CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Changi Singapura Dipilih Lapangan Terbaik Dunia

27-3-2014 04:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10594| Komen: 111



SINGAPURA - Lapangan Terbang Changi dipilih sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia oleh pengguna udara buat tahun kedua berturut-turut dalam Anugerah Lapangan Terbang Dunia 2014, pada Ekspo Terminal Penumpang di Barcelona, Sepanyol pada Rabu.

Ia adalah kemenangan kelima oleh lapangan terbang itu dan pertama kali dalam sejarahnya memenangi kejayaan itu untuk dua tahun berturut-turut.

Incheon International Airport di tempat kedua, Munich Airport (3), Hong Kong International Airport (4), Amsterdam Schiphol Airport (5), Tokyo International Airport (Haneda) (6), Beijing Capital International Airport (7), Zurich Airport (8), Vancouver International Airport (9) dan London Heathrow Airport (10).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Skytrax Edward Plaisted berkata: "Kemenangan menerima anugerah berprestij itu buat kali kedua berturut-turut menunjukkan bahawa Lapangan Terbang Changi bukan sekadar sebuah lapangan terbang.

Beliau berkata, ia menawarkan pengalaman pengguna dan terus membangunkan standard kualiti untuk sekali lagi dipilih menjadi lapangan terbang pilihan.

"Lapangan Terbang Changi terkenal sebagai pemimpin dan peneraju industri lapangan terbang yang menggembirakan dan mengejutkan pelancong yang bertuah dapat menikmati kemudahan di situ. Ia menunjukkan cara untuk mengalami dan menikmati pengalaman lapangan terbang sebagai sebahagian daripada pengalaman yang menarik, penting dalam dunia yang pantas bergerak hari ini," kata Plaisted dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Skytrax.

Changi turut memenangi anugerah Lapangan Terbang Terbaik bagi Kemudahan Santai.

CEO Lapangan Terbang Changi Lee Seow Hiang berkata: "Kami bangga atas kejayaan ini.

"Kami menghargai sokongan yang diberikan oleh pengguna dari seluruh dunia.

Perakuan ini memberikan motivasi dan dorongan untuk kami terus menetapkan matlamat pencapaian yang lebih tinggi.

Anugerah Lapangan Terbang Dunia itu yang meruoakan perakuan paling berprestij dalam industri lapangan terbang, diundi oleh pelanggan dalam kajian kepuasan pengguna lapangan terbang dunia terbesar setiap tahun.

Anugerah itu adalah berasaskan kepada 12.85 pencalonan pelanggan udara dari 110 negara, melibatkan 410 lapangan terbang di seluruh dunia.

Kajian itu menilai kepuasan pelanggan dalam 39 petunjuk prestasi utama dalam perkhidmatan dan produk lapangan terbang - daripada pemeriksaan masuk, ketibaan pemindahan, membeli-belah, keselamatan dan imigresen, sehinggalah pelepasan di pintu berlepas.

2

Bagus
8

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kordi 27-3-2014 03:54 PM
changi airport kedekut wifi  
Quote nour2001 27-3-2014 04:06 PM
Oh yes..memang best...kadang2  kalu balik mesir naik sia dan stay di hotel transit dlm 6-9 jam..macam2 boleh buat...ada mini cinema, kids playgrounds etc..changi no 1 aku tak heran sbb memang patut pun...
Quote artcrime 27-3-2014 04:17 PM
congratz @kak_sue
Quote sekel 27-3-2014 04:17 PM
kemudahan yg disediakan mmg terbaik tp aq lebih rasa BEBAS berada di Negara ku MALAYSAI BOLEH !!!!
Quote eyansss 27-3-2014 04:29 PM
kordi posted on 27-3-2014 03:54 PM
changi airport kedekut wifi

maybe sebab dia sediakan pc untuk berlili lala dengan internet diorang...
Quote kak_sue 27-3-2014 07:32 PM
artcrime posted on 27-3-2014 04:17 PM
congratz @kak_sue

Terima kasih....memang kita pun bangga dgn airport kita. Ramai yg suka jalan2 cari makan kat changi.........

FYI ramai handling agent / pekerja kat changi are malaysian....





Quote stania83 27-3-2014 07:36 PM
best ke iols ingat macam sendu. Gua tengok daripada exterior nya lah.
Quote biggirlduncry 27-3-2014 07:42 PM
Tahniah!!! Suka lepak languk2 di changi epot.
Quote matamata 27-3-2014 07:43 PM
Tahniah.....
Quote ice_sky92 27-3-2014 07:48 PM
Tahniah. Teringat zaman kegemilangan KLIA dulu. Skg dh bnyak sangat airport kan.
Quote Leonarzi 27-3-2014 07:48 PM
Singapork terpaksa make their airport in suchh a way because they dont have any other resources... Bila seseorang tu ada limited resources utk survival, mereka akan buat sehabis baik...

Pada aku airport changi takde la best sgt pun, biasa je, aku rasa lemas kat terminal 2 dan 1 sbb siling rendah... Aku ttp lebih suka klia sbb lapang dan luas Last edited by Leonarzi on 27-3-2014 07:50 PM

Quote MissNigga 27-3-2014 07:51 PM
iols pernah sesat kat airport changi tyme transit....

mujur iols jumpa bilik transit yang betul...
Quote Leonarzi 27-3-2014 07:54 PM
Sepatutnya tak payah letak nama changi pun x pe... Satu je kot international airport kat spork tu... Letak je singapore international airport, mcm hongkong international airport
Quote nw111 27-3-2014 08:04 PM
Tahniah...jauh spore tinggalkan msia...kalau govt dan rakyat tak corrupt, kita pun blh jadi yg terbaik..
Quote NonaNaga 27-3-2014 08:08 PM
kordi posted on 27-3-2014 03:54 PM
changi airport kedekut wifi

Betul..ko kena ada no enpon bolehlah dpt pswd...tp Beijing lg teruk...only local line je leh dpt pswd..abes kita br smpi dr negara luar takkan setakat sengah jam nk beli prepaid dia. Hong Kong n KLIA best sbb login hhehehee
Quote andygila 27-3-2014 08:49 PM
Cahngi, Airport Contoh Buat Malaysia
Quote pyropura 27-3-2014 08:57 PM

selayaknya lah....Elohim itu maha adil.....
Quote pyropura 27-3-2014 09:00 PM
Leonarzi posted on 27-3-2014 07:48 PM
Singapork terpaksa make their airport in suchh a way because they dont have any other resources... B ...


...changi memang the best, toksaH denial lah...alhamdullillah aku berpeluang menjejaki banyak erpot di semua benua di doniya ini, takde yang boleh lawan keunikan Changi...put aside elemen cina, PAP for a while, get to the fact & reality  dude....and get a life....
Quote cmf_almondpecan 27-3-2014 09:29 PM
NonaNaga posted on 27-3-2014 08:08 PM
Betul..ko kena ada no enpon bolehlah dpt pswd...tp Beijing lg teruk...only local line je leh dpt p ...

Setakat ni di mana2 terminal Changi, saya cuma ke info counter minta password mcm yg login page suruh. Nanti dia kasik kertas kecik yg ada password bole pakai. Tktau pulak kalau baru berkuatkuasa. Bulan lepas masih kasik password free atas kertas tanpa perlu no phone spore.

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.044638 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top