Karpal letak jawatan sebagai Pengerusi DAP SHAH ALAM - Karpal Singh dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi DAP sehingga kes sabitan dan hukumannya selesai di Mahkamah Rayuan. Memetik laporan sebuah portal media, Ahli Parlimen Gelugor itu meletak jawatan susulan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Hasutan. Sementara itu, Timbalan Presiden DAP, Tan Kok Wai akan memangku jawatan itu sehingga keputusan rayuan ke atas kes itu selesai. ARTIKEL BERKAITAN:[ Kes hasutan: Karpal Singh diputus bersalah ] Karpal berkata, beliau dengan rendah diri akan memohon pengecualian daripada Jabatan Pendaftaran Persatuan (ROS) untuk membenarkan beliau mengekalkan jawatannya dengan sabitan itu. “Dengan keadaan ini (sabitan kesalahan), saya mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP, sementara menunggu rayuan saya di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang sudah saya failkan. “Buat sementara waktu, Timbalan Pengerusi, Tan Kok Wai akan memangku jawatan pengerusi,” katanya.
|
pakwetizzaqyah posted on 29-3-2014 04:08 PM
lantak la dia..nk terjun gaung ke nk letak jawatan ke nk tetak jambatan ke...malaysia ttp maju di ba ...
ketum posted on 29-3-2014 07:18 PM
Jangan jadi macam sorang tu tak bertanding tapi bagi bini yang bertanding
munchkin posted on 30-3-2014 02:14 AM
Takpelah nanti dah abis boleh sambung balik. At least takde main passing kat wife..lol
totokreturn posted on 29-3-2014 10:50 PM
harap2 karpal sigh nih letak jawatan diam2 duduk dulu sementara.. jgn jadi gila macma tuhan UMNO yg setiap hari meroyan tak abis2 wlaupun dah bertukar 2 perdana menteri...
ADVERTISEMENT