CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hudud di Kelantan bakal dilaksanakan

8-4-2014 04:33 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 10739| Komen: 101


PENCERAHAN BERKAITAN HUDUD : NOTA RINGKAS SAYA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memberi lampu hijau, MT UMNO yang juga YDP YADIM sudah beri 'green light', Tengku Razaleigh sudah beri 'green light'. Semoga Kerajaan negeri Kelantan BERJAYA menguatkuasakan undang-undang hudud di negeri Kelantan. Semoga ahli Parlimen beragama Islam dapat sepakat bersetuju di parlimen apabila tiba masanya perlu sokongan mereka.

Biar Kelantan laksanakan, jika ada kelemahan dalam pelaksanaan di sana sini selepas ini, kita pakat baiki sama-sama. Insha Allah.

Beberapa nota ringkas saya (pandangan peribadi):

1. Hudud hanya akan terjatuh bagi individu yang benar-benar jahat dan sebab itu syaratnya sangat ketat hingga sebahagian pengkritik merasakan 'mustahil' dapat dicari saksi dan bukti sedemikian. Jika tidak cukup syarat maka hukuman ta'zir sahaja yang akan dijatuhkan. Tahap berat hukuman tertakluk kepada peruntukan undang-undang ta'zir dan mengikut kebijaksanaan hakim.

2. Jangan menyangka hukuman hudud sangat mudah dijatuhkan, syarat-syarat perlu diteliti sebelum memberi komentar. Dalam kebanyakan kes, hanya ta'zir akan dijatuhkan kerana tidak cukup bukti untuk hudud dijatuhkan. Contohnya mencuri, tidak akan dipotong tangan kecuali benar-benar yakin dan terbukti pencuri tidak miskin kelaparan, dipaksa, diugut dan lain-lain. Jika terbukti, hudud tidak dijatuhkan.

3. Ulama khilaf sama ada non muslim terlibat, sebahagian menyatakan non-muslim TIDAK TERLIBAT kecuali jika ada berkaitan dengan Muslim. Dalam kes biasa, Non-Muslim boleh menuntut dihukum dengan hukuman sivil biasa.

4. Jika terdapat non-muslim yang memilih untuk dibicara dengan hukuman hudud, ia diharuskan untuk menghukumnya dengan hukum hudud.

5. Jika kedua-duanya terlibat jenayah dan dibimbangi tidak adil kerana muslim kena hudud dan non muslim tidak kena, maka hakim boleh membuat keputusan mengadili secara ta'zir bagi kedua-duanya agar seragam hukumannya, khususnya apabila tidak cukup bukti untuk hudud.

6. Jika non-muslimah berzina dengan muslim, atau sebaliknya, terdapat khilaf ulama mazhab. Sebahagian ulama mengatakan keduanya dihukum hudud sebagai hukuman dari keputusan mahkamah negara dan bukan berasaskan keagamaan. Sebahagian lagi menyatakan yang Islam sahaja dikenakan hudud, yang seorang lagi dihukum setimpal melalui ta'zir.

7. Berkenaan kuasa mahkamah syariah tidak memperuntukan hukuman kepada non-muslim, Peruntukan undang-undang terbabit boleh dipinda dengan kuasa 2/3 ahli parlimen. Parlimen perlu meluluskannya. Di sini diperlukan kesatuan ahli parlimen islam dari PAS, UMNO, PKR & Bebas.

8. Berkenaan wanita tidak boleh menjadi saksi, terdapat pergecualian jika ia di tempat yang tiada lelaki pada kebiasaannya. Selain itu, sebahagian ulama membenarkan wanita yang mencukupi syarat untuk menjadi saksi maka budi bicara hakim adalah terpakai.

9. Jika Non-Muslim merogol muslimah, menurut mazhab maliki, apabila cukup bukti, non-muslim akan dijatuhkan hukuman hudud ke tahap maksimum iaitu hukuman mati kerana pencerobohan secara kekerasan dan jenayah. Muslim juga akan dijatuhi hukuman yang sama.

10. Muslimah yang terbukti dirogol dengan bukti-bukti moden yang meyakinkan walau bukan 4 orang lelaki adil, TIDAK dikenakan hukuman QAZAF sewaktu dia mendakwa seseorang lelaki. namun, keterangan mesti dilakukan secara tertutup agar dakwaan dihalusi dan tidak dihebahkan media sebelum keputusan jitu diperolehi. hak lelaki yang dituduh akan dijaga sebaiknya juga selagi tidak terbukti bersalah.

11. Non Muslim yang minum arak TIDAK dikenakan hukuman hudud. Hanya untuk Muslim. Namun itu juga terdapat beberapa ijtihad yang berbeza, sebahagian menegaskannya sebagai hudud dan sebahagian sebagai ta'zir.

