Tahukah anda menurut kajian penyakit itu puncanya daripada makanan, betul ke tak anda perlu pastikan menu yang dipilih itu hendaklah bersesuai dengan pengambilan harian anda iaitu keperluan harian yang disyorkan mengikut kadar usia, jantina dan tenaga. Jika anda berbadan kurus tidak semestinya anda bebas untuk makan dengan banyak. Dibawah adalah antara empat menu yang pasti anda suka tetapi bahaya tanpa disedari. Roti canai Roti canai memang makanan yang sedap, garing dan murah. Ramai yang lebih suka memilih roti canai kerana cepat, ringkas dan mudah apabila dihidang mahupun dimakan. Menurut kajian Sekeping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Tetapi jika anda mengambil dua keping roti canai, ia menjadi 600 kalori. Semestinya, lebih tinggi kalori maka lebih banyak yang perlu anda menghabiskan masa selama 90 minit berlari untuk membakar 600 kalori. Tip terbaik adalah memilih tosai atau capati kerana kandungan lemak dan minyak kurang sedikit berbanding roti canai.
Teh tarik Tentunya teh tarik yang lebih pekat atau kaw kaw lebih sedap untuk diminum. Susu penuh krim adalah penyumbang utama minuman anda menjadi lebih sedap. Sebenarnya, susu pekat tidak elok untuk kesihatan anda. Biarpun ia merupakan sumber kalsium tetapi kandungan lemaknya agak tinggi. Satu sudu pekat manis biasanya mengandungi 60 kalori. Oleh demikian, anda boleh menggantikan dengan mengurangkan kandungan lemak atau rendah lemak. Burger Jangan terkejut apabila ada ramai yang memilih makanan barat ini sebagai menu untuk sarapan. Tidak dinafikan, burger memang tinggi kalori. Satu hidangan burger biasanya mengandugi 475 kalori. Tanpa keju, sos cili, mayonis, telur dan pelbagai sos lagi bukanlah burger lagi, suku cawan mayonis sahaja mengandungi 360 kalori (40g lemak). Ini belum termasuk kentang goreng anda lagi. Kalori pasti bertambah-tambah. Hakikatnya, Malaysia memang terkenal dengan gelaran syurga makanan tapi anda haruslah tahu dan bijak memilih menu. Namun kebebasan untuk makan apa sahaja boleh asalkan hidangan itu bergantung kepada berapa banyak atau kuantiti anda ambil. Untuk memudahkan anda, anda perlu mengira kalori makanan yang anda ambil. Jika anda pandai mengawal pemakanan dan tahu sukatan kalori, semestinya anda telah memilih sarapan yang paling selamat. |
3
Bagus |
7
Marah |
17
Terkejut |
2
Sedih |
1
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
qasehnuramy posted on 23-3-2014 03:49 PM
masak la thn kita makan ramai2 dlm forum..tgk nasi lemak tu kecur air liur
qasehnuramy posted on 23-3-2014 03:56 PM
xpe.....asalkan masak ngn penuh kasih sayang yg xsedap mesti jadi sedap...
purpledesire posted on 23-3-2014 04:03 PM
hahaaa..salah satu petua nak buat nasi lemak tahan lame kan tt adalah campurkan sedikit minyak mas ...
makadek posted on 23-3-2014 04:48 PM
Mmg bahaya nasik lemak ngantok aku spnjg hari tobat lahom aku aish:Q
qasehnuramy posted on 23-3-2014 04:20 PM
ye ke???masa bila kena letak tu sebelum dia didih ke cik purple???
purpledesire posted on 24-3-2014 08:32 PM
yup..sblm kita masak nasi tu..mase letak bhn2 mcm beras,santan dan daun pandan kan, qaseh campurka ...
miminn posted on 25-3-2014 10:01 AM
nasi lemak menggoda. tapi sekarang selalu makan nasi lemak untuk dinner. hehe
qasehnuramy posted on 25-3-2014 11:43 AM
uish jgn mkn nasi lemak masa dinner....xelok tahu cik miminn
miminn posted on 25-3-2014 11:47 AM
nak buat macam mana, yang saya suka jual masa malam je. time dinner jela dapat merasa. tapi tak se ...
ADVERTISEMENT