CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Polis Buncit- Tun Mahathir

28-3-2014 02:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16661| Komen: 117

Tun Mahathir Menyatakan Ramai Anggota Polis Yang Buncit

"Minta maaflah kalau saya cakap terlalu ramai polis mempunyai perut yang buncit berbanding saya yang sentiasa kempis.

"Paling buruk kalau saya bertembung dengan polis berperut buncit mengenakan tali pinggang di bawah pusat". Itu jawapan Dr. Mahathir sambil tersenyum.
Jelas Dr. Mahathir lagi, kalau makan, pastikan tidak sampai kenyang walaupun hidangan yang disediakan itu sedap.

"Mak saya (Allahyarhamah) selalu berpesan kalau nak badan cantik, perut tak buncit, jangan makan sampai kekenyangan.
"Makan terlalu banyak dan sampai kenyang akan menyebabkan perut cepat membesar apa lagi kalau tidak melakukan senaman untuk keluar peluh," ujarnya.
Untuk kelihatan muda, Mahathir dengan ringkasnya menjawab, jangan merokok dan jangan minum arak.


"Narkotin dalam rokok dan alkohol dalam arak akan cepat mematikan sel kulit yang boleh menyebabkan ia cepat mengendur dan kita akan cepat kelihatan tua pada usia sebenar.
"Jadi, kalau nak selalu nampak muda, berhentilah merokok dan berhenti minum arak," katanya sambil ketawa.
Apa pun katanya, polis perlu sentiasa menjaga kesihatan pada tahap terbaik setiap masa agar tugasan yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amiraira 28-3-2014 12:37 PM
perut polis buncit pasal lain kn kn kn
Quote Matakilat 28-3-2014 12:39 PM
Tentera kem melaka pun dgr nye sekarang ni dah ada pemantauan berat badan dah. Kat gym ramai je mat perang skrg berlari larian di treadmill or cycle.
Quote prettyuglybabe 28-3-2014 12:40 PM
aduhai. kelakar pulak
Quote chaoyunjie 28-3-2014 12:40 PM
anggota awam ni memang kebanyakkan berperut buncit
Quote tupaiterbang 28-3-2014 12:41 PM
buncit2 pun kalau tembak, tepat kena sasaran
Quote brown_pupil 28-3-2014 01:00 PM
aku terpikir cemner la abg2 polis yang buncit ni berlari kejar peragut.. haha

anyway, suka nengok abg2 polis kat area umah aku ni... muka hensem, dgn body tough.. syok cuci mata.
Quote edoraixora 28-3-2014 01:01 PM
jaga2...tun m merati

bukan ke polis2 ni patut nye kne fit
kne exercise slalu
ni mesti jnis hat malas ni
Quote TuntungReturn 28-3-2014 01:13 PM
klo lelaki perot tak buncit.isteri x senang duduk takot suami cari lain.lol
Quote mamapea 28-3-2014 01:18 PM
polis bantuan kt ofis aku ni pun kebanyakan perut buncit..
masa awal2 baru keje bkn main slim..
lps bbrp bln atau setahun semua badan naik
Quote idril 28-3-2014 01:24 PM
betul... memang ramai anggota beruniform gemok dan buncit...... mmg x sajak langsung....
Quote mak_wa95 28-3-2014 01:29 PM
Mahathir ni xhabis2 kacau orang...dah pencen tu gamaknya menyesal ..kenapa dulu aku xbuat..pasal perut buncit ni nak buat macam mana..gaji polis tinggi..mampu malan sedap2..pejabat polis pun dah gah hebat..mampu duduk selesa..berecon..kereta polis pun baru2..meronda dalam econ..polis trafic je dok tengah panas..tapi  sejuk juga moto kuasa tinggi boleh bawa laju2...


P/s   kalau rosmah tegur ni mencicit le ketua jabatan kerah anak buah kempiskan perut..hihihihi..
Quote budak_gemuk91 28-3-2014 01:39 PM
gaji polis tak tinggi mne tp rumah besar n makan sedap2...mcm mne la tak buncit....
Quote Limao 28-3-2014 01:46 PM
Kalo jenis manusia tak reti jaga benda yang Allah beri camtule jadik.  Polis buncit, doktor gemok gedempol, ustaz selekeh.  Badan pom amanah Tuhan gak oiii.
Quote gadget 28-3-2014 01:50 PM
kata2 tun det kan penuh dgn sarkastizem...sbnarnya dia nk ckp yg (mostly) polis makan suap tue yg buncit
Quote Tok_Batin 28-3-2014 02:17 PM
Kesian polis buncit kalau terpaksa kejar penjenayah yg fit.
Quote Anak_Nogori 28-3-2014 02:18 PM
Yelah..tak boleh saya bayangkan macam mana org buncit nak kejar penjenayah..
Quote shamsadis 28-3-2014 02:20 PM
anggota keselamatan nie perut depa buncit2 tapi penyakit dalaman agak kurang dapat, berbanding dengan orang awam yang berperut buncit tapi majoritinya berpenyakit dalaman itu  agak tinggi.
Quote Tok_Batin 28-3-2014 02:21 PM
Gambar hiasan

Quote clarizsa 28-3-2014 02:24 PM
hehehe... yg ni mmg setuju dgn Tun.. dahle buncit,gemuk pendek... cmnela lepas jd polis gamaknye.. klu pakgad buncit pun i dh pkir,cmne nk ligan penjahat... ni plak polis...

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.049332 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top