CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Lagu Hindustan popular diolah jadi lagu puji BN

12-2-2013 01:01 AM| Diterbitkan: admin| Dilihat: 5468| Komen: 20

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak teruja dengan kreativiti seorang pemimpin masyarakat India Muslim Pulau Pinang menyampaikan sebuah lagu ala Hindustan yang menyeru masyarakat mengundi BN pada pilihan raya umum nanti.
Presiden Persatuan Nurul Islam Pulau Pinang Sulthan Syed Salhamid berkata Perdana Menteri melahirkan rasa teruja itu kepada beliau yang menyampaikan lagu 'Kuch Kuch Hota Hai' dengan seni kata yang diciptanya sendiri selepas Najib berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Liga Muslim di Masjid Kapitan Keling di Georgetown, malam tadi.

Perdana Menteri yang khusyuk dan tersenyum mendengar lirik lagu itu yang meminta rakyat menyokong kepimpinannya turut memberi tepukan kepada Sulthan Syed. Senikata lagu itu berbunyi:

Undilah semua Barisan Nasional
Bersatu di bawah Najib Tun Razak
Undi lain-lain, tiada kemajuan
Datang hari undi hai, bagi Barisan Nasional menang hai
Kami setiap hari berdoa Barisan Nasional mendapat dua pertiga
Undilah Barisan kembali semula untuk keamanan, untuk kemajuan, untuk kesejahteraan
Datang hari undi hai, bagi Barisan Nasional menang hai.


Sulthan Syed yang juga seorang komposer ditemui Bernama selepas majlis itu berkata lagu tersebut adalah simbolik sokongannya kepada kepimpinan Najib.

Beliau berharap lagu tersebut dapat memberi semangat kepada masyarakat terutama kaum India Muslim untuk terus mengundi BN.

"Saya setiap hari berdoa memohon supaya BN terus memerintah negara. Saya mahu negara ini diperintah BN. Saya suka BN mentadbir negara kita, dan saya akan terus berpegang kepada prinsip saya iaitu untuk terus menyokong BN," katanya.

Sulthan Syed berkata beliau bercadang membuat salinan lagu itu dalam bentuk cakera padat untuk diserahkan kepada pemimpin Nombor Satu negara itu.

Najib yang dalam lawatan dua hari ke Pulau Pinang dijadual menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang di bangunan dewan berkenaan pada pukul 9.30 pagi, hari ini.

Selepas itu, beliau akan menyertai kira-kira 80,000 orang menghadiri Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran BN Pulau Pinang.

Pada majlis itu, pelbagai acara diatur termasuk persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah dan persembahan daripada penyanyi popular Korea Psy.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shabib 11-2-2013 12:09 PM
Maulidur rasul... Lagu hidustan....
Quote sepiITUindah 11-2-2013 12:11 PM
leh jadi calon .....sape cipta lagu ni????
Quote brownstone 11-2-2013 01:28 PM
negeri2 yg terbiar bawah BN - Perlis, N Sembilan, Melaka

Johor nasib baik ade Yidin
Pahang boleh la tu pon dkat pekan je sbb under Najib

Negeri2 yg dilimpahi nikmat akibat kerakusan BN mahukan berkuasa kembali - Penang dan Selangor
Penang pilih Pakatan, dpat Psy menari2 kuda... ko ade???
Quote SulurBidar 11-2-2013 01:30 PM
Tindakan memuja-muja pemimpin akan menyebabkan senjata makan tuan dari segi taktikal peperangan politik.
Quote boyagombak 11-2-2013 03:02 PM
Itu Sulthan sangat mau jd wakil rakyat BN dekat Penang
Kasik dengar lagu2 Bollywood kasik ampu sama tok Jib
Masa Maulidur Rasul pun hantam keromo saja
Mufti Penang x de komen ka
Mamak suda tartakan
Dulu bole bermaharajalela
Skang LGE x bagi muka
Quote kucingTomey 11-2-2013 03:12 PM
syirik sungguh lagu ni


Undilah semua Barisan Nasional
Bersatu di bawah Najib Tun Razak
Undi lain-lain, tiada kemajuan
Datang hari undi hai, bagi Barisan Nasional menang hai
Kami setiap hari berdoa Barisan Nasional mendapat dua pertiga
Undilah Barisan kembali semula untuk keamanan, untuk kemajuan, untuk kesejahteraan
Datang hari undi hai, bagi Barisan Nasional menang hai.
Quote dani-rox 11-2-2013 04:29 PM
Wahhhh lagu Hindustan la...





Quote kikiharris 11-2-2013 05:52 PM
mengampu la tu
Quote shayjr 11-2-2013 06:24 PM
tak serik-serik..kata dah berubah..
Quote kenarikelabu 11-2-2013 06:53 PM
Bla la lu najib
Quote BENTARA 11-2-2013 10:48 PM
besar kemungkinan dpt taraf bumiputera nihQ!!!!
Quote tobby 12-2-2013 12:20 AM

Quote cakkobeng 12-2-2013 09:07 AM
Quote mute 13-2-2013 10:29 AM
tobby posted on 12-2-2013 12:20 AM

nagis konon...depan cameraman boley lar...
Quote Nash^Roy 13-2-2013 10:42 AM
bodo punya mamak.. mmg mamak ni suka ngampu kan.. sib baik aku tak camtu.. hehe
Quote Manami 13-2-2013 10:48 AM
Bideo mana bideo??
Quote cikilala 13-2-2013 11:01 AM
Undilah semua Barisan Nasional
Bersatu di bawah Najib Tun Razak
Undi lain-lain, tiada kemajuan
Datang hari undi hai, bagi Barisan Nasional menang hai
Kami setiap hari berdoa Barisan Nasional mendapat dua pertiga
Undilah Barisan kembali semula untuk keamanan, untuk kemajuan, untuk kesejahteraan
Datang hari undi hai, bagi Barisan Nasional menang hai.



Lirik lagu pun tahap tadika KEMAS punya klasss
Ayo yo kalu camni ler tahap penyokong mengampu pemimpin..mmg tahap buto mata hati

Quote gaara_X 13-2-2013 11:01 AM
memacam depa membodek...heheheee
Quote awanindah 13-2-2013 11:09 AM
adehhhhhh ...

BN has become a laughing-stock ... aiyoooooooooo ...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.036410 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top