CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepala Dalam Mulut Beruang

14-4-2014 10:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6322| Komen: 38




HULU BESUT - Seorang penoreh getah cedera parah selepas diserang seekor beruang ketika dia sedang mencari buah kerdas di hutan berdekatan ladang kelapa sawit Felda Tenang, di sini, semalam.

Bagaimanapun, mangsa, Mohd Sulaiman Jusoh, 58, terselamat selepas dia memukul beruang itu berkali-kali ketika kepalanya berada di dalam mulut beruang itu, dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi semalam.

Isteri mangsa, Rokiah Abas, 50, berkata, suaminya keluar menunggang motosikal seorang diri dari rumahnya di tanah rancangan Felda Tenang kira-kira jam 8 pagi untuk mencari buah kerdas di dalam hutan berhampiran ladang kelapa sawit, kira-kira lima kilometer dari rumah.

Kata Rokiah, dia pula pergi menoreh seorang diri di kebun getah tidak jauh dari rumah.

“Pada jam 9.30 pagi, suami menghubungi makcik melalui telefon bimbit memberitahu dia diserang beruang. Pada mulanya makcik ingatkan dia kena sengat tebuan, tetapi dia kata matanya kabur dan kepala cedera dibaham beruang.

“Suami makcik tidak pasti akan tiba di rumah atau tidak kerana menunggang motosikal sendiri dalam keadaan cedera parah dengan jarak yang jauh itu,” katanya.

Suami rebah depan tangga rumah

Rokiah berkata, dia terus memberitahu penduduk kampung mengenai kejadian itu dan kira-kira 30 penduduk pergi ke hutan mencari suaminya, namun tidak bertemu dengan mangsa yang melalui jalan berlainan.

Menurutnya, sebaik pulang ke rumah, dia mendapati suaminya rebah di depan tangga rumah dalam keadaan cedera parah di bahagian kiri kepala.

“Dia dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Besut oleh JPAM yang tiba tidak lama kemudian,” katanya.

Kata Rokiah lagi, pemeriksaan di hospital mendapati, tulang muka berdekatan mata kiri suaminya patah selain luka besar di bahagian berhampiran mata dan kiri kepala akibat serangan itu.

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan petang semalam untuk rawatan lanjut, tetapi keadaannya stabil.

“Suami makcik kata dia tiba-tiba diserang beruang itu yang membawa dua anak ketika dia mencari buah kerdas untuk dijual.

“Beruang besar itu menggigit bahagian muka dan kepala suami makcik sehingga kepalanya berada dalam mulut beruang itu, namun dia bertindak melawan haiwan liar itu untuk selamatkan diri,” katanya.

Tetak kaki beruang

Rokiah berkata, beruang itu kemudian melepaskan suaminya selepas suaminya itu menetak kaki beruang dengan kapak dan parang.

Kata Rokiah, suaminya sebelum ini sering ke hutan untuk mencari hasil hutan, namun tidak pernah berlaku kejadian seumpama itu.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu, Yusoff Shariff pula berkata, pihaknya menerima laporan dan akan menyiasat lanjut kejadian berkenaan.

Menurut beliau, tindakan awal akan diambil sekiranya disahkan jenis haiwan yang menyerang mangsa, di mana pihaknya memasang perangkap untuk menangkap haiwan liar itu.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, kejadian terakhir membabitkan serangan beruang di daerah ini berlaku kira-kira 10 tahun lalu melibatkan seorang penoreh getah di Kampung Durian Telur yang juga di Hulu Besut.

4

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
5

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 13-4-2014 02:45 PM
Moga segera sembuh pakcik.
Quote munchkin 13-4-2014 02:45 PM
Ada grizzly bear kat sini??? Menakutkannya. Kepala boleh masuk mulut pulak tu.
Quote MissNigga 13-4-2014 03:01 PM
semuga pihak berkenaan akan segera menjumpai mak beruang dan anak anak sheols...
cian kaki mak beruang ... sure cedera parah kena tetak ...
kalo mak beruang tu mampuih... takut anak2 sheols tak mampu nak survive

moga pocik ni segera sembuh as well ...
Quote FanTasyCreaTioN 13-4-2014 03:17 PM
ngeri nyer..
nasib baik pakcik tu tak panik
moga cepat sembuh
Quote pakweneelofa 13-4-2014 03:22 PM
lagi sibuk nak bela panda?
Quote jengkoil 13-4-2014 03:33 PM
“Suami makcik kata dia tiba-tiba diserang beruang itu yang membawa dua anak ketika dia mencari buah kerdas untuk dijual.


beruang marah pocit pi kutip semua buah kerdas..beruang baru plan nak buat ulam buah kerdas nga budu utk mkn tgh hari bersama keluarga...
Quote mattzzx 13-4-2014 03:36 PM
pakweneelofa posted on 13-4-2014 03:22 PM
lagi sibuk nak bela panda?

Baik peruntukan bela panda tu di berikan kepada pemeliharaan beruang...

Quote AbukRokok 13-4-2014 03:43 PM
pakcik tu dah amik Brim blum?

[fbv]854383204587953[/fbv]
Quote NeoMatrix 13-4-2014 03:43 PM
Hutan dah gondola da....habitat beruang semakin mengencil
Quote winamp05 13-4-2014 04:02 PM
Habis semua hutan banat diteroka dek maknusia durjana pentingkan duit semata. macam mana hidupan liar nak teruskan kehidupan. selama ni tak pernah terjadi perkara sebegini. Okey korang boleh ramai ramai masuk hutan cari beruang dan bunuh mereka. Manusia jenih ni memang pentingkan duit dari makhluk lain.
Quote mattzzx 13-4-2014 04:04 PM
winamp05 posted on 13-4-2014 04:02 PM
Habis semua hutan banat diteroka dek maknusia durjana pentingkan duit semata. macam mana hidupan lia ...

Balak lebih mahal dari beruang tuu........

Quote tungkai 13-4-2014 04:39 PM
AbukRokok posted on 13-4-2014 03:43 PM
pakcik tu dah amik Brim blum?

Video cam haram...
Quote Artemesiaa 13-4-2014 05:13 PM
Beruang garang bila ada anak bersama siapa2 yang ada berdekatan selalu disangka ancaman baginya.  Jadi elok lebih berhati2 bila ternampak beruang yang ada bersama anak.  Silap langkah kang tak pasal2 kena serang.
Quote pinky_incognito 13-4-2014 05:22 PM
Semoga pakcik cepat sembuh n beruang tu dpt jmpe cpt
Quote lizaliza 13-4-2014 05:26 PM
Wow...memang benar rupanya malaysia ni ada beruang rupernyer.Aku ingat roomate aku dulu tu main main. Diorang setiap sem kena masuk hutan, so diajar cara bagaimana nak hadapi serangan beruang..
Quote sekngucing 13-4-2014 05:27 PM
felda dan felcra la bersalah
pegi teroka hutan2 semua buat tanam sawit
kesian dgn hidupan liar
Quote Cik_Andak 13-4-2014 05:36 PM
Kesian pakcik tu....

Ape kena mengena x amik Br1m ngn panda tu???
Quote vespa_oren 13-4-2014 05:48 PM
Terengganu darul beruang
Quote sekngucing 13-4-2014 05:53 PM
patut tukar dari skuad penyu kepada skuad beruang

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.061764 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top