapeka 20-3-2014 01:37 PM
ok..dah lama tak naik monorel,lrt,bla bla bla..
Quote duniaku85 20-3-2014 01:40 PM
AdamBillionaire posted on 20-3-2014 12:07 PM
biasanye semboyan di tiup tanda berperang..

so dekat malaysia semboyan kita terletak pada mo ...

kira setiap kali jalan..setiap kali semboyan tu bunyi ke..muahaha..mcm bunyi kentut tren eh
Quote duniaku85 20-3-2014 01:42 PM
kluangman posted on 20-3-2014 12:56 PM
Semboyan maksudnya Semboyan telah berbunyi menuju medan bakti.

Semboyan dalam konteks ini ialah ...

waaaa...tabik spring.. ada chances utk tambah koc ni..
Quote ultra78 20-3-2014 01:49 PM
Meanwhile in rembau



Quote AdamBillionaire 20-3-2014 01:51 PM
duniaku85 posted on 20-3-2014 01:40 PM
kira setiap kali jalan..setiap kali semboyan tu bunyi ke..muahaha..mcm bunyi kentut tren eh

berani kau naik kl monorel..

adam xberani.. rela naik lrt dan bertapak..

sebab kl monorail single track.

kalau pe2 jadi sure terbalik ke bawah..
Quote duniaku85 20-3-2014 01:56 PM
AdamBillionaire posted on 20-3-2014 01:51 PM
berani kau naik kl monorel..

adam xberani.. rela naik lrt dan bertapak..

mmg cuak klau naik..sbb cermin tgkap dia besar..nak2 time dia lap..mmg seriau..tp best pe..cuma tren dia 2 koc je..pastu padat ngan org..haha.ape nih, harapkan nama je lelaki tp pengecut
Quote dino 20-3-2014 01:56 PM
AdamBillionaire posted on 20-3-2014 01:51 PM
berani kau naik kl monorel..

adam xberani.. rela naik lrt dan bertapak..

perasaan ko je adam.... aku suka thrill mcm naik roller coaster...
Quote AdamBillionaire 20-3-2014 02:58 PM
dino posted on 20-3-2014 01:56 PM
perasaan ko je adam.... aku suka thrill mcm naik roller coaster...

wa belum nikah.. nk thrill nnti tunggu malam pertama ..
Quote AdamBillionaire 20-3-2014 02:59 PM
duniaku85 posted on 20-3-2014 01:56 PM
mmg cuak klau naik..sbb cermin tgkap dia besar..nak2 time dia lap..mmg seriau..tp best pe..cuma tr ...

lu fikir semua lelaki tak de trauma dan penakut ke?

ngaku jeklah kalau ada takut atau trauma.. watpe nak malu..
Quote duniaku85 20-3-2014 03:00 PM
AdamBillionaire posted on 20-3-2014 02:59 PM
lu fikir semua lelaki tak de trauma dan penakut ke?

ngaku jeklah kalau ada takut atau tra ...

mne la tau..kang lelaki suka perasan machoo..puahaha

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.093582 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top