CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Gambar Kak Wan Angkat Sumpah Sebagai Adun N25 Kajang

7-4-2014 03:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4515| Komen: 10









Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang di hadapan Speaker, Hannah Yeoh pada persidangan Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Majlis mengangkat sumpah yang berlangsung tepat pukul 10 pagi itu disaksikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Pada 23 Mac lalu, Wan Azizah yang juga Presiden PKR memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.

PRK Kajang diadakan selepas Adun Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas bagi memberi peluang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Bagaimanapun, Wan Azizah diangkat sebagai calon yang baru setelah menggantikan Anwar apabila ketua pembangkang itu diisytihar tidak layak bertanding ekoran didapati bersalah atas tuduhan ke membabitkan bekas pembantu peribadinya di Mahkamah Rayuan
.
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duniaku85 7-4-2014 03:48 PM
kak jijah ni comel la..even dah tua pun still lawa orgnye
Quote budaktua 7-4-2014 06:16 PM
wajah lembut...
tp menmpkkan blh menghadapi apa2 shj kekerasan cabaran hidup...
Quote asawaku 8-4-2014 03:26 PM
hidup kak wan ni mmg mencabar... suami kena jail la... ada skandal dgn chinadoll la.. liwat lah.. tapi aku salute dia.. sbg seorang isteri, dia menerima suaminya seadanya.
Quote TEDDYASESARA 9-4-2014 04:49 PM
Tahniah......
Quote akulah7E 9-4-2014 09:17 PM


badak senggama bacul banyak nick lom wat pitnah lagi kah kat cini
Quote munchkin 10-4-2014 12:04 AM
selamat menjalankan tanggungjawab.
Quote R.A.M.A_mirror 10-4-2014 12:47 PM
semoga menjalankan tugas dengan baik...
Quote Al-Patih 12-4-2014 05:04 PM

Selangor tubuh Yayasan ISA, Azizah pengerusi
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan akan bekerjasama dengan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjayakan satu yayasan bagi menjaga kebajikan waris dan tahanan  Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). ADUN Kajang yang baru itu bertindak sebagai pengerusi  Yayasan ISA bagi mengendalikan bantuan dan sokongan kepada waris dan bekas tahanan.  Tambahan pula, kata Khalid, Azizah juga pernah merasai keadaan yang sama dengan waris tahanan ISA.  "Saya telah meminta ADUN Kajang mempengerusikan yayasan ini bagi membantu keluarga yang menerima kesan buruk daripada ISA.  "Kita juga telah memperuntukkan RM500,000 untuk permulaan program yayasan dalam membantu dan menjaga kebajikan isteri, anak, keluarga tahanan ISA," katanya ketika penggulungan usul perbahasan titah Sultan Selangor.
Quote Al-Patih 12-4-2014 05:09 PM


Suaram menyokong penuh pelaksanaan Yayasan ISA

PETALING JAYA: Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menubuhkan Yayasan ISA bagi membantu ahli keluarga yang terlibat sewaktu penahanan. Katanya, sehingga kini, masih banyak ahli keluarga mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih menanggung derita dan trauma akibat daripada penahanan ISA ini. “Ahli keluarga yang menerima kesan daripada pelaksanaan ISA ini memang memerlukan sokongan. “Walaupun ISA sudah dimansuhkan, tetapi akta baru pula telah diwujudkan seperti Akta Pencegahan Jenayah 2013,” ujarnya sewaktu dihubungi oleh FMT. Cynthia turut berpendapat kini, apa yang perlu bagi keluarga mangsa adalah pendedahan kepada ‘Truth and Reconciliation Commission’ (TRC) bagi mengetahui kebenaran mengenai apa yang berlaku sewaktu ISA digunakan.
“Ahli keluarga mangsa ISA perlu didedahkan mengenai apa yang berlaku sewaktu penahahan ISA dan mereka seharusnya diberikan pendedahan mengenai apa yang pihak media lakukan untuk menutup kes penahanan ISA ini,” katanya. Jelasnya, selepas didedahkan, barulah program-program seperti kaunseling, pendidikan dan bantuan diberikan kepada ahli keluarga mangsa.
Quote hafiz18 12-4-2014 08:38 PM
Sumpah ni ade dlm Islam x

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.414822 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top