CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

10 Petua Tradisional Menghilangkan Kelemumur

3-4-2014 12:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18098| Komen: 10

10 Petua Tradisional Menghilangkan Kelemumur



Petua 1:

Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.

Petua 2:
Ambil sebiji limau nipis, kemudian belah 4. Basahkan rambut anda. perah air limau tadi dan ramas diatas kepala anda beberapa minit. Selepas itu bungkus rambut anda dengan tuala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian basuh rambut anda dengan syampu. Lihatlah hasilnya dalam seminggu. Hasilnya pasti memuaskan anda.


Petua 3:
Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejenak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.

Petua 4:
Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.

Petua 5:
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu, ditapis lalu usaplah air tadi ke kepala anda yang ada kelemumur. Lalu bilas dengan air biasa.

Petua 6:
Ambil segenggam jerami padi dan dibakar hangus dicampurkan dengan semangkuk santan cair dan jus limau nipis dari sebiji limau nipis.Campur kesemua bahan ini dan sapukan rata-rata di kepala anda. Bungkus rambut dengan tuala kira-kira 30 minit. Kemudian cucilah rambut seperti biasa dengan syampu.
Untuk kelemumur yang agak serius, lakukan dua kali seminggu selama 2 minggu. Kemudian sebulan sekali.

Petua 7 :
Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.

Petua 8 :
Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Petua 9:
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi. Selamat mencuba.

Petua 10:
Ambil semangkuk daun inai. Tumbuk inai tu sampai halus. Basahkan rambut anda dengan air dan lumurkan inai tadi kat atas kepala. Bungkus rambut anda dengan plastik pembungkus rambut. Pakai "shower cap" pun boleh. Biarkan rambut anda berbungkus selama 30 minit. Akhir sekali, basuh rambut anda tu dengan air bersih. Insya Allah kelemumur anda mampu hilang dalam tempoh seminggu.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nhudahamid 24-3-2014 01:40 PM
Kalau nak cepat boleh guna shampoo ni juga.

sy sendiri dah guna.

Sebelum ni kepala memang gatal semacam n kelemumur betempek-tempek. kalau sikat rambut mcm salji...

Alhamdulilah skarng dah ok, kepala rasa ringan n x gatal.


Boleh call huda 014-7221663 utk cuba.

Marine Essence Shampoo Huda hamid.jpg

testimoni (2).jpg


syampoo.jpg

Testimoni Marine Essence Shampoo ain.jpg
Quote kgdangar 5-4-2014 04:22 PM
petua no 1 tuh payah sket nk follow....

santan mahal skang ni beb.....heheheh
Quote chenta_dewi 5-4-2014 07:28 PM
Sy guna triple stem surat, sabun tentera marin dan shake ur hand...sangat berkesan di kepala, kuku kaki dan bulus...



sarcastic sgt
Quote chenta_dewi 5-4-2014 07:33 PM
Ok serius..

sy amalkan petua no 1..apa la sgt santan rm1.40 seminggu..dlu sy mmg ada masalah kegatalan rambut yg setaraf ada kutu bdk darjah 5, tp skrg alhamdullilah 80% berkesan..amalkan petua no 1 dan jgn lupa ms boh santan n shampoo kepala pas 30min pki santan, gosok kepala mcm kat salun tu...
Quote AceHand 6-4-2014 02:09 AM


Untok kos paleng murah dan tahang lama... Sila cukor rambot sampai botak...


Jizzz... Klong! Klong!

Quote tengah_bosan 9-7-2014 03:54 PM
chenta_dewi posted on 5-4-2014 07:33 PM
Ok serius..

sy amalkan petua no 1..apa la sgt santan rm1.40 seminggu..dlu sy mmg ada masalah kega ...

memang betul2 menjadi eh????
Quote qaseh212 24-7-2014 03:13 PM
yang pernah dok buat petua no.2 ja... y lain belum lagi...
Quote shahadilla 25-7-2014 06:59 PM
Memang rugilah kalau korang tak try guna santan ni,memang bestlh,saya pun pernh amalkan sbb nk dapatkan rambut lembut,lebat dan lurus,wangi pun memang wangi..saya suka sngt2
Quote puterigerhana 11-8-2014 09:28 AM
slalu buat combine no 1 n 2...dr kecik mak dh ajar sbb rambut pnjg sgt...sgt berbaloi n bkesan

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.049138 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top