Ini hanya sebahagian nota ringkas. Kesimpulannya, hukuman hudud memerlukan penjelasan dan pengajaran besar-besaran di negeri yang mana hukuman ingin dijalankan agar hampir tiada syubhah lagi rakyat di sana TIDAK MENGETAHUI jenis kesalahan dan hukuman.

Didoakan rakyat Kelantan & Brunei dan semua institusi kehakimannya sudah bersedia dengan ilmu dan kebijaksanaan. Kerana tanpa persediaan yang jitu dan mantap lagi adil, pelaksanaan hukuman ini bakal menjadi fitnah besar kepada Islam seluruhnya.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
8 April 2014


7

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 8-4-2014 02:40 PM
eloklah. kat fb pun bila tengok video rompak/ragut, non muslim ramai sokong nak hudud ni.
Quote dino 8-4-2014 02:50 PM
sokong 200%.... negeri2 lain follow lepas nih
Quote luvly_eone 8-4-2014 02:51 PM
munchkin posted on 8-4-2014 02:40 PM
eloklah. kat fb pun bila tengok video rompak/ragut, non muslim ramai sokong nak hudud ni.

Yg takut hudud ni golongan humngok jer...
Quote nasha82 8-4-2014 03:00 PM
bagoss2...
Quote rashiman 8-4-2014 03:34 PM
luvly_eone posted on 8-4-2014 02:51 PM
Yg takut hudud ni golongan humngok jer...

Bagaimana dgn PKR, senyap aje....
Quote kucingTomey 8-4-2014 03:35 PM
dino posted on 8-4-2014 02:50 PM
sokong 200%.... negeri2 lain follow lepas nih

komen dino sgt hambar

Quote kucingTomey 8-4-2014 03:35 PM
rashiman posted on 8-4-2014 03:34 PM
Bagaimana dgn PKR, senyap aje....

hambar juga

Quote akughi 8-4-2014 03:38 PM
bape byk thread hudud nak bukak ni...mod mane mod?

tido ke?
Quote dino 8-4-2014 03:38 PM
kucingTomey posted on 8-4-2014 03:35 PM
komen dino sgt hambar

tp penuh dgr kejujuran... keikhlasan yg mendlm.... sukar digambarkan ngan kata2



Quote kucingTomey 8-4-2014 03:39 PM
dino posted on 8-4-2014 03:38 PM
tp penuh dgr kejujuran... keikhlasan yg mendlm.... sukar digambarkan ngan kata2

...

ni pun hambar....

Quote kucingTomey 8-4-2014 03:39 PM
akughi posted on 8-4-2014 03:38 PM
bape byk thread hudud nak bukak ni...mod mane mod?

tido ke?

jeles ke dik.......

hahahahah

kate nak pm kak kuceng..nak kenal2...takde pon??lol

Quote palmolive 8-4-2014 03:40 PM
taknak kena hukum jangan la buat jenayah...
Quote lavafon 8-4-2014 03:41 PM
kucingTomey posted on 8-4-2014 03:39 PM
ni pun hambar....

Hidup hambar komen pun hambar la..

Nak harap apa lagi..



Quote gede-bab 8-4-2014 03:42 PM

kerajaan kelantan teruskan undang2 ni...
Quote syadail 8-4-2014 03:44 PM
luvly_eone posted on 8-4-2014 02:51 PM
Yg takut hudud ni golongan humngok jer...

rasanya ramai yg ok tpmasih skeptical dgn cara pelaksanaannya. Banyak yg masih kabur.
Kena ada penerangan besar besaran dn menjawab smau persoalan yg dibangkitkn.
takut nnti elok2 hudud boleh menaikan syiar islam, hudud pulak yg menjatuhkankita kalau tak betul dilaksanakan.

Bka kata ust zaharuddin td
klu takde persediaanyang jitu dan mantap lagi adil, pelaksanaan hukuman ini bakal menjadi fitnah (Kerosakan)besar kepada Islam seluruhnya'
Quote akughi 8-4-2014 03:47 PM
kucingTomey posted on 8-4-2014 03:39 PM
jeles ke dik.......

hahahahah

ehhhhhh bile mase pulak aku cakap aku nak pm ko......

tu la..kalo dah jenis kaki putar alam, kaki fitnah mmg mcm ni la perangainye
Quote kucingTomey 8-4-2014 03:48 PM
akughi posted on 8-4-2014 03:47 PM
ehhhhhh bile mase pulak aku cakap aku nak pm ko......

tu la..kalo dah jenis kaki putar alam, ka ...

laaa....kate nak kenal dengan kak kuceng....pompuan ke hulu pompuan ke bana.....mari la..kak kuceng nak kenal ngan dik akughi la......hahahahahahah....

Quote the_killer 8-4-2014 03:51 PM
Hukum Allah wajib ditegakkan di Bumi Allah, Kita hanya menumpang,Allah penguasa Bumi dan Alam semesta..
Quote BotakChinPeng 8-4-2014 03:57 PM
pas takut kapir . Itu sebab mereka dikecualikan.

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.049939 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top