CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Model Honda, Toyota Pilihan Pengguna Kenderaan Hibrid

31-3-2014 11:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3423| Komen: 1

Datuk Aishah Ahmad


KUALA LUMPUR 28 Mac - Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjangkakan bilangan kereta jenis hibrid yang akan terjual tahun ini akan menyamai kadar jualan tahun lalu, berdasarkan beberapa jenama telah memulakan pemasangan tempatan (CKD) untuk kereta jenis itu.

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, MAA tidak mampu untuk meletakkan sasaran jualan untuk tahun ini. Tahun lalu, sebanyak 18,967 buah kereta hibrid yang terjual dengan jenama yang merekodkan penjualan tertinggi ialah Honda dan Toyota.

Setakat dua bulan pertama tahun ini, sebanyak 2,785 buah kereta hibrid telah terjual, iaitu peningkatan 32.4 peratus berbanding 2,103 buah yang terjual pada tempoh yang sama 2013.
"Peningkatan ini disumbangkan oleh baki stok model import sepenuhnya (CBU) telah didaftarkan pada tahun lalu 2013. Model yang didaftarkan itu masih tertakluk kepada pengecualian cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan sehingga hujung 2013," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar MAA di sini hari ini.


Setakat dua bulan pertama itu, Honda mencatatkan bilangan jualan terbanyak iaitu 1,767 buah iaitu peningkatan 38.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Selain Honda, Lexus turut mencatatkan peningkatan jualan sementara Toyota, Audi, dan BMW masing-masing merekodkan penurunan. 

Kerajaan tidak meneruskan pengecualian cukai ke atas model hibrid CBU yang berakhir pada tahun lalu. Sebaliknya pengecualian cukai itu hanya ditawarkan kepada jenama-jenama yang melakukan pemasangan kereta di dalam negara melalui pengenalan Dasar Automotif Negara (DAN) 2014. 

Aishah menjelaskan, beliau tidak dapat memberi gambaran prospek jualan kereta hibrid selepas penamatan pengecualian cukai itu, kerana mungkin terdapat jenama-jenama baharu yang akan melakukan pemasangan tempatan hasil pengenalan DAN 2014.

Menurutnya, MAA masih mengekalkan sasaran jualan keseluruhan industri (TIV) kenderaan baharu untuk tahun ini iaitu 670,000 buah dan kajian semula sasaran itu hanya akan dilakukan selepas mengambil kira prestasi jualan pada enam bulan pertama 2014.

Sebelum ini, beberapa penganalisis industri menjangkakan sasaran 670,000 buah itu mungkin tidak tercapai berdasarkan prestasi pertumbuhan jualan setakat dua bulan pertama tahun ini.

5

Bagus
26

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
12

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 29-3-2014 11:38 AM
viva i macam dah mula buat perangai ja...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.332198 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top