CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Waris MH370 bakal jutawan segera, min RM1.72 juta

14-4-2014 09:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12447| Komen: 59



Kuala Lumpur: Keluarga waris penumpang MH370 bakal menjadi jutawan jika mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak berwajib dan memenangi kes berkenaan di mahkamah.

Pampasan diperoleh dijangka sekurang-kurangnya tiga kali ganda daripada jumlah bayaran minimum pampasan insurans daripada ‘polisi pesawat dan liabiliti’ berjumlah AS$175,000 (RM577,500) yang patut dibayar iaitu sekurang-kurang RM1.72 juta.

Namun, petisyen saman berkenaan perlu difail dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kehilangan pesawat iaitu selewat-lewatnya 8 Jun depan.

Menurut peguam tempatan Dr Syed Iskandar Syed Jaafar al Mahdzar, ini selaras dengan Seksyen 24(1) (b), Akta Penerbangan Awam 1969.


“Selaras dengan konvensyen Montreal, dalam tempoh tiga bulan, keluarga waris penumpang mesti bertindak segera.


3

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R2D2 13-4-2014 12:31 PM

239 penumpang, anak kapal dilindungi maksimum RM3.3b


Kuala Lumpur: Semua 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 dilindungi insurans maksimum AS$1 bilion (RM3.3 bilion) berdasarkan kepada tiket penerbangan dibeli.

Bagaimanapun, penerimaan nilai insurans dinamakan ‘polisi pesawat dan liabiliti’ kepada setiap orang bergantung kepada siasatan oleh penilai insurans atau broker dilantik.

Menurut sumber insurans, tempoh masa pembayaran keseluruhan insurans akan mengambil masa tertentu iaitu sehingga siasatan ke atas pesawat terbabit selesai.

“Setiap penumpang dan kru kapal berhak menerima insurans terbabit yang akan diterima waris mereka.


“Dalam kes kehilangan pesawat MH370, jika didapati 239 orang sama ada warga tempatan atau asing mati atau hidup, mereka atau waris mereka akan mendapat bahagian insurans masing-masing, tertakluk kepada terma dan syarat polisi,” katanya.


Beliau berkata, ada satu lagi insurans tidak wajib dibeli oleh penumpang iaitu ‘MHinsure’ disediakan oleh Etiqa Insurance Berhad.

“Hampir semua syarikat penerbangan menyediakan skim insurans ini, sungguhpun begitu, bukan semua penumpang membeli polisi berkenaan.

“Bagaimanapun, insurans ini hanya melindungi barang penumpang seperti beg dan lain-lain,” katanya.

Sumber industri itu berkata, syarikat insurans lain yang bergabung di dalam polisi terbabit termasuk syarikat Allianz berpangkalan di Jerman sebagai pemegang utama akan berkongsi membayar pampasan kepada keluarga mangsa.
Quote naina 13-4-2014 12:51 PM
mcm nk suh fmly penumpang saman jer.
xperlu kot bgtaw mcmni
igt disengajakan ke
bodo..
Quote Anak_Nogori 13-4-2014 12:57 PM
naina posted on 13-4-2014 12:51 PM
mcm nk suh fmly penumpang saman jer.
xperlu kot bgtaw mcmni
igt disengajakan ke

lawyer yg cakap tu nak cari makan gak...

biasalah...dia akan cakap pasti menang.

tapi cuba runding dgn dia...saya amik kamu jadi lawyer saya, tapi bayaran akan dibuat selepas kita menang saman tu..nak ke lawyer tu amik kes?..
Quote johndoe17 13-4-2014 01:13 PM
Kalo si suami meninggal, insuran tu dpt kat isteri ank2 atau mak pak laki tu?..

Berebut insuran kalo yg ank bujang mak pak cerai...
Quote nobito 13-4-2014 01:26 PM
Kaye la Cine-cine ni..jadi tauke...
Quote dewi 13-4-2014 01:41 PM
sapa  la yg boleh  happy to get  money from such  incident .. but at least .. it helps la for anak2 yg ilang mak pak.. ibu bapa  tua yg hilang anak tpt bergantung.
Quote HUHA 13-4-2014 01:47 PM
wow bestnyaa
Quote jengkoil 13-4-2014 01:48 PM
Diiiiii manaaa...kan ku cari gantiiii...
Quote AbukRokok 13-4-2014 02:02 PM
serba salah...nak saman kang dikata gila duit
xsaman kang hak kita
Quote cmf_blingblings 13-4-2014 02:04 PM
Duit dah tak ada apa-apa makna bila separuh nyawa kita dah tiada, kosong kosong kosong
Quote pakweneelofa 13-4-2014 02:07 PM
mana boleh berjaya, hilang tidak dijumpai, tidak tahu punca kecuiaian atau jenayah atau act of god, mana cause of action dia?
Quote missus_meow 13-4-2014 08:42 PM
Anak_Nogori posted on 13-4-2014 12:57 PM
lawyer yg cakap tu nak cari makan gak...

biasalah...dia akan cakap pasti menang.

Lawyer mana yg akan tolak sthing high profile ....
Quote chaoyunjie 13-4-2014 10:14 PM
Jutawan Segera...
moga2 wang yg di perolehi di gunakan sebaik mungkin
Quote asamfish 13-4-2014 10:21 PM
sekurang2 nya duit pampasan buleh digunakan utk anakisteri/ibubapa/suami yg masih hidup
lebih2 lagi bile ade anak2 yg masih bersekolah...
Quote poyohabis 13-4-2014 10:36 PM
asamfish posted on 13-4-2014 10:21 PM
sekurang2 nya duit pampasan buleh digunakan utk anakisteri/ibubapa/suami yg masih hidup
lebih2 lagi ...

Ye betul tu.. Sian kat anak2 yg tinggal yg mn isteri2 x keje sekurang2nya leh buat persekolahan anak2... Td tgk nona 2 org isteri anak kapal x keje.. Mcm mn la nak byr hutang2 cc,rumah,kete,persekolahan anak2 lg kalo x dpt claim insurans... Kalo saving pon kene banyak faham2 je la kalo kn byr sendiri kalo x dpt tangguhkan pembayaran atau bukti semua dah mati.. Kete umah semua nak claim insurans nak ada bukti surat mati semua bagai baru la dpt free umah kete
Quote hanakikan 13-4-2014 10:42 PM
1.7 juta tu cukup bayar hutang rumah dgn kereta. Balance utk anak2 sekolah sampai la besar.
Quote sup@rm@n 13-4-2014 10:50 PM
Bukan stakat waris yg kayo, peguam pon kayo rayo
Quote Santeira 13-4-2014 10:57 PM
Does it matter? If I lose the person I truly love being a millionaire doesn't mean anything to me.
Quote bidacool 13-4-2014 11:37 PM
Saman atau tak tetap dpt pampasan cuma banyak dgn sikit je..... nk byk kena tunggu bertahun, nk cepat walau tak brp cepat, amik je brp yg nk di bagi........

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.084716 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top